18

613 53 2
                                    

Keadaan wad itu agak gelap. Hanya cahaya lampu tidur yang menyumbangkan sedikit cahaya di dalam wad itu.

Jimin tersedar dari pengsan nya. Dia melihat kesisinya. Terlihat seorang lelaki sedang tidur dengan kepala nya letakkan disisi  katil Jimin beralaskan tangannya.

Seorang lagi lelaki baring di atas sofa yang terletak tidak jauh dari katilnya juga.

Perasaan takut menguasai diri Jimin kerana dia tidak mengenali dua orang lelaki ini. Akan tetapi, selepas teringat kejadian siang tadi. Jimin cuba untuk menenangkan dirinya.

'Aku sahabat kau. Kau tak kenal aku ke?' Ayat itu masih terngiang  ngiang di telinga Jimin.

"Betul ke dia sahabat aku? Kalau iya, kenapa aku langsung tak ingat dia." Perasaan ragu mula menguasai diri Jimin.

"Tapi kalau dia jahat. Kenapa dia nangis tadi. Aku nampak keikhlasan dalam diri dia." Jimin sedang bermain dengan soalan yang mencul di benak fikirannya.

Tiba tiba lelaki disebelahnya itu tersedar dari lena nya. Jimin melihat lelaki itu. Begitu juga lelaki itu. Jimin tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana keadaan wad yang gelap hanya cahaya malap yang ada.

"Jimin ah. Kau ok? Kau sakit lagi?" Tanya Taehyung.

Jimin tidak bersuara. Dia hanya mengangguk mengiyakan kata kata Taehyung.

Dalam masa yang sama juga. Jungkook di atas sofa turut terjaga. Dia bangun dan melihat bayang bayang Taehyung dan Jimin seperti sudah terjaga.

Jungkook bangun dan memetik suiz lampu wad itu. Selepas beberapa detik. Wad itu diterangi cahaya lampu .

"Hyung . Kook nak pergi toilet kejap." Kata Jungkook kepada Taehyung.

Taehyung sekadar mengangguk. Dia kembali melihat Jimin yang masih mendiamkan diri.

"Jimin ah. Jangan lah takut. Aku bukan orang jahat. Aku kawan kau. Trust me" pujuk Taehyung selepas melihat Jimin seperti ragu ragu untuk mendekatinya.

"N--nae. Ta--di tu siapa?" Jimin mula bersuara.

"Ouh tadi? Yang tadi tu Jungkook. Kawan kau jugak. Tapi aku kawan kau daripada kecil lagi. Yang tadi tu kawan baru kau. Kau baru kenal dia sebab dia budak baru kat sekolah" Terang Taehyung panjang.

Jimin sekadar mengangguk. Jimin merasakan dia dapat menyesuaikan dirinya dengan lelaki di hadapannya ini. Selain daripada lelaki ini, tiada sesiapa lagi yang Jimin kenal.

"Kau lapar? Nak makan? Kalau nak kita boleh turun cafe atau aku belikan kau makanan?" Tanya  Taehyung  prihatin.

Jimin menggeleng. Sebenarnya perutnya lapar kerana sudah beberapa hari dia tidak mengisikan perutnya dengan makanan. Tapi dia tidak mahu menyusahkan Taehyung lagi.

"Sure?" Taehyung bertanya lagi. Kening sebelahnya diangkat.

Belum sempat Jimin mengangguk. Perutnya berbunyi kuat. Jimin memegang perut nya. Muka nya merah kerana melihat Taehyung tersenyum kecil memandang dirinya.

Aduh kau ni perut! Jangan lah buat hal! Jimin mengomel sendirian.

"Dah. Jom. Aku bawa kau turun. Kau lapar kan. Jangan nak menipu lagi" Taehyung menarik tangan Jimin perlahan.

Jimin akur. Dia mengikuti jejak langkah Taehyung. Tidak lupa juga pada Jungkook. Taehyung telah menghubungi Jungkook supaya berjumpa di cafe berhampiran dengan wad Jimin. Mereka berdua berjalan dengan berhati hati.

Selepas beberapa minit berjalan. Akhirnya mereka sampai di cafe tersebut. Taehyung dapat melihat Jungkook yang sudah sampai terlebih dahulu melambai kearahnya.

Taehyung pergi ke arah Jungkook. Tangannya masih memegang tangan Jimin. Jimin hanya menurut.

"Ha. Kau duduk sini. Biar aku yang belikan makanan. Kau nak makan apa?" Taehyung menyuruh Jimin duduk.

"Eh. Takpelah. Aku bole beli sendiri." Kata Jimin.

"No excuse. Kau nak makan apa? Aku belikan" kata Taehyung memotong ayat Jimin.

Tiba tiba. Jimin terdiam seketika. Jimin berfikir sejenak. Dia merasakan seperti situasi ini pernah berlaku. Jimin memejamkan matanya sebentar kerana sakit kepala nya mula menyerang.

"Ha. Kau belilah sendiri. Tangan aku penuh lah"

Ayat itu berdesing masuk kedalam telinga Jimin. Dia terbayang suasana yang fimiliar dengan situasi sekarang seperti disekolah tetapi hanya samar samar.

Taehyung melihat Jimin berubah mula berasa risau. Begitu juga  Jungkook.

"Jimin. Yah jimin. Kau okay tak?" Taehyung menggoncang perlahan lengan Jimin.

Jimin tersedar kembali. Dia mengangguk perlahan. Dia mengambil nafas dalam sebelum memandang Taehyung dan berkata

"Aku ok. Jangan risau." Kata Jimin meyakinkan Taehyung.

Taehyung mengangguk dan terus melangkah untuk membeli makanan. Risau di hati Taehyung semakin menjadi jadi terhadap sahabatnya Jimin.

'Jimin ah. Aku akan pastikan kau ingat semua tentang kita. Aku akan tolong kau. Aku janji. Saranghae chingu ah'

.
.
.
.
Tbc.

Yey! Akhirnya author berjaya buat scene VMin💕😂  Sorry cuz chap ni pendek..but the next chap author akn cuba buat panjang kay💞..enjoy reading guys😘

I'm Sorry K.T.H & P.J.MWhere stories live. Discover now