Bab 3 : Salah faham

286 19 10
                                    

  Boboiboy berjalan lemah. Kepala dia pening dan berdenyut denyut. Dia sedang ke padang kerana hari ini kelas PJPK. Sudahlah waktu rehat tadi, dia tak makan apa apa.

  "Boboiboy sayang!"

  Hisya melambai mesra. Boboiboy terkesima. Aduh... kenapa kena jumpa perempuan ni😑.

  Hisya merangkul lengan Boboiboy. Boboiboy seperti dalam keadaan mamai. Mana tidaknya, dia tidak makan waktu rehat tadi. Perutnya berkeroncong sejak dari tadi. Kepalanya juga sudah pening - pening.

  "Awww... my boyfriend look so adorable today!" Hisya mengambil kesempatan mencium pipi Boboiboy. Beraninya dia buat benda begitu. Mentang mentanglah tiada guru di situ. Peminat - peminat Boboiboy sudah merungut geram.

  "Hei, kau tengok tu?" Fang menepuk perlahan bahu Gopal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "Hei, kau tengok tu?" Fang menepuk perlahan bahu Gopal. Gopal menoleh. Kelihatan Hisya sedang 'beramah - mesra ’ dengan Boboiboy. Boboiboy pula nampak lemah.

  "Biarlah. Dia bukan kawan aku.." Suara Gopal mendatar. Dia mengunyah donat lobak merah itu perlahan. Sakit hatinya apabila kawan dia tinggalkan dia semata - mata untuk bersama ' kekasih hati ’.

  'Pelik,'getus Fang dalam hati. Tiba - tiba Fang menjerit sebab sedar sesuatu, " WOI GOPAL BAIK KAU PULANGKAN DONAT AKU!"

  "TIDAKKKK.. KAU PERASAN RUPANYA!!!"

  "GOPALLLL! HARIMAU BAYANG!"

  "TIDAKKKKK"

...

Masa Kesembilan
_______________
Matapelajaran : PJPK

  "Hari ini kita akan main bola keranjang. Lelaki buat dua kumpulan. Satu kumpulan ada enam orang. Perempuan pula main bola jaring. Buat dua kumpulan. Satu kumpulan ada enam orang. Ha, cepat!" Terang Cikgu Ijman, terang dan jelas. Gopal sudah bercalar mukanya kerana dicakar oleh Harimau Bayang.

  Hisya dan Lili , kawan baik Hisya, duduk di bangku sekolah. Sanggup mereka tipu cikgu untuk menonton Boboiboy bermain bola keranjang. Eish, perangai tidak matang langsung 😒!

  Boboiboy berada dalam kumpulan Gopal , Fang , Amardeep , Hazmi, Danial manakala Iwan ada dalam kumpulan  Alex , Syam,  Afiq , Remy dan Siao Fang.

  Permainan pertama dimulakan. Boboiboy perasan Gopal dan Fang bermasam muka dengannya. Boboiboy mengeluh. Dia tahu dua kawan baiknya mesti salah faham dengannya.

  Alex melontar bola ke Syam tapi dapat disambut Fang yang agak tinggi dari Syam. Fang berlari ke gol bola keranjang. Konon konon dengan menjaringkan gol, boleh membuatkan dia popular. Ketika dia mengelamun sambil mengembangkan hidung, bola itu berjaya dirampas Iwan.

  "Wuuhuuuu! "

  "Iwan!"

  Iwan jadi bangga diri sekejap campur blur . Bola itu dirampas Amardeep. Amardeep melontarkan nya ke Gopal. Gopal dengan penuh bergaya bersama lemaknya berlari ke arah gol tapi dikunci oleh Alex.

Boboiboy melambai ke arah Gopal, supaya Gopal menghantarkan bola padanya. Tapi Gopal masih marah pada Boboiboy. Gopal menbaling bola ke arah Danial. Disebabkan Danial tengah mengelamun tentang perdana menteri dan kursus kahwin, bola itu terkena kepala Danial..

  "Adududududu.." Danial mencangkung sambil mengurut kepalanya. Sakit kot!

  Bola itu berjaya dirampas oleh Remy. Hasil kerjasaman kumpulan Iwan. Mereka dapat menjaringkan gol.

Boboiboy
0

Iwan
1

  Boboiboy memegang kepalanya. Kepalanya seperti sedang berpusing. Bagai rasa ada. Rasa nak muntah. Rasa nak pengsan. Bak kata seorang wanita dalam iklan, ' hebat hebat rasa , maggi cukup rasa’. Nooroo tetiba merapu kerana dia baru lepas makan maggi.

  "Kenapa dengan boyfriend awak?" Tanya Lili sambil menguyah roti. Lili mempunyai mata yang cantik. Rambut yang diikat ponytail dan ketinggian yang comel comel iaitu 145 cm ( Hahaha. Pendek)

  "Hrm.. saya yakin dia okay," kata Hisya selamba. Lili mengangkat kening, takkan dia tak risau pasal teman lelaki dia pula.

   Masa kedua. Boboiboy masih lagi pening pening lalat. Lebih lebih lagi perutnya yang berkeroncong menyanyikan lagu ' Sayangi Malaysiaku’ .

  Tiba - tiba...

  " Boboiboy!"

  Kepala dia rasa terkena sesuatu yang kuat. Serta merta pandangan menjadi gelap.

⚡⚡⚡

  Bangun sahaja dia sudah berada di satu bilik. Pandangan pertama dia adalah dinding yang ditampal poster 'LARANGAN MEROKOK. KALAU KAU NAK MATI, KAU MEROKOKLAH SAMPAI MATI. DOSA TU KAU FIKIRLAH SENDIRI.'

  "Aku kat mana ni?" Tanya Boboiboy. Memang sinonim orang yang lepas bangun dari pengsan akan selalu tanya , 'Aku kat mana ni? '

  "Boboiboy? Kamu dah sedar?" Suara itu menyapa telinganya.

  Mata yang dipejam dibuka kembali. Dia mencari - cari suara yang didengar tadi. Apabila kepala berpaling ke kiri, dia dapat melihat seorang wanita muda berpakaian putih berdiri betul - betul di sisinya. Berkerut dahi apabila melihat wajah baru yang langsung tidak dikenali. "Saya di mana sekarang?"

  Wanita berpakaian putih itu tersennyun sambil menjawab. "Kamu sekarang dirawat di bilik sakit sekolah. Bawa berehat banyak - banyak."

  Mendengar penjelasan jururawat itu, ingatan Boboiboy berputar kembali kepada peristiwa yang menimpa dirinya. Visual dia bermain bola keranjang. Visual dia dijeling Gopal dengan penuh tajam dan visual pipi dia dicium oleh Hisya.

  'Ini semua salah faham , semua,' detik hati Boboiboy. Dia rasa bersalah kerana membuat kawan - kawannya salah faham dengannya.

  Jururawat bertugas sudah tiada di sisi.Katanya mahu memberitahu perkembangan pelajar cedera kepada pentadbiran sekolah.

  Boboiboy baru perasan ada sesuatu di sebelah meja kecil itu. Ada sebungkus kek tiramisu dan sekotak jus laichi . Ada sekeping surat diselitkan di bawah kotak jus laichi itu.

Aku tahu kau tak makan tadi sebab Ying cerita kat aku. Oh ya, Gopal risaukan kau tau. Lain kali makan lah , pendek

-MastershadowFang-

  Boboiboy tersengih sambil membaca. Dia tidak kisah dipanggil 'pendek' asalkan kawan kawannya berbaik dengannya dan tidak salah faham dengannya lagi.

  "Terima kasih Fang.."












🐥🐣🐥🐣🐥🐣🐥

I'm back! Ambik korang, 2 bab sekaligus. Happy  ke? 😂😂😂 Doa doalah  saya boleh terus update. Ceh... saya kan busy (busy apanya kalau buat kerja rumah pastu layan kucing)

Geng Kuasa (Season 1)Where stories live. Discover now