BAB 25

41.9K 1.5K 45
                                    

Termasuk hari ini, sudah tiga hari abang Mikhael menjadi guru bahasa inggeris di sekolah aku dan dia juga telah menjadi guru bahasa inggeris di kelasku selama tempoh dua hari. Hmm... nasib baik bahasa inggeris hanya diajar pada hari isnin, rabu dan khamis saja dalam kelasku. Fuh! Jadi, tak perlulah aku nak menghadap muka dia tiap hari.

Namun setiap kali, dia masuk ke dalam kelasku juga merupakan tempoh genting aku. Mana taknya, dari situlah dia dapat sedar akan kelemahan aku berbahasa inggeris. Malunya yang amat bila dia tahu budak macam aku tak pandai nak speaking dan writing dalam bahasa kedua terpenting itu.

"Assalamualaikum and good morning. Since I have 30 minute today with you guys, so I have decide to do a very simple activity. On Monday, I just only had introduce myself but now, let me now you more. I don't want  our relationship as teacher and student, I want it more than that.." lancar abang Mikhael menuturkan bicara.

Salah seorang pelajar dalam kelasku sudah mengangkat tangan... pelajar perempuan. Terus semua tumpuan ke arahnya.

"Like boyfriend with his girlfriend, sir?"
spontan bicaranya mengundang respons 'uuuuuu!!!' daripada semua orang.

Aku dibelakang sudah tarik muka hairan. Al-maklumlah, tak tahu apa yang mereka bisingkan sangat itu. Segera, aku alihkan pandangan aku pada Gina di sebelah. Entah kenapa, semenjak Mikhael masuk, Gina sudahpun aku lantik menjadi penafsir aku. Dialah yang menerang kan segala apa yang Mikhael katakan di depan kelas.

"Kenapa semua bising ni? Apa yang Siti kata tadi?" soalku ingin tahu. Tak naklah terlepas pula kan.

"Tadi, sir Mikhael cakap dia nak kenal kita lebih dalam lagi. Dia taknak hubungan kita dengan dia ibarat guru dengan pelajar tapi dia nak lebih daripada itu. Lepas itu, Siti pun mengayat cikgu." jelas Gina satu persatu.

Aku sudah ketap bibir. Terus mata aku mengerling tajam pada Siti yang sudah tersengih-sengih gedik pada abang Mikhael. Aku pandang abang Mikhael. Dia pula tarik senyum saja. Tak guna! Bila menghadap aku, taknaklah pula dia senyum..

"Dia mengayat apa dengan sir Mikhael?" soalku sudah panas hati. Raut cemburuku sedikit terselit... tanpa sedar.

"Dia cakap lebih yang sir katakan itu macam boyfriend dengan girlfriend ke..?"  terang Gina pada aku.

Gigit bibir aku dibuatnya. Aih, Siti ni.. gurau kasar minta kaki nampaknya dia dengan Sir Mikhael. Cis!

"Sir, can we start with Warda first?" bila nama aku dipetik segera aku berpaling pada gerangan Firdaus.

Aku sudah tercengang. Tak guna betul! Dia suruh aku mula dulu?! Terus mataku melirik pada abang Mikhael. Pandangan kami bertaut namun tak lama lepas itu, dia larikan pada orang lain.

"Who's Warda?" terkedu aku dibuatnya bila dia tanya soalan yang aku sendiri tak sangka.

Sanggup dia buat macam itu? Jadi, memang dia akan teruskan lakonannya yang konon tak mengenali aku langsung? Sanggup dia! Sumpah, waktu itu hati aku diulit satu perasaan yang sangat aneh.. terluka.

"She is Warda, sir." terus jari telunjuk Firdaus mengarah kepada aku.

Aku yang ketika itu termenung langsung tak menyedari yang kini semua mata sudah terarah pada aku.

"Okay, Warda you first." arah Mikhael padaku.

Namun, aku masih tak berganjak dari tempat dudukku. Masih menekur pada meja sambil fikiran melayang entah ke mana.

"Warda?" sekali lagi, nama aku diseru oleh lelaki itu. Namun, aku masih tak memberi sebarang respons.

"Warda!" sergahan Gina berjaya buatkan lamunanku mati. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik, aku bukan jenis kaki latah tapi gelagat aku berjaya memancing tawa semua yang ada dalam kelas itu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now