Ya allah apa semua ni ?
Aku langsung tak terbuka pintu untuk mana mana lelaki
Kenapa kau hadir kan dia semasa aku belum bersedia ?
Aku tak nak dijadikan sebagai satu harapan
Hm
——————————————
KRING KRING KRING
Jam loceng di mati kan
Rose mengambil tuala dan bergegas ke bilik air
Hari ni kena beli barang dapur . Kalau tak pergi awal , mesti penuh orang nanti
———————————————
Rose menolak troli ke bahagian roti . Dia memilih roti untuk dijadikan sarapan setiap hari ke hospital
Dia ternampak satu susuk yang tinggi lampai . Macam kenal je dia ni . Di sebelah nya pula ada seorang wanita dalam lingkungan 50 tahun . Mesti mummy dia ni
Eh itu kejap ? Ammar ?
Asal dia ni hah ? Pergi mana mana asyik jumpa muka dia je
Baik aku lari sebelum dia perasan aku
———————————————
Rose beratur di kaunter pembayaran . Haish jangan tiba tiba muncul Ammar dengan mummy dia pulak sudah la
"Rose Mysarah?" , satu suara garau menyapa nya dari belakang
Rose , jangan pandang belakang please . Buat buat tak dengar je
"Hey" Ammar menepuk bahu Rose
Nak tak nak terpaksa lah memaling kan muka nya ke arah belakang
"Eh Ammar ! Jumpa lagi ye kita" kata Rose , pura pura riang
"Hehe .. Rose ni mummy I .. Puan Sri Maryana" Ammar memperkenal kan mummy
Rose menghulurkan tangan . Tangannya di sambut oleh Puan Sri Maryana
"Ouh ini la Doktor Rose yang rawat mummy dulu tu ye . Patut la Mika selalu sebut nama dia , manis orang nya" puji Puan Sri Maryana
Apa mummy ni . Buat kantoi orang je , kata Ammar dalam hati
"Puan Sri , terima kasih ye hari tu bagi makanan kat saya . Sedap sangat"
"Tak payah Puan Sri . Panggil mummy je . Mummy Mika , mummy Rose juga"
Ammar menggaru kepala nya yang tidak gatal itu
Erk apa ni ?
"Kalau nak makan air tangan mummy lagi , mari la datang rumah mummy kita boleh borak lagi" pelawa Puan Sri Maryana
Sudah
Bersambung ...
ANDA SEDANG MEMBACA
Bunga Cinta
RomansaRose Mysarah . Perempuan yang tidak percaya lelaki sejak ditipu oleh Tengku Airil Aku tak percaya mana mana lelaki sekarang . Cukup la sekali aku kena tipu . Aku serik" ~ Rose Mysarah Ammar Mikael . Leleki yang tidak pernah jatuh hati dengan mana m...
