2

1.6K 123 3
                                    

Rose

Langkah kami berempat diatur untuk bertemu seseorang yang paling penting dalam syarikat YG Entertainment, Yang Hyun Suk (PD-nim). Sebenarnya, dalam diriku terselit seribu kerisauan tetapi dari luaran aku hanya membuat muka cool seperti tidak pernah membuat kesalahan yang pernah menimbulkan kemarahannya.

Manakala rakan-rakan aku, Jennie dan Lisa mulai risau dengan PD-nim tetapi tidak pada Jisoo, yang selalu cuba menceriakan hati PD-nim dengan kecomelannya, balik semula pada Jennie dan Lisa, mereka berdua hanya terfikir bahawa berita buruk akan disampaikan oleh PD-nim.
Nama penuh PD-nim tertera pada pintu kaca biliknya, kami semua saling berpandangan diantara satu sama lain. Akhirnya mata kami bertiga tertumpu pada Jisoo. Jisoo membalasnya dengan pandangan pelik.

"Wae? "

"Ketuk pintu..." ucap Lisa senyap.

"Asal pulak aku?" Bisiknya yang separuh menjerit.

"Kau ketua.." balas Jennie.

"Kau  kan baik dengan PD-nim..." balasku, mereka berdua mengangguk. Bunyinya seperti kurang ajar sebab pada pagi itu, bad mood datang melanda selepas dikejutkan oleh Lisa seolah-oleh sedang berlaku gempa bumi... dan Jisoo, yup  aku tak sepatutnya bercakap dengannya seperti itu lagipun dia lebih tua daripada aku, aku mengucapkan maaf dalam diam, tetapi kali ini Jisoo dapat mendengarnya. Aku yakin.

Pintu bilik tersebut diketuk dan masuk ke dalam selepas menerima kebenaran untuk masuk ke dalam. Kelihatan PD-nim sedang duduk diatas sofa sambil memakai topi kegemarannya yang berwarna merah.
Beberapa jurukamera turut berada di dalam sambil merakam. Ada sesuatu yang tak kena ke? Ke hari ni hari jadi PD-nim? Tapi lambat lagi kan?

"Annyeong haseyo, macam mana semalam? Puas berehat?" Kami semua mengangguk laju bersama senyuman manis.

"Baguslah macam tu, sebenarnya lepas kamu dapat tempat pertama berturut-turut pada tahun ini, saya ada hadiah untuk kamu semua." Kami terkejut apabila PD-nim menyebut 'hadiah'.

"Sebenarnya, YG Entertainment akan memberikan sebuah rumah baharu kepada kamu dan kamu akan tinggal di sana mulai esok. Jadi pagi esok, kemaskan barang untuk berpindah ke sana, arraseo?"

"Ne, kamsahamnida PD-nim~!" Kami menjerit kegembiraan dan tidak sabar untuk berpindah ke sana!! Rumah baru~! Yeah!!

The Girl Next Door ✔ ||Wattys 2019Where stories live. Discover now