37

608 75 10
                                    

Aku melepaskan pelukan dan lari masuk ke dalam bilikku.

Aku biarkan Chanyeol seorang diri di dalam bilik tadi. Tenangkan fikirannya.

Sambil mengingat kembali kenangan dia bersama Jihye.

Jihye.

Aku tak pernah kenal dia. Tak pernah berkenalan dengan dia. Tapi aku pasti Jihye seorang yang baik, cantik, lemah lembut. Aku pasti. Dan aku pasti juga Jihye merupakan orang yang bahagiakan hidup Chanyeol. Satu ketika dahulu. Jihye, saya akan jaga Chanyeol seperti awak menjaganya ketika awak bersama dia. Saya juga akan mencintai dia seperti awak mencintainya. Jihye, tenangla awak dan anak kecil awak di sana.

Aku masuk ke bilik air untuk mandi. Pukul 8:30 malam nanti aku nak jumpa Rose.

Nak membawang.

Setelah selesai mandi dan bersiap aku ke dapur. Masak makan malam untuk Chanyeol.

Kesian capang tu tak makan. Nanti kena label isteri derhaka pula tak layan suami.
Aku menghidangkan nasi, kimchi, budu, spicy rice dan air oren. Aku masak untuk Chanyeol je.
Setelah selesai, aku memanggil Chanyeol untuk makan.

Tok!Tok!

Chanyeol membuka pintu.

"Makan. Makan malam dah siap"

"Aku takde selera nak makan"

Aish budak kecik ni.

"Mana boleh"

Aku menarik tangan Chanyeol ke arah dapur.

Aku menarik kerusi dan suruh Chanyeol duduk.

Air oren aku tuang ke gelasnya.

"Nah makan"

Chanyeol hanya memandang kosong makanan di hadapannya.

Makanla lahai. Penat aku buat semua ni.

"Kau kenapa? Makan la"

"Aku tak lapar"

"Ah takde. Makan juga. Meh aku suapkan"

Aku mengambil sudu dan sedia untuk menyuap baby tua.

"Aaaaaa buka mulut"

Chanyeol masih tidak mahu buka mulut.

"Cepat buka kalau taknak aku sumbat kuali mak bedah"

Akhirnya Chanyeol membuka mulutnya.

"Kau tak makan ke?"

Aku mengeleng.

"Mana boleh. Meh sini aku suap"

Aku ketawa. Akhirnya sesi suap menyuap pun di adakan.

"Habis dah"

Aku membasuh pinggan. Jam di tangan aku pandang. 8:20 malam.

"Weh aku keluar kejap. Nak pergi rumah Rose"

Aku memeluk Chanyeol dari belakang dan mencium pipinya.

Tunggu! Aku baru kiss dia.






Tbc.

My Love | Song Jihyo & Park Chanyeol [C]Where stories live. Discover now