BAB 59

42.7K 1.5K 46
                                    

"Tak guna!!!"raungnya sekuat hati.

Tubuhnya yang tadi jatuh ke bumi terus dibangkit untuk bangun. Matanya tajam mencerlung ke arah aku. Berlari-lari dia menerpa ke arah aku. Rambutku ditariknya lalu ditolak nya menghempas dinding.

"Patutnya, aku bunuh kau dulu!" jeritnya sambil kedua-dua belah tangannya ligat menarik rambutku yang sudah sedia ada kusut.

Aku yang semakin lemah, hanya mampu menepis tindakannya itu. Berkali, aku meronta minta dilepas kan sambil mataku liar memandang sekeliling. Mencari barang yang dapat aku jadikan barang pertahanan.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, aku terus menolak tubuh Laura kasar. Kakiku aku sepak sampai ke pinggangnya. Sepakan tanpa latihan taekwando yang cukup itu buatkan jasad Laura terduduk.

Peluang yang ada, aku gunakan untuk meleraikan ikatan yang membelit tubuh abang Mikhael. Lelaki itu kelihatan lemah sekali. Deru nafasnya cukup membuktikan segalanya, mahu saja dia mahu jatuh ke tanah namun pantas.. aku menyambutnya. Tubuhnya, aku cuba angkat.. pinggangnya aku paut.

"Abang, Warda akan cuba bawa abang keluar dari sini.." ujarku sambil memimpinnya keluar.

Tanpa aku sedar, Laura sudah mencapai picagari yang mengandungi racun itu. Pinggang yang sedikit senak, dipegangnya. Dia dengan penuh berhati-hati, mendekati jasad aku dan abang Mikhael dari arah belakang.

Abang Mikhael yang menyedari gelagat Laura itu terus melepaskan pelukanku lalu tubuh gadis ditolaknya ke lantai.
"Lepaskan aku!!! Aku nak bunuh perempuan tak guna itu!!! Dia mesti mati!!! Mesti!!!" lantang sia menghamburkan bicaranya itu.

Beberapa kali mereka bergelut sebelum tiba-tiba saja pergelutan itu terhenti. Aku yang melihat suasana itu sudah terkedu saat melihat abang Mikhael rebah terbaring di atas lantai. Segera aku dapatkan lelaki itu.

Air mataku sudah mengalir membasahi pipi. Tubuh lemah abang Mikhael aku ratap. Senyum penuh peritnya itu makin menggamakkan lagi emosi aku yang sudah kritikal sekarang ini.

"A-abang!!! Jangan buat Warda macam ni, bang.."rintihku erat menggenggam tapak tangannya.

Abang Mikhael masih tarik senyum. Matanya jelas menunjukkan keperitan yang ditanggungnya ketika ini. "Ma-maafkan abang Warda.. abang, tak dapat nak jadi suami yang terbaik buat Warda.. Abang nak minta maaf.."keluhnya dalam lirih. Makin lebat air mataku mengalir.

Depan mataku, aku lihat mata abang Mikhael terkatup. Tangannya yang erat menggenggam tanganku terasa longlai dan longgar. "Abang!!!!!" seruku sebak.

Laura yang terbaring disebelah abang Mikhael sudah memuntahkan bebuih pada mulutnya. Matanya terbelalak menanggung kesan racun yang merenjat tubuhnya. Kerana pergelutan itu, tanpa sengaja.. picagari itu dicucuk tepat mengena abdomennya. Mikhael suntik keseluruhan isi picagari itu ke dalam tubuhnya.

Sempat dia kerling ke arah Warda yang sedang meratapi jasad Mikhael yang tak sedarkan diri. Senyumnya terukir di balik buih putih yang dia muntahkan. Entah kenapa, senang hatinya apabila melihat keadaan itu..

Keadaan sama dia pernah rasakan saat papanya pergi dulu. Begitulah, cara dia meratapi pemergian ayahnya. Sadis namun sekarang dia dapat tersenyum. Walaupun dia tak dapat nak bunuh Nurul Warda Zafira sekurang-kurangnya sekarang.. dia dapat meragut kebahagiaan gadis itu. Ya, dia puas!.

Warda rasa apa yang dia rasa. Kehilangan orang yang disayangi.. Bukankah itu bagus?

Kepalaku mulai terasa berpinar. Sekelilingku juga, aku rasakan seakan-akan berpusing. Pandangan ku kabur. Aku urut kepalaku perlahan. Berharap ia dapat meringankan kesakitan yang membelengu ku ketika ini..

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now