SPESIAL TEASER : BILA CEMBURU DATANG

2.6K 82 6
                                    

Pintu almari kasut dibuka. Mata Dina mula meliar ke atas dan ke bawah. Inilah yang susah bila jadi perempuan. Disebabkan kasut terlalu banyak, dia sampai tidak tahu yang mana harus dipakai.

Akhirnya sepasang kasut tumit tinggi dicapai. Baru saja berjalan beberapa langkah, tiba-tiba dia terpelecok. Mujur tiada yang melihat. Selamat!

​"Elok-elok jalan tu. Kalau jatuh nanti tak pasal-pasal dah buat drama."

​Sepantas kilat Dina berpusing ke arah suara yang menegur. Mukanya mula panas apabila melihat Afzan. Lelaki itu nampak? Argh... malunya.

​Afzan menahan ketawa yang sudah mahu pecah. Dia kembali berpusing sambil membasuh kereta. Mujurlah hanya terpelecok. Kalau terjatuh, memang dia ketawa terbahak-bahak.

​"Gelak... gelak... ingat saya tak nampak?"

​"Kalau tak pandai pakai high heel, baik jangan pakai. Kalau jatuh, malu."

​"Kalau tak pandai pakai buat apa saya beli?"
​Afzan mengangguk. Nak juga menang.

​"Saya nasihat aje. Tak nak dengar takpe. Mujur saya seorang saja yang nampak. Kalau orang lain, mesti dah gelak guling-guling."

​"Terima kasih atas nasihat." Dengus Dina sambil menjeling tajam. Tahu yang Afzan sengaja menyindirnya.

​"Nak pergi majlis anugerah ke?" Punyalah kuat pakai perfume sampai dia hampir terbersin. Ni bukan pakai sebotol tapi berbotol-botol.
​Kuat menyindir betul anak umi ni!

​"Ha'ah, saya tercalon dalam kategori pelakon yang paling cantik."

​"Alhamdulilah, dah menang nanti jangan lupa diri pulak.

​"Saya pergi dulu." Pamit Dina sebaik Honda Civic Nazim berhenti betul-betul di depan rumahnya. Sebaik sahaja melangkah masuk, dia menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Nazim.

​"Tu bukan lelaki yang saya langgar kereta dia ke?"

​Hancur harapan Dina. Ingatkan Nazim akan terus memuji. Sebaliknya kewujudan Afzan lebih mendapat perhatian tunangnya. Apa penampilannya tidak cukup cantikkah?

​"Ha'ah, dialah tu. Dia anak umi."

​"Dia dah kahwin?"

​"Belum lagi rasanya."

​"Rasanya?" Nazim tidak puas hati. Sebagai tunang dia cemburu melihat Dina bercakap dengan lelaki lain walaupun jiran sebelah rumah. Lelaki itu pun boleh tahan nampak hebat dan kacak.

​"Betul, dia tak kahwin lagi." Jawab Dina dengan yakin. Tapi dia tidak tahu kalau-kalau Afzan sudah mempunyai teman istimewa.

​"Saya nak awak hati-hati dengan dia. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang. Ingat, kita dah nak kahwin."

​"Okey..." Ibu jari diangkat. Nazim kalau cemburunya sudah sampai, dengan Afzan pun boleh curiga. Dina tersenyum bahagia. Terasa diri disayangi.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel ini sudah diterbitkan pada bulan Julai 2018 bawah penerbitan Kaseh. Berminat untuk dapatkan boleh pm facebook Penerbitan Kaseh atau whatsapp 0133249884. Terima kasih❤️

DIA SEBENARNYA CINTA (VERSI NOVEL)Where stories live. Discover now