Bab 2 : Couple?

311 17 7
                                    

  "Saya sebenarnya girlfriend Boboiboy," kata Hisya , membawa satu pembohongan. Boboiboy ketika itu sudah ternganga. Dasar perempuan dibaling bawang, ada hati nak mengaku dia teman perempuan aku?

  Ketika itu, semua kelas sudah tergamam. Tak tahu mahu berikan apa respon. Apa yang mereka tahu hanya berbisik dan ternganga juga.

  "Tapi..."

  " Huhuhu..Tak sangka kecik kecik dah pandai bercinta-cintun! Kamu ingat ni sekolah bapak kamu ke?!" Cikgu Papa mula berdrama. Habis air liur merecik pada muka Boboiboy, "Sudah, Hisya .. Duduk di tepi teman lelaki kamu ni!"

  Hisya tersenyum kemenangan. Dia segera duduk di tepi Boboiboy. Ikutkan hati , mahu sahaja Boboiboy mencampak Hisya ke luar tingkap.

  'Tidak mungkin....kenapa dia kembali?' Detik hati Boboiboy. Tangannya sudah rimas dipegang Hisya sepanjang sesi pembelajaran.

...

  "Kring!"

  " Yay! Waktu rehat!" Suara Amardeep kedengaran. Selalunya itulah ayat yang Gopal laungkan apabila waktu rehat menjelma tiba. Entah kenapa Gopal tiba tiba kurang bersemangat.

  "Hei, kau kenapa ni Gopal? Diet ke?" Fang menjongketkan keningnya . Gopal mendatarkan mukanya. Nasib Fang kawannya kalau tidak ingin dicampak Fang ke pusat pemulihan landak.

  "Diet? Pigidah. Yang aku pelik, betul ke Boboiboy ada girlfriend ?"

  "Hey, dia tu popular..eh, aku lagi popular.. " Hidung Fang kembang sekejap, " Yalah, eh Gopal?"

  Hidung Gopal sudah meleleh hingus. Fang menjauhi Gopal perlahan lahan.. , " Kau okay tak , Gopal? Jangan sampai aku serang kau dengan harimau bayang!"

  " Tak sangka..Tak sangka kawan baik aku sudah ada girlfriend.. Huhuhu.."

  "HARIMAU BAYANG!"

  "WARGHHHHHH! APA SALAH AKUUUUUUHUHUH...!"

...

  Boboiboy mengambil tempat di kerusi bangku. Dia sekarang berada di belakang bangunan sekolah. Sememangnya tempat itu jarang dilalui orang lain.

  Dia perlu jauh..

  Jauh dari semua orang...

  Jauh dari Hisya...

  Boboiboy menggeleng laju , tak boleh dibayangkan kalau dia masih bersama Hisya. Pasti sudah kecoh satu sekolah.

  "Hei, lu pikir apa tu?"

  "Wargghhhhh!" Boboiboy terkejut dan terlompat ke atas pokok manga sebelum jatuh ke bawah.

  " Y..Ying?"

  "Hari ini aku bertugas siram pokok bunga belakang bangunan ni maa.. Lupa ke aku ahli Kelab Pencinta Alam?"

  "Ooo.."

  Ying mengambil penyiram lalu menyiram setiap pokok bunga yang ada. Boboiboy hanya memerhati kelakukan Ying.

  " Lu tak pergi rehat ke?"

  "Kau?"

  "Haiya.. aku dah makan maa...  Entah entah..pasal Hisya kan?" Kata Ying selamba sambil menyiram pokok bunga. Boboiboy mempamerkan muka terkejut.

  "Macam mana kau.."

  "Haiya, lu kan terkenal di sekolah ni. Sekolah ni ramai mak  cik bawang maa. Tapi aku tak membawang la...," Ying meletakkan penyiram ke tempat asalnya. Dia sempat menjeling ke arah Boboiboy yang muram seperti hilang coklat dalam peti ais, " Lu dah kenapa?"

  "Aku risaulah..."

  "Risau? Kenapa?"

  "Mesti orang sangka aku ada girlfriend padahal bukan,  Hisya tu ex-girlfriend aku ," Boboiboy memgeluh. Ying memandang Boboiboy sayu sebelum menanyakan soalan, " Cuba cerita kat aku, bila lu dengan dia couple? "

  Niat Ying ingin membantu. Dia tidak boleh melihat kawannya yang kesedihan. Boboiboy menarik nafas sebelum bercerita , "Sebenarnya..."























31 Mei 2017

  Boboiboy sedang membelek telefonnya. Sekejap scroll ke atas dan ke bawah. Ibubapanya keluar bekerja dan akan balik lewat malam. Dia balik ke Kuala Lumpur demi untuk berjumpa ibubapanya.

  " Eh, apa ni?" Boboiboy membuka chat instagram yang mempaparkan satu akaun yang ingin berbual dengannya.

  @hisya_2005?

@hisya_2005
Hai, saya tahu awak Boboiboy. Awak superhero terkenal di Pulau Rintis. Awak hensem juga. Muahhh..

@boboiboy
Okay.....Terima kasih?

@hisya_2005
Boleh kita berkenalan?

  Perbualan menjadi semakin rancak. 'Persahabatan' mereka juga sudah level up. Boboiboy seakan sudah jatuh hati dengan Hisya. Mereka bercouple sampailah...

13 December 2018

  Sekeping gambar diletakkan ke atas meja dengan kuat. Boboiboy menunduk. Wajah si ayah sudah merah padam kerana marah.

  "APA NI BOBOIBOY? JIRAN KITA BERITAHU YANG KAMU PEGANG TANGAN DENGAN PEREMPUAN ! MEMALUKAN MARUAH SAHJA! KALAU PEREMPUAN YANG KAMU ANGKUT TU MENGANDUNG? MACAM MANA?!" Ayah Boboiboy sudah mengamuk macam Abang Kassim tak dapat cuci kapal. Ibu Boboiboy mengusap belakang suaminya untuk menenangkan kemarahan suaminya.

  "AYAH TAK KIRA! AYAH NAK KAMU CLASH DENGAN DIA!"

  "Baik , ayah..."

  Sejak daripada itu, Boboiboy sudah block akaun insta  Hisya. Gambarnya berselfie dengan Hisya. Jika terserempak dengan Hisya di  Kuala Lumpur, dia akan menjauhinya macamlah Hisya tu Kapten Vargoba.

Namun...

26 December 2017

"Sudahlah, Hisya. Saya tak sukakan awaklah!"  Boboiboy kini memandang gadia bernama Hisya. Hisya menangis seperti sakit sangat. Mengada.

  "What? Saya kan girlfriend awak. We don't have a first kiss, right ? "  Hisya itu sudah terlentok - lentok seperti sotong terkena garam. Boboiboy memandang keji ke arah Hisya, " WE ARE NOT COUPLE! STOP RIGHT NOW ! YOU ARE NOW ARE MY EX-GIRLFRIENDS ! "

  Sebab itulah dia tidak ingin balik ke Kuala Lumpur. Mesti akan terjumpa perempuan ini. Dia mengayuh basikal dan segera pulang ke rumah, meninggalkan Hisya yang sedang tergedik, menangis teresak - esak.














"Kring!"

  Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Ying yang tadi bersila terus bangun , " Aku masuk kelas dulu. Nanti lu masuk kelas tau!" Ying sudah berlari ke kelas. Sekelip mata sudah hilang dari pandangan.

  " Lajunya," Boboiboy berjalan dengan perutnya yang menyanyikan lagu Tapops. Ya, dia tidak makan apa apa sejak tadi. Lapar.








😮😮😮
Siapa yang bersalah dalam hal ini? 🤔 Boboiboy👦 atau Hisya👧? Entah Nooroo pun tak tahu😂. Okay, kalau ada masa Nooroo akan update. 😝

Geng Kuasa (Season 1)Where stories live. Discover now