OY 19

4.1K 155 9
                                    

Khai P. O. V

Aku pandang wajah Syakila yang serius meletakkan ubat pada kapas. Tengah serius pun masih cantik, kau rasa?

"Tak payah lah pandang macam dah lama tak jumpa." Syakila bersuara dan terus memandang aku. Cepat-cepat aku pandang ke tempat lain. Kantoi pulak!

"Meh sini, dekat sikit!" Syakila menarik tangan sehingga aku terdorong ke depan. Wajah kami hampir berlaga, nasib baik aku cepat stabil kan diri.

Kami sama-sama terpaku, terdiam. Sekadar anak mata bergerak-gerak memandang sesama sendiri. Keadaan kami yang terlalu hampir membuatkan helaan nafas kami bersatu.

Cupp!

Aku memberikan kucupan ringkas dan pantas di bibirnya lalu tersengih. Syakila tersentak.

"Ish, curi-curi! " Ujar Syakila sambil menolak pipi aku lembut. Malu lah tu! Aku semakin melebar senyuman. Oh indahnya dunia!

"Kalo tak curi-curi, awak bagi ke?" tanya aku, masih lagi tersenyum. Syakila memberikan jelingan tajam.

Tangannya mulai bergerak menekapkan kapas yang telah dituang ubat ke wajah aku. Pada luka dan kesan lebam aku dibelasah oleh Faisal and the gang.

"Khai ni asal bergaduh dengan Faisal je mesti balik ada lebam lah, luka lah." Bebel Syakila sambil menyapu ubat pada kesan lebam di pipi aku dengan berhati-hati.

"Nak buat macam mana, orang kuat kan. Selalu je ada orang ajak lawan." Jawab aku selamba. Masih memandang wajah Syakila dihadapan aku. Mustahil aku nak alih kan pandangan bila 'bidadari' dah ada depan mata.

"Iye, kuat macam mana pun Khai kena hati-hati. Khai tu bukannya kebal sangat. Dibuatnya diorang belasah lagi teruk dari hari tu... "

"Saya hantarlah power rangers belasah diorang balik." Potong aku pantas.

"Ish! Orang tengah risaukan dia, dia main-main pulak." Cubitan ketam Syakila mengena di perut aku. Dahi aku berkerut, pedih campur pedas.

"Adeh, Adeh, adeh... Sakit lah sayang. Ampun tuan puteri ampun." Barulah Syakila melepaskan cubitannya. Aku menggosok kawasan perut yang baru di cubit.

"Fuh! Ni kalo cubit gajah, gajah pun pengsan ni." Gumam aku perlahan sambil memeriksa tempat yang di cubit. Ada kesan merah.

"Apa awak cakap?" Tanya Syakila sambil menunjukkan jari seperti mahu mencubit lagi.

"Tak, takde apa-apa. Cepat sambung letak ubat. " Cepat-cepat aku mengubah topik. Naya aku kalo kena cubit lagi, boleh koma.

Syakila menyambung semula menyapu ubat, kali ini pada tepi mulut aku yang sedikit pecah.

"Sya sebenarnya risaukan Khai. Kalo jadi apa-apa buruk dekat Khai macam mana?" nada suaranya berubah sayu. Aku menyentuh tangan Syakila yang sibuk menyapu ubat. Kerja nya terhenti.

"Sya..." Panggil aku.

"Tengok kening tu, itu baru sikit tau Khai." Syakila merujuk kepada bahagian kening aku yang ditampal plaster. Aku diam.

"Boleh Khai janji sesuatu dengan Sya?" Pinta dia tiba-tiba.

"Apa dia?"

"Jangan gaduh dengan Faisal lagi, jangan pernah bertumbuk dengan dia lagi." Ucap Syakila, memandang tepat kearah mata aku.

"Tapi..."

"Dia yang mula cari pasal dulu?" Potong Syakila. Aku mengangguk.

"Cuba elakkan dari jumpa dia." Aku terdiam.

Aku boleh elak Faisal, tapi masalahnya dia yang selalu mula kan pergaduhan. Dia selalu naikkan darah aku sampai hujung nya kami berlawan.

"Bolehkan?" tanya dia lagi.

Aku masih membisu.

"Kalo Khai sayangkan Sya, tolong jangan bergaduh dengan dia lagi." Kini dia mengusap pipi aku pula. Hati aku mencair.

"Selagi Sya masih disisi Khai, Khai janji Khai takkan gaduh dengan dia lagi. Demi Sya, itu janji Khai." Ucap aku penuh yakin.

Syakila tersenyum.

"Thank you my hunny bunny." Ucap Syakila lantas memberikan hadiah pada pipi aku.

Cupp!

Kucupan lembut mengena pada pipi aku. Aku tersenyum ceria. Wajah dia merona merah kerana malu.

"Ur welcome sayang." Balas aku dan terus menghampiri dirinya.

Dia membatu.

Perlahan-lahan aku mendekatkan wajah aku ke wajahnya. Matanya semakin membulat bila aku semakin menghampiri. Bibir merah bak delima miliknya menjadi sasaran.

Lalu aku melekapkan bibir aku padanya yang masih keras membatu, sebelum akhirnya perlahan-lahan dia membalas kucupan aku. Lama.

Sorry for the late update. Wattpad ada problem baru ni, tiba-tiba je crita ni hilang dri radar sampaikan I xboleh nak update. Mcm kena dlete pun ada gaya. Lepas 3 hari baru crita ni wujud balik. Entahlah... Misteri betul.

Sorry again, update kali ni pendek je. Tak ada idea nak smbung. Hehehehe... Enjoy!!!

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now