23

500 24 6
                                    

Jimin terbangun dari tidurnya apabila dia terhidu bau yang enak. Pantas dia bangun dari katilnya. Dia meregangkan sedikit badannya.

Matanya tertumpu pada langsir di dalam bilik itu. Jimin berjalan menghampiri langsir itu. Dia menyelak langsir itu. Dan dengan serta merta bilik Jimin di terangi cahaya.

Disebabkan silau yang melampau. Jimin mendengus kecil. Dia menutup matanya menggunakan tangan nya. Tanpa berlengah lagi, dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selepas siap membersihkan diri. Dia turun kebawah untuk melihat apa yang sedang Taehyung lakukan. Perlahan lahan dia menuruni anak tangga dengan berhati hati.

Selepas dia sampai di bawah. Dia mengatur langkah ke dapur, semakin menghampiri dapur, semakin kuat bau yang enak menyelusup masuk ke rongga hidungnya.

Sesampainya didapur, dia melihat Taehyung yang memakai apron sedang bertungkus lumus berperang dengan kuali. Sesekali Jimin tergelak kecil melihat gelagat Taehyung.

Dia terlihat beberapa hidangan sudah tersedia di atas meja. Itu membuatkan perut jimin berkeroncong dengan hebat. Mata nya tidak lepas daripada memandang makanan di atas meja itu.

"Eh? Jimin? Sejak bila kau ada kat situ? Hah yang dok terjegat kat situ lagi buat apa? Sini lah"

Teguran Taehyung membuatkan Jimin tersentak. Dengan kekok dia tersenyum janggal dan menggaru kepalanya. Perlahan lahan dia mendekati Taehyung.

"Hah duduk lah. Maaf lah, aku tak terror sangat bab memasak nih. Ni je yang mampu aku buat. Hehe" kata Taehyung sambil menanggalkan apron yang dipakainya.

Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Jimin. Air yang telah disediakan sejak tadi dihirup.

"Eh. Tak pe lah. Aku tak kesah. Kira okay lah ni kau bole masak. Tak delah nak membazir je asyik makan kat luar." Kata Jimin pula.

"Tak de lah. Selalunya kau je yang masak untuk aku. Ye lah. Kau je hebat kalau bab ii memasak nih. Kerja aku selalunya makan je ape yang kau masak" Sambung Taehyung lagi sambil tersengih.

Jimin diam. Dia cuba mengingat kembali memori lama. Namun hampa. Tiada apa yang boleh dia ingat. Taehyung pelik melihat perubahan Jimin yang tiba tiba diam.

"Jimin.. Kau okay tak ni?" Taehyung melambai lambai kan tangannya dihadapan Jimin.

"Tae.." Jimin menggumam perlahan.

"Ya? Wae?" Dahi Taehyung berkerut.

"Sorry" kata Jimin perlahan sambil menunduk.

"Ha? For what?" Tanya Taehyung pelik.

"Untuk semuanya. Aku tahu kau kecewa sebab aku tak dapat ingat walaupun sikit tentang kita dulu. Aku betul ii minta maaf." Luah Jimin kesal.

"Lahh. Aku okay je Jimin. Dah la. Jangan paksa diri kau. Aku tak nak kau sakit. Lagipun sekarang ni kan time makan. Dah. Makan je. Jangan fikir sangat" kata Taehyung cuba memujuk Jimin.

Jimin mengukir senyuman yang nipis. "Gomawo Tae"

Taehyung sekadar mengangguk.

Jimin mula mengambil makanan yang di masak oleh Taehyung. Dia menyuapkan nasi goreng kimchi itu kedalam mulutnya. Selepas menelan..

"Wahh. Tak sangka. Sedap jugak kau masak en" puji Jimin. Matanya bersinar sinar. Ceh kau Jimin. Pantang kalau makanan.

"Heh! Tengok orang lah" Taehyung tersenyum senget.

"Ceh. Baru puji sikit. Angkat bakul pulak dah" Jimin menggulingkan matanya keatas.

"Hahaha" Taehyung tergelak kecil.

"Erm Tae." Jimin memanggil Taehyung.

"Ya?"

"Lepas ni kau ada pergi mana ii ?" Tanya Jimin.

"Erm tak kot. Kenapa?" Tanya Taehyung pula.

"Tak delah. Aku..erm aku bosan lah nak duduk terperap dalam rumah ni je. Aku nak keluar. Bole kau bawak aku?"

"Oh. Boleh je. Lagi pun aku free harini." Kata Taehyung.

Jimin tersenyum gembira. Tak de lah dia bosan je. Jimin menguyah makanan dengan lebih berselera.

"Oh bagus lah. Btw, lama aku tak nampak Kook. Mana dia?" Soal Jimin.

"Ouh dia kata ada urusan. Pastu dia kata nanti kalau free dia datang sini" jawab Taehyung. Nasi goreng dikunyah sekali.

"Ouh. Urusan apa kau tahu?"

"Entah. Dia tak de cakap apa ii pula."

"Ouh. Okay lah"

"Herm. Jimin..Kau nak pergi mana petang ni?" Tanya Taehyung pula.

"Kau bawak aku pergi hospital. Aku nak jumpa Jimyun. Aku rindu dia." Pantas Jimin menjawab.

Taehyung sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka meneruskan acara makan.

Selepas siap makan. Mereka berjalan ke ruang tamu. Jimin mengambil tempat di sebelah Taehyung yang sedang duduk di atas sofa.

Taehyung kini sedang ralit bersama phone di tangan. Apa yang dilihatnya  entah. Jimin hanya memerhati.

"Tae.." panggil Jimin memecahkan kesunyian yang melanda mereka.

"Herm?" Pandangan Taehyung masih lagi melekat di screen phone nya.

"Aku rasa. Aku nak masuk sekolah balik lah." Pinta Jimin tiba ii.

Mendengar kata kata Jimin. Mata Taehyung pantas memandang ke arah Jimin. Mata di besarkan akibat terkejut dengan pernyataan Jimin tadi.

"What? Aku ada salah cakap ke sampai kau pandang aku macam tu?" Soal Jimin pelik.

"Tak. Tak de lah. Tak salah pun. Cuma aku terkejut. Tiba ii je kau nak pergi sekolah. Serius lah?" Tanya Taehyung pula.

"Iya serius." Jimin membalas.

"Herm. Kalau tu yang kau nak. Okay. Next week kita sekolah. Nanti aku inform pengetua." Balas Taehyung pula.

"Betul nih! Betul ke Tae?! Janji?!" Jimin melompat di atas sofa itu. Excited terlebih. Matanya bersinar sinar.

Taehyung memandang Jimin terkejut. Lalu dia mengangguk perlahan.

"Yeahh!! " Jimin menjerit gembira dan menepuk tangannya.

"Ye aku faham kau happy. Tapi jangan lah terlompat lompat macam tu. Kang jatuh tak pasal ii duduk dalam wad lagi" kata Taehyung memandang Jimin.

"Eh! Biar lah. " Jimin mencebik.

Taehyung hanya menggelengkan kepalanya. Senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu.

.
.
.
.

Tbc

Annyeong 🤗 Happy Fasting day guyss💕 I love my readers😘 Thanks yang dah support story shin ❤

I'm Sorry K.T.H & P.J.MWhere stories live. Discover now