BAB 15

42K 1.6K 118
                                    

Loceng di hadapan rumah, ditekan nya sekali dua. Tak lama selepas itu, pintu rumah villa itu dikuak. Tersembul sosok Puan Sri Fatimah di muka pintu. Senyuman manisnya diberikan sebagai penyambut.

"Masuklah Dila, Mikha.." pelawa Puan Sri Fatimah apabila melihat kelibat orang yang ditunggu-tunggu nya sudahpun tiba.

Serentak, Puan Sri Adila dan Mikhael memasuki rumah besar tersebut. Mereka menuruti langkah Puan  Sri Fatimah di hadapan sehingga akhir nya jasaf mereka terpacak di ruang tamu. Suasana hening membelengu.

"Sufi dengan Warda mana? Sekolah ke?" soal Puan Sri Adila.

Wanita itu melabuhkan punggung di ats sofa yang tersedia. Mikhael pula mengambil tempat di sebelahnya.

Senyuman nipis, Puan Fatimah berikan. Satu keluhan berat dia lepaskan. Nampak seperti terbeban pada sesuatu.

"Sufi sekolah hari ini, Warda pula.. hmm, ada dalam bilik itu. Masih tak mahu keluar." luahnya sedikit sayu.

Kasihan juga dia melihat nasib anak daranya itu. Sudah dua hari Warda berkurung dalam bilik. Nampaknya, orang itu memang sengaja mahu menjahili Warda. Bukan cuma di rumah, tetapi juga di sekolah.. Yang, Puan Sri Fatimah tak faham.. bagaimana orang itu juga boleh tahu kelas dan kedudukan meja Warda yang mana satu?

"Apa yang jadi pada dia masa di sekolah?" soal Puan Sri Adila mahu tahu.

"Orang itu letak bangkai kucing tak berkaki tangan bawah meja dia. Itu yang dia trauma itu. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau boleh nak pindahkan si Warda itu aje tapi dia pula yang taknak.." ujar Puan Sri Fatimah kendur.

Puan Sri Adila sekadar mengangguk kan kepala. Begitu juga, sosok Mikhael disebelah. Dia juga turut berduka dengan keadaan yang menimpa Warda ketika itu. Kasihan juga gadis itu.

"Luka kamu sudah sembuh ke, Mikha? Masih sakit?" Puan Sri Fatimah cuma mengubah topik. Dia tidak mahu untuk membahas cerita sayu tentang Warda.

Mikhael hanya menarik senyum nipis. "Dah sembuh dah, auntie. Sikit-sikit aje ni."

Puan Sri Fatimah mengangguk. "Auntie dengar kamu akan mengajar tak lama lagi? Pesyarah ke?"

"Eh, tak adalah, Auntie. Cikgu biasa aje. Cikgu sekolah menengah.." jawab Mikhael dengan tertib.

"Sekolah mana?"

"Orhan Hills. Sekolah elit itu."

Spontan jawapan Mikhael mengundang rasa terkejut Puan Sri Fatimah. Matanya terbelalak kerana kaget. Dahinya sudah berkerut. Entah kenapa, fikiran menggilanya sudah datang.

Dia tahu yang Sufi tak boleh selalu menjaga Warda di sekolah itu memandangkan blok pelajar Tingkatan 6 terpisah jauh dari blok pelajar menengah biasa. Paling kurang pun, Sufi boleh menjenguk semasa rehat dan balik namun dia takut perkara itu akan membeban kan anak terunanya itu.

Kalau betul, Warda berdegil tidak mahu tinggalkan sekolah jadi Puan Sri Fatimah perlu cari alternatif lain untuk pastikan keadaan Warda sentiasa selamat di situ. Tak kira apapun yang jadi.

Kembali matanya menatap Mikhael. Kali ini, dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

"Kamu mengajar budak tingkatan enam ke pelajar menengah biasa?" makin terperinci pula soalan yang dihamburkan Puan Sri Fatimah pada Mikhael.

Lelaki itu sudah berkerut dahi.  "Erm.. pelajar menengah biasa. Kenapa auntie tanya?" Mikhael seakan-akan dapat menghidu sesuatu daripada sesi soal jawab Puan Sri Fatimah itu.

Wanita itu sekadar menggelengkan kepala. Senyuman yang tadinya nipis kini melebar. Yurp.. senyuman yang penuh dengan muslihat yang Puan Sri Fatimah aje yang tahu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now