3

14 1 2
                                    

           

Kampung Punggor,Tanah Melayu

Saifudin terjaga lantas bangkit terduduk dan tercungap-cungap.Otaknya terasa berpusing-pusing.Dia seakan berada di suatu kawasan yang lain.

"Subhanallah...Maha Suci Allah."Itulah perkataan pertama diucapkan Saifudin.

Dilanjutkan dengan istighfar berulang-ulang kali.Saifudin melanjutkan dengan zikrullah,berulang-ulang kali sehingga terasa tenang semula.Perlahan-lahan ingatan diraih kembali ke dalam benak.

"Adakah ini khayalan?"Soaan ini melingkari fikirannya.

Dia masih mengingati baru sebentar tadi dia telah ditikam Keris Taming Sari oleh Hang Tuah.Hang Tuah telah diperintahkan oleh Sultan Mahmud Syah untuk membunuh Saifudin kerana menghalangnya untuk mengahwini seorang wanita jelita dari suatu tempat yang sangat dikenali  orang iaitu Kerajaan Pulau Utara yang telah tumbang akibat tewasnya Maharani Sang Dewi yang bersekutu dengan makhluk yang dilaknat Allah S.W.T di tangan Saifudin.

Dia masih mengingati bagaimana semua rakyat kerajaan itu mati seperti juga isterinya iaitu anak kepada Maharani Sang Dewi,Ratna Sang Ratu  yang mati disumpah menjadi batu yang sepatutnya sumpahan itu dikenakan kepadanya.Namun isterinya datang menghalang maka pergilah isterinya menghadap Illahi.Sudah menjadi fitrah seorang ibu apabila melihat anaknya mati maka mengamuklha ibu itu maka dilepaskan amarah itu kepada seluruh rakyat negara itu hingga tiada seorang pun hidup kecuali dia sendiri bersama ibu mertuanya yang ingin dia bawa ke jalan yang lurus lagi benar,Maharani Sang Dewi.Apabila dia tiba di kapalnya tiba-tiba firasatnya menyuruhnya segera meninggalkan pulau itu.Maka tanpa membuang masa dia pergi meninggalkan pulau itu dan tiba-tiba pulau itu tenggelam ke dasar laut dan mengakibatkan ombak yang sangat dahsyat.Kapalnya terhuyang-hayang akibat dilambung ombak.Saifudin hanya berserah dan bertawakal kepada Tuhan Maha Pendengar.

"Jika ditakdirkan lautlah kuburku mak ku redha.Sesunggugnya ini balasan bagi hamba-MU yang lemah dalam memperjuangkan agama-Mu,"Ucapan yang penuh dengan kesedihan bukan kerana menghampiri maut tetapi sebak kerana berfikir bahawa dia manusia yang banyak dosanya.

Namun ditakdirkan Allah S.W.T,kapal yang dinaiki Saifudin selamat tiba di Kampung Punggor,Melaka.Dia kemudian terus ke istana untuk memberitahu berita kejatuhan Kerajaan Pulau Utara yang sangat kejam yang pernah mencuba menakluk Aceh dan Melaka.Namun usaha itu tidak berhasil kerana dihalang Hang Tuah dan Saifudin sendiri hingga mendapat gelaran Laksaman Sunan.Setibanya di istana Melaka,dia terkejut apabila melihat Sultam Mahmud Syah hendak berkhawin dengan seorang gadis yang mengakui rakyat dari kerajaan Pulau Utara yang ingin bertaubat.Saifudin bingkas menarik tangan sultan jauh daripada wanita itu.

"Wahai,makhluk halus yang tidak diketahui asal usul mu,kita ada tawaran buat mu.Pulanglah ke tempat asal usul mu atau kita perangi mu.Sesungguhnya takutlah kamu dengan kuasa Allah Yang Maha Agung"Ucapan yang penuh kelembutan mengharapkan tiada pertumpahan darah.

"Tuanku,patik bukan seperti yang dikatakan Sunan itu.Tidakkah tuanku ingin patik menjadi milik tuanku buat semuanya.Tuanku,tolong halang Sunan,Tuanku dan kita akan bersama selama-lamanya."Rayuan wanita itu dengan air mata yang penuh dengan kepura-puraan.

"Sunan,sedikit sahaja kamu menyentuh wanita itu.Beta akan perintahkan Laksaman Hang Tuah sendiri mencabut nyawa mu."Tingkah Sultan Mahmud Syah dengan  nada marah akibat nafsu yang semakin menghantui hatinya yang sewaktu dulu pernah kecewa dengan Puteri Gunung Ledang yang lebih mencintai Laksaman Hang Tuah sehingga hampir mengambil nyawa anaknya,Putera Ahmad sewaktu Puteri Gunung Ledang memberikan syarat yang luar biasa untuk berkahwin dengannya.Hatta disebabkan peristiwa itu Puteri Gunung Ledang menolak cinta Sultan Mahmud Syah dan bertapa di Gunung Ledang menanti cintanya untuk disambut Laksamana Hang Tuah.

"Ampun,Tuanku.Patik tidak takut dengan siapa-siapa pun kecuali Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Perkasa.Sudah tugas patik untuk menentang kejahatan.Pati berharap janganlah peristiwa dulu berulang."Kata Saifudin merujuk kepada peristiwa yang menyebabkan Hang Jebat mengamuk demi sahabatnya baiknya.

Saifudin membaca Surah An-Nas dan Surah Jin.Tiba-tiba wanita itu menyerang Saifudin.Saifudin meneruskan bacaannya dan wanita yang semakin menghampirinya tiba-tiba disambar kilat.Istana Melaka terus bergegar.Seluruh Kota Melaka kecoh kerana peristiwa itu.Ramai berkata itu tanda kedaulatn Sultan Melaka tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Sultan yang terkejut itu berasa malu namun akibat dihasut syaitan laknatullah.Dia bingkas mengeluarkan perintah kepada Hang Tuah untuk membunuh Saifudin.Hang Tuah yang hanya setia kepada sultan terus menyerang Saifudin.Kesetiannya terhadap Sultan Melaka tidak dapat dikikis.Hal ini sudah jelas sanggup membunuh saudaranya sendiri walaupun tahu saudaranya mengamuk pun atas sebab dirinya yang dikatakan mati dibunuh selepas diperintah sultan.

Namun kepandaian Datuk Bendehara menyelamatkan Hang Tuah dan menipu Sultan Melaka tidaklah sia-sia.Kini orang yang banyak membantunya pula akan menjadi mangsa keris berbisa,Taming Sari.Kejar-mengejar berlaku.Saifudin terus berlari ke pinggir hutan berhampiran istana Melaka.Setibanya  Saifuidin dan Laksamana Hang Tuah di pinggir hutan.Mereka berhenti mengejar dan saling bersemuka secara lelaki.

"Datuk Hang Tuah,kesetiaan mu terhadap sultan tidak dapat dipertikaikan tapi kesetiaan ku hanya pada-Nya bukan kepada sultan yang dibelenggu nafsu dan amarah.Jika salah seorang kita gugur.Kita meminta Datuk Hang Tuah untuk membaa mayat kita ke rumah kita sebelun dibawa ke istana untuk dilihat Sultan Melaka yang tidak berhati perut apabila hatinya dikuasai nafsu."Kata Saifudin kerana teringatkan keluarganya di kampong.

"Akan patik turuti namun apabila kamu menghina Sultan Melaka,kamu menghina patik dan kini kamu tidak menghormati sultan maka kami seperti mempermainkan patik.Patik minta maaf jika patikt elah melakukan banyak  kesalahan di muka bumi ini."Kata Hang Tuah.

Pertarungan pun bermula.Pelbagai-bagai jurus dihasilkan namun tiada seorang pun kelihatan bakal penat.Sepuluh  hari telah berlalu namun tiada siapa pun kelihatan penat malah kelihatan seperti baru beradu tenaga.Keris Taming Sari selalu menyentuh tanah dan pokok  kerana ketangkasan Laksama Sunan manakala Keris Noggere tidak dapat mencederakan tubuh Hang Tuah kerana kekebalan yang dimiliki pemilik keris Taming Sari yang ditempa  daripada  besi yang diambil daripada tahi bintang.Tiba-tiba pertarungan itu terhenti apabila bunyi meriam kedengaran di Pelabuhan Melaka.Hang Tuah terus menghilangkan diri bersama deruan angin yang menuju ke pelabuhan Melaka.Saifudin terasa sangat penat selepas bertarung dengan Laksamana Hang Tuah lalu dia berteduh di sebuah gua.Kepalanya terasa berat dan dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Baru kini dia mengingati apa yang telah berlaku.Dia keluar daripada gua itu dan melihat banyak kapal sedang terbakar dan nalurinya berkata bahawa Melaka telah diserang musuh yang sangat kuat.Dia cuba berlari namun kakinya tidak dapat berlari pantas.Semakin lama semakin perlahan langkahnya.Kakinya  terasa kebas.Badan seolah telah kehilangan tenaga yang banyak.Dia kini hanya berserah dan bertawakal kepada Tuhan Yang Agung.Dia berasa seolah maut semakin meghampirinya dan ingin menjemputnya.Dadanya tiba-tiba sakit dan kepalanya menjadi berat.Matanya kian layu.Saifudin rebah ke bumi.Badannya kini ditemani tumbuhan yang menghijau sambil diterang cahaya mentari yang masih hangat di bumi Melaka yang berdaulat dan kini semakin hampir menemui kejatuhannya.Kejatuhan yang tidak pernah bangkit.

?E

Kejatuhan Yang Tidak Pernah BangkitWhere stories live. Discover now