Kenangan Puasa

835 39 119
                                    

Hello wattpaders!

Perkongsian hari ini masih lagi berkisar mengenai puasa. Sekadar nak bercerita kenangan berpuasa sewaktu zaman sekolah menengah.

Masa zaman I sekolah menengah dulu, rata-rata pelajarnya terdiri daripada tiga kaum iaitu melayu, cina, dan India. Disebabkan itu, ketika bulan puasa, kantin akan tetap dibuka. Umum sedia maklum bahawa orang perempuan ni telah diberi keistimewaan yang tidak ada pada kaum lelaki. Kami ada ABC tau. I bet, readers perempuan mesti tau apa maksud ABC tu kan? 🤗🤗🤗

Ini adalah kisah kenangan I dan kawan-kawan kantoi tengah makan dalam kelas disebabkan ABC.Ada 4 orang semuanya. Time tu dah habis waktu sekolah, tapi kami budak-budak tingkatan 3 ni kena stay sebab ada kelas tambahan pukul 3 petang. Masa tu baru pukul 2 lebih. Perut memang tengah berdondang sayang la.

Kitorang pakat minta tolong kat  classmate non muslim untuk belikan makanan dan minuman. Once classmate tu dah belikan, we all pi cari kelas kosong untuk berkelah. Segan la nak makan kat dalam classroom sendiri, sebab ada budak lelaki. So, kitorang masuk kat kelas budak form 2, selang dua buah dari kelas kitorang.

Masa tengah sedap makan (pau je pun) tu, tiba-tiba pintu kelas dibuka dan terpacul wajah ustazah M. Kat belakang dia pulak ada W, our classmate. W ni kira macam budak skema la kat dalam kelas kitorang.

Sessi soal siasat berlangsung. I memang betul-betul ABC masa tu. So, I bagitau je la kat ustazah M yang I memang tak boleh puasa. Lagi 3 orang bff pun bagitau diorang ABC.

"Takkan la empat-empat ABC? Mustahil kawan baik boleh ABC serentak. Mai sini ustazah nak check!"

Ah, sudah, I dah cuak. Takkan nak kena buka seluar and tunjuk kat ustazah kot?

Tau tak macam mana ustazah check?

Mula-mula ustazah raba dari luar kain je. Orang pertama yang kena raba, R. Ustazah raba-raba, pastu suruh R ketepi. Tarik K pulak. Lepas K ke tepi, ustazah tarik I and raba-raba. Ish... I segan gila kot! Last sekali turn S.

Masing-masing dah rasa lega lepas giliran S. Tapi, baru je nak hela nafas lega, ustazah suruh sorang-sorang buka seluar. Waaaaaa!!!

Dipendekkan cerita, yang betul-betul ABC cuma I dengan S. R dengan K kantoi menipu. Siot! Disebabkan R dengan K menipu, I dengan S dituduh bersubahat. Empat-empat kena masuk bilik HEM. Lebih malang lagi, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid pada ketika itu ialah ma! Tau apa jadi? Di sekolah, kena rotan kat tapak tangan je. Balik rumah kena sebat dengan hanger. Serik! I hate you W! Kaki report!

The rest is history.

Tapi kenangan yang paling seronok time puasa kat sekolah dulu, setiap kali waktu recess, kitorang pelajar melayu ni duduk lepak dalam kelas. Budak-budak perempuan akan main batu seremban. Yang budak-budak lelaki pulak akan main penutup air botol. Kadang-kadang combine je lelaki perempuan main dua-dua permainan tu.

Ada jugak yang main chess, dam aji, dam ular, monopoly bagai. Congkak pun kitorang main. Tapi congkak tu bukan bawa dari rumah la. Pinjam dari bilik kaunseling.

Pun begitu, tak semestinya kami isi waktu rehat dengan bermain. Ada ketikanya, kami berkumpul di surau dan sama-sama bertadarus. Baru la fair and square kan?

The good old days!

Rindu la pulak zaman sekolah menengah dulu. Zaman sekarang ni tak tau la macam mana anak-anak kita isi waktu rehat diorang. Ada lagi ke yang main batu seremban, main penutup botol dan sebagainya?

Readers, cer tanya anak-anak korang, diorang buat apa waktu rehat kat sekolah di bulan puasa ni.

Nanti share kat komen tau. Share jugak la korang main apa masa zaman sekolah menengah dulu.

Sehingga bertemu lagi di perkongsian yang seterusnya. Eh, jap! Cer bagi idea jugak, I nak share pasal apa pulak.

Bye korang!

GEDIK SANTAIWhere stories live. Discover now