2

13 1 0
                                    

Melaka

Pada 25 Julai 1511,Alfonso de Albuquerque,mengetuai sebuah armada besar laut Portugis yang berlayar dari India melancarkan serangan pertama terhadap Negara berdaulat ini dengan membakar kapal-kapal di Pelabuhan Melaka.Kemudian,berjaya menawan jambatan di Sungai Melaka dengan bantuan saudagar-saudagar Melaka yang berpaling tadah.Zaman Kesultanan Melaka yang bertahan selama satu abad sejak tahun 1400 hingga kini,pada tahun 1511 pun berakhir.Pada peringkat akhir kesultanan ini,Melaka diperintah Sultan Mahmud Syah.Selepas Sultan Mahmud Syah turun takhta,baginda digantikan oleh puteranya,Sultan Ahmad.Serangan Portugis telah berjaya menakluk Melaka daripada Sultan Ahmad.Seluruh kerabat diraja berundur namun tidak pernah mengalah.

Portugis masih belum puas.Serangan demi serangan dilancarkan untuk memastikan tujuan mereka iaitu Gospel(agama),gold(ekonomi) dan glory(politik).Selain itu Portugis ingin meneruskan Perang Salib dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat penyebaran Islam dan ingin menyebarkan agama Kristian dan agenda utama mereka adalah untuk menguasai laluan perdagangan kerana Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Barat dan Timur.Jika mereka menguasai Melaka,maka mereka akan menjadi negara yang paling berpengaruh di dunia dan bakal menguasai perdagangan sutera,teh dan rempah-ratus yang semakin meningkat hasilnya.

Namun,Sultan Melaka tidak mudah menyerah.Baginda terus menyerang kembali dengan semangat yang tinggi dan terus mengarahkan bala tentera yang setia untuk menangkis serangan Portugis.Pada masa yang sama,baginda berusaha hendak merampas kembali Melaka namun bala tentera Melaka telah tewas dalam peperangan.Sultan Mahmud Syah bersama saki-baki hulubalang Melaka melepaskan diri dan berundur ke Batu Hampar,suatu kawasan pendalaman Melaka,lalu menyusur Sungai Muar lantas ke Penarikan.Dari Penarikan,mereka mendatangi Pahang untuk berlindung di situ buat seketika.Dari Pahang,baginda menyeberangi Selat Buang lalu mendarat di Pulau Bentan.Di tempat itu baginda 'bernegeri' di suatu kawasan yang dinamakan Kopak.

Kini sejarah kegemilangan Melaka sebagai kuasa besar di Kepulauan Melayu dan kemasyhuran pelabuhannya kini tinggal kenangan.Kini Portugsi bangkit sebagai kuasa Barat yang teragung kerana kejayaan mereka menjajah bumi Melaka yang berdaulat.Namun bukan semua bumi Melaka mampu mereka takluki.Mereka hanya berjaya menakluki Kota Melaka,Pelabuhan Melaka dan kawasan berhampiran sahaja.

Kejatuhan Yang Tidak Pernah BangkitWhere stories live. Discover now