RAGAM SUAMI ISTERI

1K 40 258
                                    

1. Duit

Isteri: Abang, hari ni jom keluar shopping. Sayang belanja.

Suami: Wow, banyaknya duit sayang. Okay, jom siap!

Dalam perjalanan,

Isteri: Nah duit untuk isi minyak dengan Touch N Go. Minyak isi full tank tau.

Suami: Syurga la tempat sayang.

Di mall,

Isteri: Pilih la yang paling mahal. Sayang belanja.

Suami: Betul ni? Bagusnya sayang. Okay, abang pilih yang ni.

Di dalam restoran,

Isteri: Takpe, order je apa yang abang nak makan. Sayang bayar.

Suami: Hebatnya sayang!

Di atas katil,

Suami: Sayang, thank you sebab belanja abang hari ni. Abang tak keluar duit sesen pun. Bagus la sayang ni.

Sayang: Tak apa. Bukan duit sayang pun.

Suami: Hah, habis tu yang sayang bayar semua tu guna duit siapa?

Isteri: Sila ucap terima kasih kat diri sendiri. Tiap kali sayang basuh kain, sayang jumpa duit dalam poket seluar. Time sapu sampah pun jumpa duit bersepah kat celah karpet and sofa. Masa kemas kereta, jumpa duit. Pendek kata tiap kali jumpa duit, sayang simpan dalam tabung. Sampai masanya, sayang pecah la tabung.

Suami: Choiiiii, duit abang jugak yang sayang guna rupanya. Bijak, bijak!

Kisah di atas adalah kisah Encik A (bukan nama sebenar) yang selalu selit duit di dalam poket seluar/baju dan juga di merata tempat. Mujur dia dapat isteri yang bijak menabung 🤗

2. OCD - Obsessive Compulsive Disorder

Isteri: Honey, you boleh tak sidai balik tuala tu kat rak tuala. Jangan biar berlonggok atas lantai. Bersepah la.

Suami: Okay darl. Sorry, I selalu lupa.

Isteri: Honey, boleh tak tiap kali lepas you guna toilet, you keringkan semula lantai?

Suami: Yes boss!

Isteri: Honey, tak payah buat. Biar I buat semua.

Suami: I just wanna help, darl.

Isteri: I taknak nanti I meroyan kalau tengok you tak lap habuk ni sampai bersih.

Suami: Baiklah darl, you buat la sorang-sorang.

Few hours later...

Isteri: I penat tau. Semua benda I nak kena buat. You bukan nak tolong. Tau nak bagi sepah je...

Suami: Darl...

Isteri: Tauuuuuuu... Sorry tau. Nasib you la dapat isteri ada OCD.

Suami: No matter what, still loving you, darl.

Ini kisah Puan B (bukan nama sebenar) yang mengalami mild OCD. Mujur dia ada suami yang sentiasa bersabar melayan karenah puan serba sempurna itu 😉

3. Gemuk/kurus

Isteri: Bie, I dah gemuk la. Dulu berat I 39kg. Now dah 40kg.

Suami: Ya Allah baby, you kurus la. 40kg tu kategori tak cukup zat tau tak?

Isteri: You apa tau? I yang bawa badan ni. I tau la berat ke ringan.

GEDIK SANTAIWhere stories live. Discover now