Bab 4 : Fitnah?

282 19 9
                                    

  "Apa niiiiiii!" Lili melompat geli apabila lipas lalu di depannya. Mengalahkan apa.

"Hey, awak ni dah kenapa?" Marah Hisya. Ini semua gara - gara pagi tadi....

  "Gopal..."

  "Hrm..."

  "Gopal, aku minta maaf..." Boboiboy menundukkan wajahnya. Gopal nampak marah sangat padanya hari ini.

"Kenapa?"

  "Aku dengan Hisya tu bukan couple. Dulu yalah.. sekarang dah tak.." Boboiboy menceritakan segalanya. Hisya memerhati dari jauh. Dia melihat dengan penuh geram. Boboiboy bergelak ketawa dengan Gopal sekarang. Mereka nampak sudah berbaik kembali.

  Hisya mengenggam rambut ponytailnya. Tak boleh jadi ini.. Boboiboy tak boleh berkawan dengan sesiapa kecuali aku! BECAUSE HE IS MINE! HE IS MINE!!!!!

 
  Boboiboy terbersin. Dia meletakkan pinggan ke dalam besen sebelum bergerak ke sinki untuk membasuh tangan. Kawan kawannya sedang menunggu dia di Foyer C. Fang , Yaya , Ying dan Gopal bergerak dulu ke Foyer C kerana dia lembap sangat makan. Tiba - tiba...

  ZAPPP!

Tubuhnya dipeluk dari belakang. Rupanya ulat bulu yang peluk dia dari belakang. Boboiboy menolak Hisya, lembut. Dia tidak mahu kurang ajar dengan seorang hawa itu.

  " Apa ini? Jom dating nak?" Kata Hisya sambil melentok - lentokkan tubuhnya seperti dahan mahu patah. Boboiboy mengeluh. Dia masih tidak mahu meninggikan suara.

  "Baliklah Hisya..."

  "Macam mana nak balik? Belum sampai waktu balik lagi. Kita kat sekolah , hubby ."

  "Baliklah dekat kelas..."

  "Tak naklah! You don't understand me! I love you so much! " Hisya memegang tangan Boboiboy sekaligus mencium pipi lelaki itu. Boboiboy terkejut apabila Hisya membuat begitu sepintas lalu. Lagi lagi depan khalayak ramai. Cuma nasib kawasan itu lenggang dan tiada cikgu di situ.

  Fang memerhati dari jauh. Dadanya berombak, menahan kemarahan. Patutlah Boboiboy lambat. Sedang bersemut dengan 'kekasih' dia. Fang meninggalkan kantin dengan perasaan marah.

⚡⚡⚡

  "Hisya!" Boboiboy merengus geram. Pipinya dilap dengan tisu kasar. Ditinggalkan Hisya tersedu - sedan menahan tangis apabila pipinya ditampar dengan kuat. Manja.

  "Hei , korang..."

  Suara Boboiboy mendapat perhatian keempat sahabat itu. Ying, Fang dan Gopal memandang Boboiboy dengan tajam. Boboiboy terkebil - kebil tidak memahami apa yang terjadi. " Kenapa?"

  "Hei, kita patut tanya Boboiboy dahulu sebelum fitnah dia begitu sahaja," Yaya bertindak rasional. Cuba menenangkan kawan - kawannya sebelum pergaduhan terjadi.

  "Dah habis ke 'bersawit' dengan Hisya sampai lupakan kami?" Pertanyaan dari Fang mengegarkan hati Boboiboy. Mereka nampak ke? Tidak! Itu semua hanya salah faham.

  "Haiya , lu ni nama sahaja kawan tetapi pergi ke kekasih lama dan lupakan kawan kat sini," Ying pula membesarkan isu. Tangannya menggengam seolah olah ingin menumbuk Boboiboy kerana melupakan persahabatan mereka berlima.

  "Pigidah! Tahulah kami yang kami bukan kawan," Gopal nampak benar - benar marah. Ying meninggalkan mereka bertiga. Fang mengekori Ying dan Gopal dengan bunyi tapak kasut yang sengaja dibuat.

  "Tunggu , Ying!" Yaya terbang ke arah Ying, berniat untuk memujuk rakam - rakannya, meninggalkan Boboiboy yang kaku...

  "Korang.."

  "Apa aku nak buat ni?"

⚡⚡⚡

  "Betul ke apa kau buat ni , Hisya? " Lili memandang Hisya. Hisya tidak terasa sedikit pun bersalah memutuskan persahabatan yang lama terjalin.

" Just trust me. Sekarang, tiada siapa yang dapat berkawan dengan Boboiboy. He's mine forever~ " Hisya tersenyum girang. Memandang Boboiboy yang sedih riak wajahnya langsung tidak dapat menambahkan perasaan bersalah pada diri Hisya.

  " Tapi Hisya, tak baik kau..." Belum sempat Lili menghabiskan ayatnya, Hisya meninggalkan Lili. Hisya sebenarnya malas nak dengar nasihat Lili yang amat bosan pada pendengarannya.

  "Erm..." Lili berbelah bahagi . Dia sayu melihat Boboiboy yang ditinggalkan kawan - kawan tetapi dia mahu Hisya bersahabat dengannya. Lili mengeluh perlahan. Dia berlari mengejar Hisya yang jauh ke hadapan.



















😿😾😿😾😿😾😿

Siapa yang korang geram sekarang. Boboiboy? Hisya ? Atau Lili? Sila komen dengan penuh ketaksamaan dan emosi ( Apa aku merapu ni -_- ).

Kejap...

Adakah ini bermakna persahabatan mereka sudah musnah macam  buku Boboiboy Galaxy Vol. 7 dikoyakkan ^∞^...?

Nantikan chapter yang seterusnya ^.^~





Geng Kuasa (Season 1)Where stories live. Discover now