PERTAMA KALI BERPUASA

2.6K 58 172
                                    

Ramadhan kareem. Sempena bulan baik ni, elok la stop dulu baca cerita-cerita lagha 18SX. Meh la kita baca bahan bacaan yang sedikit ringan. Semoga bermanfaat.

Entri ini bukanlah entri ilmiah. Namun hati terdetik untuk berkongsi sedikit cerita. Cerita tentang pengalaman kali pertama berpuasa pada suatu ketika dahulu. Kita santai-santai je la ye. Sesuai la dengan tajuk story ni, Gedik Santai 🤗

Semalam, anak yang sulung bertanya.

"Mama mula puasa masa umur berapa tahun ye?"

I diam sekejap, cuba untuk mengimbas kembali kenangan kali pertama berpuasa. Senyum sendiri mengenang peristiwa berpuasa 'yang yok'.

Seawal usia 7 tahun, ma dan abah dah ajar kami adik beradik untuk berpuasa. Kami tiga beradik semuanya. Jarak umur masing-masing 5 tahun. Masa umur I 7 tahun, abang berusia 12 tahun, darjah 6.

Ma dan abah bekerja. Jadi, sebaik pulang dari sekolah, kami hanya ditemani pembantu rumah. Usai bersahur, ma berpesan:

"Baby puasa dulu. Nanti balik sekolah kalau larat, teruskan. Kalau tak larat, minta Makyang (pembantu rumah) bagi nasi."

Di sekolah, seawal jam 11.30 pagi lagi perut sudah mula berbunyi kelaparan. Bukan lapar sangat pun sebenarnya, lebih kepada dahaga. Nampak air putih dalam botol classmate berbangsa Cina pun dah terliur. Dugaan...

Sampai di rumah, belum sempat salin baju lagi, I dah minta nasi kat Makyang. Tak kisah lauk apa, telur goreng letak kicap pun dah sedap. Masa tengah makan, abang datang, menoleh ke kiri dan ke kanan mencari Makyang. Setelah dipastikan Makyang tiada, abang duduk di sebelah dan minta disuapkan nasi.

"Puasa kan?"

"Mana tahan tengok babygirl makan!"

Tak sampai hati, I suapkan la jugak nasi kat abang. Makan la kami dua beradik sampai kenyang.

"Jangan bagitau ma dengan abah tau."

Abang berpesan. I angguk je la.

Ketika ma pulang dari sekolah, soalan pertama yang ditanya,

"Baby puasa tak?"

"Tak, lapar. Balik sekolah tadi dah makan."

"Takpe, berlatih dulu. Nanti lama-lama okay la. Abang puasa tak?"

I pandang abang, dan abang pandang I. Mata abang memberi isyarat agar I mengunci mulut.

"Puasa ma."

"Bagus. Kalau baby makan, abang jangan tengok. Nanti teringin."

Kesian ma, kena tipu hidup-hidup. Sampai sekarang benda ni kekal jadi rahsia di antara kami adik beradik. Kami tiga beradik memang kuat simpan rahsia. Peristiwa yang sama juga turut berlaku ketika I darjah 6 dan adik darjah 1. I joined sekali masa adik makan. Semuanya berlaku di luar pengetahuan Makyang.

The rest is history.

Berbalik kepada soalan my daughter,

"Mama start puasa masa umur 7 tahun. Tapi tu mama puasa separuh hari je. Lepas tu mama puasa tipu-tipu. Sampai la mama form 1, baru la mama puasa betul-betul. Takde tipu-tipu. Lapar macam mana pun, mama tahan je."

"Tahun ni boleh tak kakak nak puasa betul-betul?"

Yin telah dilatih berpuasa sejak tahun lepas, ketika dia berusia 8 tahun. Tapi I hanya ajar dia berpuasa separuh hari. Pukul 1.00 tengah hari mesti berbuka.

Bila dia request nak berpuasa penuh ni, ada la sedikit keraguan bertandang di hati.

"Boleh sayang, tapi kalau tak tahan, kakak buka je ye. Jangan makan sorok-sorok and tipu mama bagitau kakak puasa."

Hati seorang ibu, taknak anak menipu. Sebab dah pernah buat kerja tak senonoh tu suatu ketika dahulu. So, kalau boleh jangan la perangai tak semenggah tu turun kat anak.

Hari ni hari pertama Yin nak berpuasa penuh. Mama doakan semoga Yin dapat bertahan sampai la ke waktu berbuka nanti. Mohon readers doakan supaya Yin tak mewarisi perangai auta mama dia ye.

Sedikit info, tempoh berpuasa di Istanbul, Turki ialah selama 16 jam, bermula pada pukul 4.15 am dan akan berbuka pada pukul 8.15 pm. Lama kan? Bersyukur la kalian yang berpuasa di Malaysia.

Ini cerita I. So, cerita korang pulak macam mana? Care to share. Jangan segan-segan share di komen. Sharing is caring.

Segmen ilmu:

5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat SOLAT SUNAT

2. Meninggalkan hari-hari Ramadhan TANPA BERSEDEKAH

3. Menunggu waktu berbuka TANPA MEMOHON DOA

4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR atas alasan letih berpuasa

5. Langsung tidak membuka/membaca ALQURAN

Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja kerana mungkin ini menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Hargai dan manfaatkan peluang yang dipinjamkan sebaiknya.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi di bulan Ramadhan. Inshaa Allah 😊

Salam Ramadhan diucapkan. Sehingga berjumpa lagi di perkongsian yang seterusnya.

Bye.

GEDIK SANTAIWhere stories live. Discover now