1

17 1 0
                                    

Hulu Melaka,Tahun 1511

Seawal tahun yang sunyi sepi.Jauh daripada kecamuk pemerintahan Istana Melaka.Hang Tuah memencilkan diri di tempat ini.Tempat dia dititahkan sultan menjalani hukuman mati setelah difitnah bermukah dengan seorang dayang istana.Sejurus membunuh sahabat baiknya,Hang Jebat yang mengamuk dan menderhaka kerana menuntut bela kematiannya.Hatta setelah sekian lama menjeruk hati,maka berangkatlah Laksamana Melayu ini menjauhi istana.Malam ini,Hang Tuah berdiri tegak dan mendongak ke langit.Bulan purnama mengambang penuh melebarkan cahaya suram ke bumi berdaulat itu.Dia memilih untuk meninggalkan dunia kemasyhuran istana dan memilih untuk  bertindak di sebalik tabir sahaja.Dia memilih untuk menghabiskan sisa hayatnya untuk beribadat di suatu tempat yang hanya diketahui sahabat baiknya,Hang Lekiu.Maka,Hang Tuah pun menuruni tebing Tasik Hulu Melaka dan pergi ke hujung jeti lalu mengalunkan sebuah syair dalam bahasa Cina.Alunan merdu itu memecahkan kesunyian malam yang nyaman serta dingin.

Perlahan-lahan air di Tasik Hulu Melaka mula berbuak-buak.Kelihatan makhluk yang menghuni tasik itu sejak kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka.Dia sudah mengenali makhluk kerana dia yang menjaga makhluk itu daripada kecil.Seketul batu mucul bergerak perlahan menghampiri jeti itu.Batu yang diperolehi dari Majapahit itu telah lama dijadikan pelantar.Ia terapung di permukaan air walaupun Hang Tuah berdiri di atasnya.Batu yang terhasil dari lahar Gunung Krakatoa yang  dibawa pulang oleh Hang Tuah sendiri.Gunung Krakatoa  adalah kepulauan vulkanik yang masih aktif dan berada di Selat Sunda antara pulau Jawa dan Sumatra. Letusan Gunung Krakatoa itu sangat dahsyat; awan panas dan tsunami yang diakibatkannya menewaskan sekitar 36.000 jiwa.

Malah ada yang mengatakan letusan pada tahun 1411 itu telah menyebabkan Kepulauan Melayu hilang cahaya matahari untuk empat hari.'Kesaktian' Tanah Besar China dan Majapahit kini bersatu dalam genggaman Laksaman Hang Tuah yang masih tidak tertewas oleh siapa-siapa.Hang Tuah melompat ke atas batu iutu.Sementara'mereka' masih berada di dalam air membuat pusaran memudahkan  'sahabat merela' menggelongsor mengharungi  air Tasik Hulu Melaka yang semakin tohor.Maka belayarlah Laksaman Melayu itu ke tengah tasik sehingga menghilang di sebalik air Tasik Hulu Melaka.Tasik Hulu Melaka kembali tenang seperti sedia kala.Kembali dicengkam kesunyian malam.

Kejatuhan Yang Tidak Pernah BangkitWhere stories live. Discover now