SPESIAL TEASER : IPHONE FROM BAKAL ABANG IPAR

2.6K 88 4
                                    


"FUAD!!!" Dina mengetap bibir apabila melihat adiknya sedang makan bersama seorang lelaki. Dia tidak dapat melihat siapa kerana lelaki itu duduk membelakanginya. Malas mahu menunggu, dia keluar.

"Kakak..."

Dina kaku apabila melihat Fuad sedang makan bersama Afzan. Macam mana lelaki itu boleh ada di sini?

"Dina, duduklah." Pelawa Afzan.

"Tak apalah. Saya tak nak makan." Tolak Dina apabila Afzan mempelawanya makan sekali.

"Fuad makan cepat sikit." Kerusi di sebelah Fuad ditarik sebelum dia melabuhkan punggung.

"Sabarlah, baru je makan ni. Kenapa datang lambat? Mujur jumpa Abang Af."

"Macam mana awak ada kat sini?" Soalan Fuad dibiarkan tidak berjawab.

"Saya lepak dengan kawan tadi. Masa nak balik, terjumpa Fuad sorang-sorang kat sana. Sebab tu saya ajak dia makan dulu." Jujur Afzan memberitahu. Kesian dia tengok Fuad yang duduk seorang diri di situ.

"Kakak ni tolak rezekilah. Abang Af nak belanja tu."

"Kakak dah makanlah."

Afzan tersenyum melihat dua beradik itu. Memang dia perasan yang mereka selalu bergaduh. Gaduh-gaduh manja aje.

"Abang, nanti kalau Fuad dapat full A, Kak Dina nak belikan Iphone 8. Baikkan kakak Fuad. "

Bulat mata Dina. Laju sahaja dia mencubit lengan Fuad. Ada adik seorang sahaja tapi yang seorang inilah yang selalu buatkan dia pening kepala.

"Tak ada maknanya akak nak bagi Iphone. Kita pun pakai Samsung, dia pula nak lebih-lebih." Mata hitamnya dijuling ke atas.

"Argh... tak peduli. Nak Iphone jugak."

"Tak apa, biar abang yang belikan." Afzan menawarkan diri. Bukan mahu tunjuk baik, tapi sebagai pemangkin semangat untuk Fuad belajar lagi. Dulu dia pun seperti ini. Umi akan berikan ganjaran yang dia mahu, asalkan dia sentiasa cemerlang dalam pelajaran.

"Eh, jangan. Buat apa nak beli. Dia sekolah lagi." Dina tidak bersetuju. Dia menyepak pula kaki Fuad di bawah meja. Melebih-lebih pula adiknya itu.

"Biarlah. Bukan guna duit akak pun. Ke akak jealous? Abang belilah satu untuk akak."

"Kau makan cepat sikit, akak dah mengantuk ni. Kalau lambat kau balik sendiri."

"Nak balik pergilah balik. Abang Af ada, boleh balik dengan dia." Balas Fuad dalam nada yang menyakitkan hati.

"Fuad makan cepat. Kesian kakak awak ni." Afzan menghabiskan air minumannya. Ternyata melayan dua beradik ni boleh menghiburkan hati.

"Tak apalah pasal Iphone tu, anggap je abang belanja. Janji kena dapat straight A. Kalau tak, tak dapat Iphone."

"Abang jangan risau, kacang je tu. Fuad ni pandai tau, tak macam orang tu. SPM ada empat A je."

"Fuaaddd!!"

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel ini sudah diterbitkan pada bulan Julai 2018 bawah penerbitan Kaseh. Berminat untuk dapatkan boleh pm facebook Penerbitan Kaseh atau whatsapp 0133249884. Terima kasih❤️

DIA SEBENARNYA CINTA (VERSI NOVEL)Where stories live. Discover now