BAB 3

328 13 2
                                    

"KAU rasa dalam sungai ni ada buaya tak, Rayyan?"

Rayyan Firdaus menoleh ke arah Razman yang bertanya.

"Entah! Manalah aku tahu. Tapi kebiasaannya, sungai macam ni memang menjadi habitat buaya. Kenapa? Kau takut ke?"

"Aku saja aje tanya. Tak boleh ke?" sahut Razman.

"Kalau kau orang nak tahu, buaya jugak ada yang tinggal di daratan. Orang panggil, buaya darat!" sampuk Hanna Hanani, si gadis berhidung mancung.

Mata Rayyan Firdaus dan Razman mendarat ke wajah mulus Hanna Hanani.

"Macam Rayyan ke, Hanna?" soal Razman sambil berdekah.

"Cis, tak guna kau, Man! Kau tu baik sangat ke? Boleh jalanlah!" tempelak Rayyan Firdaus. Razman ketawa panjang.

Kemudian, mata Rayyan Firdaus melekap semula ke wajah Hanna Hanani.

"Kau jangan percaya dengan Si Razman ni, Hanna. Aku lelaki budiman." Dia mendabik dada.

"Piiirrahhh!!!" Razman mendengus.

"Ada jugak buaya yang diperbuat daripada logam. Orang panggil, buaya tembaga." Baizura menyampuk.

"Banyak jugak spesies buaya ni, ye? Tapi pada pendapat akulah, buaya dalam sungai inilah yang paling bahaya sebab ia boleh membaham dan membunuh manusia! Kau takut tak, Hanna?" desis Rayyan Firdaus sambil tersenyum nakal ke arah Hanna Hanani. Dia yang geram melihat hidung mancung Hanna Hanani membuka mulut seluas-luasnya lalu dihalakan ke muka gadis itu, seolah-olah ingin mencakup hidungnya.

"Isy, Rayyan!" Hanna Hanani terjerit. Dia sempat menolak muka Rayyan sebelum mulut jejaka itu betul-betul mendarat pada hidungnya.

Rayyan Firdaus tergelak besar. Dia bangkit lalu mencapai kolar baju Razman pula lalu cuba menolak jejaka itu ke gigi air.

"Hisy! Kenapa kau ni, Rayyan? Kau dah gila ke?" herdik Razman yang tiba-tiba seram sejuk setelah mereka berbual-bual tentang kehadiran buaya sedangkan tengah hari tadi mereka berendam di dalam Sungai Gasing tanpa sedikitpun rasa was-was muncul di dalam fikiran mereka.

Rayyan Firdaus tergelak besar melihat riak ketakutan yang terpancar pada wajah Razman. Hanna Hanani dan Baizura pula hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka.

"Rayyan, kau rasa dia datang ke tak, ni?" soal Razman ke arah Rayyan.

Dia sudah gelisah kerana dirinya menjadi hurungan nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manusia. Apatah lagi, ketika itu petang semakin tua. Tidak lama lagi senja pasti tiba.

"Aku pasti dia akan datang. Dia kan dah lama gilakan Rayyan." Hanna Hanani bersuara yakin. Baizura ketawa besar.

"Kenapa kau gelak macam tu, Bai?" soal Hanna Hanani.

"Kalau dia datang jugak, memang betullah dia tu spesies pompuan yang tak sedar diri. Tak padan dengan tembamnya tu. Ada hati nak ngorat Rayyan!" Begitu sekali penghinaan yang terlontar dari mulut Baizura.

Hanna Hanani tergelak kecil.

"Agaknya dia tu jenis pompuan yang malas nak tengok cermin." Komen Hanna Hanani sambil mencebik.

"Kau orang berdua ni bercakap macam tak ada otak. Hey, dia pun manusia macam kita jugak walaupun tembam macam, tu. Manusia semuanya ada hati dan perasaan. Ada kehendak dan keinginan!" Razman menyampuk.

"Eh, lain macam aje kau ni, Man? Kau dah lupa ke yang selama ni, kau pun selalu kutuk-kutuk dia!" Baizura membidas. Matanya mencerlang ke arah Razman.

PSIKOWhere stories live. Discover now