20

572 56 0
                                    

Malam itu. Jimin masih lagi tidak dapat untuk melelapkan matanya. Dia mengambil keputusan untuk bersiar siar di taman untuk mengambil ketenangan di malam hari.

Setibanya di sebuah taman, Jimin berhenti berjalan dan duduk di bangku berdekatan.

Dia termenung seketika memikiran tentang dirinya. Pelbagai soalan mula muncul di fikiran Jimin.

*Jimin Pov*

Siapa aku?

Mana family aku?

Kenapa aku tak ingat satu apa pun tentang diri aku?

Kenapa aku rasa sakit kepala sering datang menyerang?

Aku tinggal kat mana?

*Author pov*

Pelbagai soalan lagi yang Jimin fikirkan. Sedang sibuk dia berfikir, rasa sakit nya kembali menyerang.

Jimin memegang kepalanya yang terasa sakit bagai di tikam. Mukanya berkerut menahan sakit. Telinganya mula bergema.

"Arghh" Jimin sedaya upaya untuk melawan sakit yang dihadapinya.

Semakin lama, sakitnya beransur hilang. Setelah Jimin rasa sakitnya mulai hilang, dia menarik nafas lega.

Jimin tersentak apabila terasa seseorang menyentuh bahu nya. Dia menoleh kearah gerangan yang menyentuhnya.

"Hiyeongg"

"Eh? Jimyun? What are you doing here sayang?" Jimin terkejut melihat Jimyun yang sedang berdiri di hadapannya.

"Takde apa. Jimyun tak boleh tidur. Jimyun jalan jalan la..Tiba-tiba jumpe Jimin hiyeong kat cini..Hihi" Jimyun berkata sambil tersengih. Comel.

"Aish. Jimyun. Tahu tak cuaca malam ni sejuk. Bahaya untuk kesihatan Jimyun. Nanti demam. Jimyun kene balik wad Jimyun. Okey?" Jimin mengusap perlahan kepala anak kecil itu.

"No! Jimyun nak teman hiyeong jugakk. Hiyeong duduk luar tak pe pulak? Jimyun kuat lahh. Macam hiyeong" Budak itu memuncungkan mulutnya tanda protes.

Jimin tertawa kecil. Geli hatinya melihat gelagat anak kecil itu.

"Eh budak nih. Okey2. Meh sini hiyeong peluk. Sejuk ni. Nanti sakit makin teruk." Jimin mendepakan tangannya.

Jimyun tersenyum kecil lantas memeluk tubuh Jimin erat. Jimin mengusap belakang anak kecil itu perlahan.

"Hiyeong.." Sayu suara Jimyun memanggil Jimin.

"Iye sayang. Wae?" Jimin memandang wajah Jimyun.

"Hyung janji dengan Jimyun. Hiyeong akan jadi hiyeong Jimyun selamanya. Hiyeong tak kan tinggalkan Jimyun. Promise?" Jimyun memdang wajah Jimin dengan penuh harapan.

"Iye sayang. Hyung tak kan tinggal Jimyun  alone okey?"

Jimyun tersenyum lebar setelah mendengar kata kata Jimin. Jimin juga turut tersenyum melihat Jimyun.

Jimin mencium pipi Jimyun dengan penuh kasih sayang. Dia berasa amat tenang apabila berada disamping Jimyun.

Namun begitu, senyuman Jimyun beransur pudar. Jimin berasa hairan melihat perubahan Jimyun.

"Kenapa ni? Hurm?" Jimin memegang pipi Jimyun.

Jimyun hanya mengukir senyuman kecil dan menggelengkan kepalanya. Jimin berasa ragu. Hatinya mulai rasa risau. Akan tetapi Jimin menolak semua perasaan itu jauh.

"Hiyeong..parents hiyeong dekat mana? Hiyeong ada adik? Rumah hiyeong dekat mana?" Tiba tiba Jimyun bersuara menyebabkan Jimin terdiam.

Jimin termenung seketika kerana tidak tahu jawapan yang hendak diberi kepada Jimyun.

"Hiyeong?"

Jimin tersedar apabila mendengar Jimyun memanggilnya. Dia tersenyum nipis kepada Jimyun.

"Hyung tak de parent, hyung tak de family, hyung pon tak tahu hyung tinggal dekat mana? Hyung sendiri tak tahu tentang diri hyung." Balas Jimin perlahan dan menunduk.

"Apa maksud hiyeong? Jimyun tak faham" Berkerut dahi anak kecil itu tanda tidak mengerti apa yang Jimin katakan.

"Tak pelah Jimyun. Tak perlu faham. Jimyun lah family hyung. Adik hyung. Okey? Dah. Abaikan je yang tadi." Jimin cuba mengubah topic perbualan mereka.

"Jimyun pula duduk dimana? Parents  Jimyun dekat mana?"

"Hurm. Jimyun dah tak de sesiapa pun. Parents Jimyun dah lama takde..Hyung Jimyun pon dah takde. Family Jimyun terlibat dalam kebakaran dulu. Jimyun je yang sempat di selamatkan." Terdengar getaran suara dihujung ayat anak kecil itu.

Jimin tersentak. Dia melihat Jimyun sayu. Dia mengusap perlahan kepala anak kecil itu.

"Mommy..daddy..Jimyun rindu.." Jimyun mula menangis apabila terkenangkan parent nya.

Jimin berasa bersalah. Dia tidak sepatutnya bertanya kepada anak kecil itu sebegitu. Tetapi dia tidak tahu. Jimin memeluk Jimyun dengan lebih erat. Sayu hatinya melihat Jimyun begitu.

"Shhhh..sayang.. jangan nangis macam ni. Nanti parent Jimyun pon sedih tengok anak dia macam ni. Jimyun kan kuat? Okey? Don't cry.. Tak comel dah donsaeng hyung ni" Jimin cuba menceriakan kembali suasana.

"Parent Jimyun bole nampak Jimyun? Tapi kenapa Jimyun tak bole jumpa dorang? Hiyeong tipu Jimyun ke? " Soal anak kecil itu sambil memuncungkan mulutnya.

"Hey. Bukan macam tu. Hyung tak tipu Jimyun la. Betul la apa yang hyung cakap. Tu. Cuba tengok bintang kat langit tu. Parent Jimyun ada kat sana." Kata Jimin sambil menunjukkan jari telunjuknya di langit.

Banyak bitang bertaburan menghiasi langit pada malam itu. Jimin tersenyum seketika melihat bintang bintang itu. Jimyun juga turut mendongak untuk melihat bintang itu.

"Jadi, kalau Jimyun rindu mereka. Jimyun lihat bintang tu dan luahkan  apa yang terisi dalam hati Jimyun. Nanti mereka dengar luahan hati Jimyun. Arrasseo?" Jimin memandang kembali Jimyun.

Jimyun tersenyum dan mengangguk. Jimin menyeka air mata anak kecil itu. Dia memeluk Jimyun dengan lebih erat.

Setelah beberapa minit melayani perasaan, Jimin berasa suhu pada malam itu semakin sejuk. Dia mengambil keputusan untuk menghantar Jimyun pulang ke wad nya dan juga dirinya.

Dia ingin memanggil Jimyun tetapi niatnya terhenti apabila melihat anak kecil itu sudah terlena di bahunya. Jimin tersenyum kecil.

Dia bangun sambil mendukung anak kecil itu dan menuju ke wad Jimyun. Jimin mengusap perlahan belakang Jimyun sambil berjalan menuju kearah wad anak kecil itu.

Sesampainya di wad Jimyun . Jimin meletakkan Jimyun dengan berhati hati di atas katil supaya dia tidak terjaga. Selepas Jimin pasti Jimyun berada dalam keadaan selamat, dia mula melangkah.

Tetapi langkahnya terhenti apabila terasa lengannya di pegang oleh seseorang. Jimin menoleh.

"Hi--hiyeong..Jangan tin--nggal kan Jimyun" Jimin melihat Jimyun merengek dengan matanya masih lagi terpejam.

Jimin membatalkan niatnya untuk pulang ke wadnya sebentar. Dia menemani Jinyun seketika.

"Shhhh.  Hyung ada kat sini. Dah tidur" Jimin mengusap perlahan kepala Jimyun dan menciumnya lembut.

Selepas beberapa minit, setelah berasa Jimyun sudah lena dengan nyenyak, Jimin mula bangun dan melangkah pergi untuk pulang ke wadnya.

Jimin mula berjalan menuju ke arah wadnya. Setelah sampai, Jimin menuju kearah katilnya dan baring.

Taehyung dan Jungkook dimana? Mereka pulang kerumah malam ni. Katanya mereka akan datang menemani Jimin semula pada hari esok. Malam ini, Jimin tidur keseorangan.
.
.
.

Tbc

Hyee guyss..Sorry lame tak update..Lately ni author kerap busy. Anyway, thanks yang support and still support story nih. This. Big love for you💖 Thank you again. Bye. See you letter🤗

I'm Sorry K.T.H & P.J.MWhere stories live. Discover now