-stop crying baby Ur tears almost hurt me alots -
#💮
Sticky note itu aku renyukkan lalu aku buang kedalam tong sampah mini didalam bilikku . Aku duduk memeluk lutut di meja makeup milikku . Air mataku seakan tidak mahu berhenti dari mengalir . Namun aku tidak berputus asa . Aku terus dan terus menyeka air mata itu .
"Sudah dua tahun selepas kejadian tu , sayang . Takkan Yurene tak nak cari pengganti? Omma cuma risaukan Yurene. Omma pasti anak lelaki sepupu omma boleh jaga Yurene baik-baik ."
Ya . Sudah 2 tahun berlalu . Namun kenapa sepertinya aku tidak boleh melupakan lelaki yang pernah menyiat-nyiat hatiku? Dia yang kuduga pertama dan terakhir namun semuanya dusta . Dia malah meninggalkan ku dihari yang sepatutnya hari bahagia kami .
Almari makeup itu aku buka . Sekeping gambar polaraid yang aku selit didalam buku itu aku tarik keluar bersama seutas gelang ukiran kayu yang aku letak didalam almari itu . Ianya gambarku bersama dia . Senyuman yang aku ukirkan jelas senyuman bahagia . Bahagia yang aku fikirkan selamanya namun hampa . Begitu juga dengan dia . Tersenyum menampakkan eye-smile nya yang tidak seberap dek terhadang topi miliknya . Aku mengusap gambar itu lama . Dan gelang pemberiannya 3 tahun lalu itu aku sarung ke pergelangan tanganku. Aku tidak dapat menahan sebak . Laju saja air mataku jatuh .
"Selepas berjanji , kau tinggalkan aku terkontang kanting . Apa makna semua tu ? " aku menyeka semula air mata yang semakin merembes keluar .
"Sampai hati kau , Na Jaemin ."
Gelang ditangan aku usap perlahan menggunakan ibu jariku .
"Semoga , pemilik pasangan gelang ini sihat sejahtera "
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Sticky Note || na jaeмιn
Sonstiges"Sticky note yang kecil namun besar jasanya.. " (start ; 27 / 07 2k18 ) (end ; ) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adalah kebetulan sahaja❗ FF...