38

648 73 4
                                    

Aku terus keluar dari rumah.

Kereta aku pecut ke rumah Rose. Sebelum itu, aku drive thru pizza hut.

Membawang sambil makan pizza.

Rose membuka pintu setelah aku tiba di depan rumahnya.

"Wow pizza!"

Makanan je tahu makcik bunga ni.

Aku masuk ke dalam rumahnya. Rose ke dapur untuk mengambil minuman.

Seterusnya, kami berdua naik ke bilik Rose.

Bam!

Aku merebahkan diri di atas katil.

"Woi jaga sikit. Katil aku patah nanti"

"Beli la baru"

Aku berguling-guling di atas katilnya.

"Cepat ah citer"

"Haih, sabor la kejap"

"Ha yela"

Setelah beberapa minit aku berehat di atas katil aku mulakan perbicaraan aku.

Flashback

"Sebenarnya, ada kisah antara mereka berdua"

Oh begitu.

Aku mengangguk.

"Omma ceritakan semuanya dekat Jihyo okey"

Sekali lagi aku mengangguk.

"Jihye dan Chanyeol, dorang berkawan dari sekolah rendah lagi. Memang dorang sangat rapat. Sampai satu hari, Chanyeol confess dekat Jihye. Masatu mereka dah habis sekolah menengah. Mungkin jodoh, mereka dapat tawaran universiti yang sama. Omma tak halang percintaan mereka. Omma tahu Chanyeol dah besar dan berhak untuk bercinta. Lagipun omma pun suka Jihye tu. Habis je belajar, Chanyeol melamar Jihye sebagai isteri dia. Jihye bersetuju. Omma gembira melihat Chanyeol gembira. Chanyeol bekerja di syarikat appa. Setelah Chanyeol stabil, mereka pun berkahwin. Chanyeol bahagia sangat bersama Jihye. Setahun kemudian, Jihye di sahkan mengandung. Chanyeol orang yang paling gembira ketika itu. Omma dan appa jugak gembira sebab nak dapat cucu. Chanyeol menjaga Jihye sepenuh hatinya. Chanyeol sangat sayangkan Jihye. Sampai dia membina pondok tepi jalan raya. Chanyeol kata Jihye suka permandangan dekat situ. Akhirnya, Chanyeol bina pondok tu demi membuktikan dia cintakan Jihye. Kandungan Jihye mencecah 9 bulan. Semua family berkumpul untuk menyambut kegembiraan bersama. Tapi.."

Cerita omma terhenti di situ.

Apa jadi?

"Tapi, kami semua menyambut dengan kesedihan. Kami tak sangka Jihye dalam diam melawan kanser otak. Stage 3. Jihye tak pernah tunjuk yang dia sakit. Dia sentiasa gembira bersama Chanyeol dan kami semua. Saat dia nak melahirkan anak Chanyeol, dia baru beritahu kami semua tentang penyakitnya. Chanyeol sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya. Jihye seorang yang kuat dan tabah. Chanyeol meneman Jihye ketika ingin bersalin. Chanyeol menangis. Dia tak sanggup tengok Jihye lalu dia keluar dari situ. Chanyeol menangis semahunya. Beberapa minit kemudian, doktor keluar dan berjumpa Chanyeol"

Flashback at hospital

Chanyeol pov

"Mr Chanyeol?"

Doktor ber nametag Hanny keluar dari bilik bersalin.

"Ya saya, macam mana dengan isteri saya?"

Doktor Hanny mengeleng kepalanya.

"Kami minta maaf. Kami dah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Mrs Jihye tidak dapat di selamatkan"

Rentak hati aku.

"Bagaimana dengan anak saya doktor?"

"Bayi meninggal dunia dalam kandungan. Mrs Jihye tak boleh lawan kedua kesakitannya. Saya harap awak tabah"

Lutut aku lemah. Dua orang yang aku sayang telah meninggalkan aku. Buat selamanya.

Aku masuk ke bilik bersalin tadi. Aku menghampiri sekujur tubuh yang pucat lesi.

Air mata mengalir tidak berhenti. Aku menyentuh wajah mulus isteri aku.

Mengapa pinjamkan dia untuk aku sekejap sahaja.

Aku baru nak menambah kebahagiaan aku dengan hero kecil dalam family aku.

Jihye. Dia senyum kepadaku.

Pergila sayang. Jika itu yang terbaik buat ku dan buatnya.

Jihye, jaga diri dan hero kita baik-baik.

Oppa akan bersama sayang.

Rehatla. Tidurla selena-lenanya.

Aku memeluk tubuh itu sambil air mata mengalir. Kali terakhir untuk memeluk, mencium dan mengucap kata cinta.

Saranghae Jihye ah.

End flashback at hospital

"Jujur dari hati omma, Jihyo dengan dia sangatlah sama. Penampilan Jihyo membuatkan omma teringatkan Jihye. Nama pun hampir sama. Omma pasti Chanyeol cintakan Jihyo. Omma tahu Chanyeol. Jihyo, berjanji dengan omma tolong jangan tinggalkan Chanyeol walau apa sekali pun yang berlaku. Sentiasa ada dengan dia. Beri semangat kepadanya. Jihyo...Jihyo tolong buka hati untuk dia"

"Baiklah omma. Jihyo cuba"

Aku senyum kepada omma.

End flashback











Tbc.

My Love | Song Jihyo & Park Chanyeol [C]Where stories live. Discover now