8

966 91 0
                                    

Rose

Bunyi derapan tapak kaki melangkah keluar disertakan bunyi pintu ditutup menerpa gegendang telinga kananku.
Bau tteokguk masuk ke dalam rongga hidungku dan membuatkan aku terjaga dari tidurku lalu membuka selimut tebal yang membaluti tubuhku dan mencapai. semangkuk. tteokguk...?

Oh. My. Gosh. My Favourite Food !!! 😭 dah lama tak makan... sebaik sahaja satu sudu tteokguk masuk ke dalam mulut, aku terlalu gembira dengan rasanya sehingga membuat aku tidak dapat berhenti daripada memakannya sehingga habis.

Aku sedar bilik ini bukannya di bilik aku... Ah! Lantak lah... aku dah tak nak ambil kisah pasal benda tu. Sekarang ni kepala dan anak tekak aku sakit jadi aku terus sambung tidurku, mungkin semua ini hanyalah dunia mimpi aku...

...

"Rose-ah," satu suara yang amatku kenali memanggil lembut namaku.
Lalu aku membuka mata dan mendapati Jisoo unnie sedang membawa dulang berisi bubur dan secawan coklat panas. Apabila aku melihat di sekelilingku, ternyata aku berada di bilikku. Jadi betullah bilik asing itu hanyalah dunia mimpi aku sahaja.

"Kau macam mana, dah ok ke?" Soal jisoo, belum sempat aku hendak menjawabnya Jennie dan Lisa menyerbu masuk ke dalam bilik aku secara tiba-tiba.

"Ya, Chanyeong-ah! Pergi mandi cepat, sebelum cameraman tu datang! Tinggal lagi 5 minit sebelum dia sampai, palli, palli!"

5 minit kemudian...

Kami berempat berehat seketika di ruang tamu sambil bermain telefon bagi mengelakkan daripada terkantoi sebab bangun lambat, ㅋㅋㅋㅋ

"Unnie.... bosanlah... "

"Nado, Lisa..." jawab Jisoo malas. Pada hari ini kebosanan menimpa kami berempat. Aku mula membuka mulut untuk bertanya tentang aktiviti yang hendak dilakukan pada hari ini.
Namun perbualan kami tidak berkekal lama apabila lagi Bombayah menyapa gegendang telinga kami. Bunyinya datang dari luar.

Lantas itu, kami berempat memaling ke luar rumah dan dikejutkan oleh kehadiran seseorang yang tidak semena-mena membuat kami semua berlari ke luar rumah untuk mendapatnya.

"Krunk!!!" Jerit kami serentak lantas memeluknya. Krunk merupakan beruang berwarna biru muda dan mempunyai sepasang mata yang garang tetapi tetap comel di hati Blackpink.

Aku yang paling teruja dengannya kerana badannya sangat lembut dan aku seperti tidak boleh berpisah dengannya... Semasa Krunk menari tarian bombayah, kami bersorak keembiraan seperti peminat lain. Akhirnya suasana kembali meriah.

Tapi Krunk tidak dapat bersama dengan kami terlalu lama kami bersedih tanpanya di sisi kami. Disebabkan terlalu sayang pada Krunk, aku membawanya sehingga ke pintu hadapan dan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

The Girl Next Door ✔ ||Wattys 2019Where stories live. Discover now