15

793 75 0
                                    


Rose

"No-nombor 2....? (O□O)" ucapku perlahan sambil membetulkan Hood merah ku agar kelihatan kemas. Tangan menggeletar bagaikan nak rak... aish, relaks Chaeyoung-ah.. tempat kedua je kot.. semuanya akan berjalan dengan lancar. Rakan sepasukanku yang lain pula berasa lega dengan berita itu kerana kami masa ada masa untuk berlatih walaupun dalam jangka masa yang pendek.

Kedengaran bunyi derapan tapak kaki sedang berlari menuju ke sini dalam keadaam tergesa-gesa, Alice? Kenapa dengan dia ni? Macam ada benda yang tak kena je...? Akhirnya Alice berhenti dan mengambil nafas terlebih dahulu setelah penat berlari datang ke sini.

"Ha...ha... korang, aku ada berita buruk! Kumpulan Pinochio suruh kita mulakan dulu.." mulut kami semua terlopong luas dan terkejut dengan berita yang disampaikannya.

"Kenapa? Apa yang dah berlaku?" Tanya aku dengan lemah lembut.

"Kumpulan diorang bergaduh dan terus berpecah, tapi diorang cakap diorang nak selesaikan perkara tu hari ni jugak. Tapi disebabkan perbalahan itu diorang tak dapat memulakan persembahan itu. Dah lah orang yang keluar tu watak utama! Yang keluarnya sorang tapi yang lain macam tak ada mood nak berlakon," terang Alice jelas.

"Tapi aku ada dengar jugak yang sebelum ni diorang selalu bergaduh sepanjang sesi latihan." Ujar Marry.

"Jomlah, kita pergi sekarang, budak-budak tu dah sampai, siap sedia semua, Hwaiting!!" Itulah kata-kata terakhir yang menyapa telingaku sebelum memanjat beberapa anak tangga. Sebelum aku memulakan lakonan ku alunan piano yang merdu dimainkan oleh Jimin yang kelihatan kemas dengan sweater kelabu dan seluar track hitam. Apabila tiba masanya untuk aku masuk ke pentas, aku menarik nafas terlebih dahulu lalu menghembus kemudian

"Show time..."

...

No one pov

Suasana menjadi kelam kabut sebaik sahaja persembahan yang telah dipersembahan oleh Chaeyoung dan yang lain sebentar tadi telah pun tamat. Kini giliran kumpulan Pinocchio pula yang akan mempersembahkan lakonan mereka pada kanak-kanak.

Jimin yang tumpang gembira dengan persembahan mereka mengucapkan tahniah kepada mereka semua, kecuali Chaeyoung. Kelibat Chaeyoung masih tidak kelihatan, dia beranggapan mungkin Chaeyoung pergi ke tandas.

"Baiklah, kalau korang semua nak balik ke bilik sekarang dah boleh, kalau ada sesiapa yang tak stay dekat pun boleh... tapi bising pulak, kesian budak-budak tu nak tengok persembahan diorang."

"Okay!" Jawab mereka serentak berserta nada kegembiraan.

"Nasib baiklah kali ni Chaeyoung buat betul-betul, kalau tak dah lama aku kerjakan dia.."bisik Jimin perlahan.

Suara kanak-kanak bersorak riang di luar sana telah mengejutkannya. Hairan Jimin macam ada yang tak kena je... bisiknya lagi lalu mengatur langkah ke tempat duduk penonton di belakang kanak-kanak yang lain.
Dia baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk itu tetapi seseorang telah menarik perhatiannya. Tapi siapakah dia?

Orang itu pemegang watak utama Pinocchio. Suaranya yang lantang dan kedengaran jelas menarik ramai perhatian para penonton termasuk ahli silap mata dan beberapa pelajar yang lain. Jimin terpaku dengan tenaga yang ada pada dia.

Jimin tertanya-tanya, siapakah gadis itu...?

Dan yang paling menghairankannya mengapa jantung berdegup laju berbanding sebelum?

Dia mula berfikir sejenak dan mengenal pasti suara dan wajahnya. Tidak berapa lama kemudian segaris senyuman terikur di wajahnya.

"I see... its you, Park Chaeyoung."

The Girl Next Door ✔ ||Wattys 2019Where stories live. Discover now