ditanyakan
"kau cinta ajnabi itu?"
ya aku cinta ajnabi itu.
sepenuh hati aku.
ditanya lagi
"habistu kenapa jadi macamni?"
ya aku sendiri tidak pasti dengan diri ini.
aku cuma inginkan ajnabi itu.
ditanya lagi,
"sudah kau berusaha?"
untuk kesekian kalinya,
ya aku sudah berusaha.
ditanya lagi aku,
"apa yang pernah kau tinggal sebelum ini?"
aku terdiam.
berfikir mencari jawapan.
untuk segala persoalan .
ya ! aku telah tinggal Dia!
Dia yang sentiasa ada bersama aku.
Dia yang dulunya tempat aku mengadu.
Dia yang setia menunggu ku .
Dia yang sentiasa melihat ku dari jauh.
aku tinggalkan Dia setelah mendapat kebahagiaan.
aku tinggalkan Dia untuk segala benda yang tak mungkin aku dapat.
ya ! silap aku kerana tinggalkan Dia.
Saat itu, aku teringat akan kisah Zulaikha dan Yusuf.
Ketika zulaikha mengejar cinta yusuf,
Semakin menjauh yusuf darinya.
Disaat zulaikha mengejar cinta Allah,
Allah dekatkan yusuf kepadanya.
Ya, Dia yang sedang aku bicarakan adalah Allah.
- Ari ♡︎
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Fakta || Quotes
De TodoB O O K 1 it's all about fact / quotes voted? ✔️ comment? ✔️ start : 6 July 18 end : 13 Sept 19 • Highest Rank - #2 in puisi (30 Nov 2020) • Highest Rank - #3 in puisi (26 Dis 2020)
![[C] Fakta || Quotes](https://img.wattpad.com/cover/154231718-64-k649157.jpg)