BAB 4

48 4 1
                                    

Hampir satu jam Hanani di kafe Adnin. Pelanggannya makin bertambah. Hanani memandang sekelilingnya. Dia memilih untuk duduk di sudut yang boleh melihat semua orang di dalam kafe ini. Memerhati dan mencoretkan sesuatu di dalam buku notanya. Sambil memerhati, dia melihat kebanyakkan pelanggan di kafe ini adalah pasangan kekasih. Sama ada halal atau haram. Halal bagi yang berkhawin dan Haram bagi yang belum, tapi masih melakukan perkara terkutuk itu. Matanya terhenti pada sosok tubuh yang dia kenali. 

"Aku rasa, lelaki ni lagi lama kat kafe ni berbanding aku. Mungkin setengan jam lagi lama. Tapi, kenapa dia tak balik? Atau dia suka melepak?" Hanani memandang kearah lelaki yang berada di sebelah menjanya.

Rupanya, inilah lelaki yang Adnin suruh Hanani usha tadi. Seorang lelaki yang berpakaian simple. Lelaki itu masih melihat laptopnya. Hanani cuba untuk mencari anak matanya.

"Mana mata? Mata mana mata?" Hanani seolah bercakap dengan lelaki itu.

Mungkin kerana lelaki itu perasan dengan tingkah laku Hanani, dia segera mengangkat mukanya dan memandng kearah Hanani.

"Allah, dia pandang lah pulak" Kata Hanani dalam hati. Aku main-main je tadi.

Hanani mengalihkan pandangannya ke buku nota. Dia mengetap bibir. Mungkin mukanya sudah bertukar kemerahan. Hanani menjeling kearah lelaki itu. Fuh, aku harap dia tak nampak.

Hanani menangkat mukanya dan secara tidak lansung dia merasakan ada sesuatu disimbah kearah mukanya.

"Ambik kau, sibuk sangat hal rumah tangga orang. Rasakan!" suara itu melontarkan kata-katanya.

Entah kenapa dia secara automatik dia menolah kerusi menggunakan bandanya untuk mengelak dari terkena simbahan air itu, tetapi  sudah terlambat. Dia cuba untuk berdiri. Dia merasakan ada seseorang menolongnya dengan memegang bahunya. Terasa mukanya dilap.

"Lepaskan aku, kau nak menyibuk buat apa? Ini hal aku dan dia! Kau semua jangan nak menyibuk." dia mendengar jelas suara itu. Suara itu cukup dikenalinya. Harisssa?

Hanani cuba untuk membuka matanya. Kali ini dia dapat melihat dengan jelas walaupun matanya terasa pedih. 

"Harissa?" Hanani tersentak. Tekaannya tepat.

"Kau, perampas! Kau perampas suami orang! Apa tak ada lelaki lain dalam dunia ni? Suami aku jugak kau nak? Tak perit ke lepas dia putuskan pertunangan kau dengan dia? Kau tak serik ke betina?!" soal Harissan. Kedengaran nada kemarahan

"Kau dah salah faham. Aku dan suamin kau hanyalah kawan. Kau tu yang kuat cemburu" giliran Hanini pula

"Sudah! Hey perempuan kau keluar dari kafe aku ni sekarang, aku tak mahu lihat muka kau disini. Get out! Get out from here stupid!" Hanani menoleh kebelakang. Rupanya Adnin yang memeluknya dari belakang.

Harissa memberontak untuk dilepaskan. Kelihatan lelaki yang memangang tangannya perlahan-lahan melepaskan tangan dari menggengam tangan Harissa.

"Kau, sekali lagi aku nampak kau dengan suami aku siap kau aku kerjakan" Harissa memberi amran

Hanani hanya berdiam diri. Dia terasa tubunya melekit. Seperti ada beberapa pasang mata sedang melihatnya.

"Ya Allah, aku pakai baju warna putih, Adnin badan aku terdedah. Tolong aku Nin" Hanani menoleh kebelakang. Air matanya gugur menahan malu dan dosa. Bajunya yang terkena air mungkin jarang

"Nin, tangkap ni!" Kedengaran suara lelaki memanggil Adnin. Adnin segera menoleh.

Adnin menangkap baju berwarna hitam lalu menyuruh Hanani menutup tubuh Hanani.

Hanani dipimpin oleh Adnin masuk kedalam pantrinya. Dia hanya menekup mukanya kerana malu.

Di pantri.

" kenapa kau jumpa lagi si Hazreen tu? dia laki orang wey, bahaya kau tau! nanti ada orang mengata kau nanti, kau sedar ke tak?" soal Adnin dalam keadaan marah

" Aku sedar , aku jumpa dia sebab nak bagi balik barang tunang hari tu. jumpa depan cafe je, kau pun ada time tu." Hanani cuba untuk mengingatkan Adnin

" Macam ni lah, aku tak tau apa yang salah, asalkan kau selamat. Lagi satu, jangan kau keluar selagi cafe ni tak tutup, kau tengok baju kau. Basah! Aku balik rumah kejap, amik baju untuk kau, kau ganti ye?" pinta Adnin

"okay" balasnya ringkas

Hanani menatap handphonenya, dia mula membuka aplikasi media sosialnya dan mula menyekat Hazreen dan juga isterinya Harissa. Selepas itu, dia menekup mukanya denagan kedua belah tapak tangannya. Dia malu. Tersangatlah malu.

Hampir  satu jam Hanani di panti kafe itu. Duduk termenung sambil memikirkan perkara sejam yang lepas.

Hanani terasa bahunya di sapa.

" Nah, ambil baju ni dan tukar" Adnin menyerahkan sepasang baju dan tudung ke arahnya 

Tanpa banyak bertanya, Hanani mula bangun dan menuju ke tandas wanita. Entah kenapa hatinya terasa sebak. Dia mula teringatkan kisah Hazreen ingin meminta putus tunang. Bukan di kafe milik Adnin, tetapi di tempat parking R&R.

" Kenapa awak laju sangat bawak kereta? Tunggulah saya, dah lah nak maghrib, awak bawak laju pulak, kalau jadi apa- apa macam mana?" soal Hanani

"Arghhhhhhhhhhh bising lah! sekarang ni aku dah penat dengan perangai kau! Gedik! Sekarang ni aku tak kisah apa jadi sekalipun aku dah fikir masak-masak." suara Hazreen pada mulnya kuat kini mula perlahan.

" KITA PUTUS"

"WHAT?"

" Fahamlah aku, kau pun tau aku ni pernah ada banyak kawan perempuan. Batas tu tak jaga. Kau,satu-satunya perempuan yang aku tak sentuh lansung. Harissa, Harissa dah datang balik pujuk aku" Hazreen mula menjelaskan perkara sebenar.

Hanani diam seribu bahasa. Kakinya mula terasa lenguh. Dia mula tersandar ke belakang keretanya. Kedengaran bunyi kereta berlalu pergi, dia mendapat kekuatan untuk melihat apa yang berlaku, Ya, Hazreen sudah pun berlalu pergi dan meninggalkannya.

Hanani cuba untuk mendapatkan semula kekuatannya. Dia berjaya mendapatkan semangatnya semula. Maka, dia bangun dan menuju ke tempat memandu dan mula memandu.

" Kaklong nak jumpa ibu dan ayah! ibu tunggu ye!"

Pilihan HatiWhere stories live. Discover now