【 Presenting 】
〝 My Love by 00deadofwrite 〞
Wajahnya yang sama tidak bererti personalitinya juga serupa. Park Chanyeol seorang lelaki yang kehilangan isterinya akibat sakit kini telah temui pengganti isterinya.
Song Jihyo memiliki iras seperti iste...
Aku menutup novel yang aku baca. Semua novel hampir sama jalan cerita. Semua pasal kahwin paksa. Lelaki kaya, perempuan miskin.
Bosan!
Takda jalan cerita lain ke? Uhm hidup kalau kena kahwin paksa mana seronok. Ah membebel pula aku seorang diri.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Btw aku Song Ji Hyo. Gadis yang rajin lagi cantik. Tak salah kan puji diri sendiri. Tahun ni umur aku masuk 22 tahun. Tahu aku masih muda. Mesti tertanya-tanya kan aku ada lagi tak namchin? Haa jawapannya belum!! Aku bukan tak laku tapi aku nak kahwin umur 25 tahun.
"Song Ji Hyo!!"
Omma memanggil namaku. Nama penuh pula tu. Selalunya kalau omma panggil nama penuh ni mesti ada yang tak kena. Aku dengan malas turun ke bawah.
"Ye omma. Ada apa panggil Jihyo?"
Aku menghampiri omma yang sedang duduk di sofa.
"Meh sini. Omma nak tunjuk Jihyo something"
Aku mendekatkan diri dengan omma. Omma membuka telefon nya dan mencari baju-baju pengantin.
"Lawa kan Jihyo"
Aku hanya tersenyum kambing dekat omma.
"Omma tengok baju kahwin ni buat apa? Omma nak kahwin baru ke?"
Aku membulatkan mataku. Takkanla omma nak kahwin lain? Oh no no. Appa nak campak dekat mana?
"Aigoo..bukan untuk omma la. Ni untuk Jihyo"
"Ohh lega. Ingatkan omma nak kahwin baru. Nanti kesian appa"
"Jihyo nak yang mana?"
Aku bingung.
"Kenapa suruh Jihyo pilih?"
Pak! Omma menampar pahaku. Sakitnya.
"Kan omma kata ni untuk Jihyo. Omma nak Jihyo kahwin"
Oh wait! Aku namchin pun takda nak suruh kahwin. Kegilaan apakah ini!!
"Jihyo mana ada namchin lagi omma"
"Dont worry. Omma dah rancang segalanya. Next week Jihyo kahwin dengan pilihan hati omma. Arraso?"
Aku ternganga. Siapa namja tu pun aku tak tahu. Nama dia pun aku tak tahu. Omma dah hilang akal agaknya.