Erti 1

3 0 0
                                    

Buku ni ShuNana tulis untuk kawan ShuNana. Harap dia baca. (>_<。)

Alat tulis dan pelbagai buku rujukan masih berteraburan di atas meja belajar. Walaupun sudah 2 kali disuruh kemas oleh ibu, aku masih tidak mahu berganjak dari tempat duduk ku. Mata ku ralit meneliti setiap butir perkataan yang tercetak di dalam ensiklopedia yang sedang ku baca.

Apa Erti Sahabat?

Itulah tajuk yang tercetak rapi dengan tipografi emas di kulitnya.   Kenapa aku baca benda alah ni, tu soalan yang terlintas di fikiran kau kan? Ah, mudah jawapannya.

Aku nak cari maksud sahabat lah.

Dah dekat 4 jam jugak aku tak berganjak dari tempat duduk aku ni. Dari tadi aku cuba nak fahami erti sahabat ni. Aku mungkin dah tahu maksud sahabat dari segi bahasanya, tapi bukan dari segi istilah yang lebih tepat.

Kenapa aku nak sangat cari maksud sahabat ni? Dah 2 bulan berlalu, dan aku masih tak dapat erti sebenarnya. Hmm.

Entahlah. Aku pun tak pasti. Tapi apa yang aku tahu, aku mula mencari erti sebenar sahabat ni selepas aku disoal soalan tu.

Aku tak mampu nak jawab soalan tu masa tu. Jadi, aku bertekad nak faham ertinya tu bersungguh-sungguh. Tu lah sebab aku asyik pergi balik perpustakaan, pinjam buku-buku atau ensiklopedia, pastu nanti aku buat research dekat Internet.

Tapi aku tak cuba lagi tanya orang sekeliling tentang pendapatan diorang berkenaan erti sahabat ni. Aku cuma segan nak tanya. Aku lebih suka mencari maklumat melalui bahan bacaan, tak kisah lah sama ada bahan bacaan digital atau cetakan, aku tetap akan baca.

"Dania, sudah-sudahlah mengadap buku-buku tu. Mari makan, sayang." tegur ibu yang kebetulan berjalan di hadapan pintu bilik ku.

"Hm? Makan? Ugh, tak apa lah, ibu dengan ayah makan la dulu. Dania nak baca ensiklopedia ni lagi sikit. Nanti Dania pergi makan, ya?" lembut tutur ku, cuba untuk meyakinkan hati wanita yang telah melahirkan aku.

"Dania, ibu faham betapa pentingnya kerja kamu tu, tapi jagalah kesihatan kamu. Tahun ni kamu nak SPM, sayang." pujuk ibu ku lagi namun ku hanya terdiam sepi.

"Zaifah, kenapa ni?" kedengaran pula suara ayah ku, yang merupakan seorang pensyarah di sebuah politeknik.

"Oh, tak ada apa lah, bang. Ni ha anak kita ni, saya risaukan dia. Semenjak ni dia asyik menghadap buku-buku ni sampai waktu makan pun dia skip." terang ibu ku, ada keluhan sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya itu.

"Dania, anak ayah ni. Dah, dah. Jom pergi makan. Lepas tu kamu teruskan lah kerja kamu ni ya?" perlahan tangan ayah ku mengalihkan ensiklopedia yang sedang aku baca tadi.

Aku tidak melawan, sebaliknya aku hanya akur. Betullah tu. Meraka risaukan tentang kesihatan aku. Dah lah tahun ni aku nak SPM, kalau sakit nanti, mesti aku akan menyusahkan diorang.

"Ibu ada masakkan makan favourite kamu tau. Tomyam putih. Haa... Takkan kamu tak nak kot?" usik ibu ku sebaik sahaja aku bangkit dari tempat duduk ku.

"Iya? Waah! Ok ok, Dania nak makan sekarang." aku tersenyum riang sambil menggeliat panjang, aduhh, bayangkan 4 jam duduk dekat kerusi kayu biasa ni.

Kedua ibu bapa ku keluar dari bilik ku dan terus menuju ke dapur. Aku pun mengikut mereka. Sebaik tiba di dapur, adik lelaki ku sudah pun berada di meja makan, reaksi "aku dah lapar, nak makan ni!" terpapar di wajah jambunya itu.

"Amboi kau, Danial. Dah duduk depan pinggan tapi nasi tak nak cedokkan." perli ku sambil mencekak pinggang.

"Alaa macam lah kau rajin sangat." balas Danial pula sambil mencedok nasi ke dalam pinggannya sendiri.

Aku hanya ketawa. Ibu dan ayah sudah pun melabuhkan punggung mereka keatas kerusi, aku turut sama sertai mereka. Danial menghulurkan aku sepinggan nasi putih.

"Kak, kau buat apa asyik terkurung dalam bilik kau tu?" soal Danial semasa aku mencedok kuah tomyam ke dalam pinggan ku.

"Research je sikit-sikit. Kenapa? Kau nak join?" soal ku pula.

Adik lelaki ku, Danial Suhaimi, walaupun aktif bermain dalam pasukan bola sepak sekolah, dia juga melibatkan diri dalam something yang aku selalu anggap sebagai research, walaupun tentang perkara remeh, kami akan cari maklumat mengenainya. Dan aku tahu, Danial pasti nak join research aku kali ni.

"Tajuk?" dia memandang ku.

"Sahabat." jawab ku rjngkas.

"Ha okay aku nak join. Macam best-" tak habis lagi ayat Danial, ayah dah bersuara.

"Dah, dah. Makan je. Jangan berbual."

Dan dengan itu, kami terus senyap.

~TimeSkip~

"Okay, now, beritahu aku. Kenapa kau nak sangat buat research ni?" Danial menyoal sambil membelik ensiklopedia yang aku pinjam dari perpustakaan awam.

"Kenal Syafiqah Aminah tak?" soal ku pula.

"Haa... Kenal. Apa kaitan dia-"

"2 bulan lepas, dia tanya aku, "Apa erti sahabat?". Aku jadi buntu masa tu. Aku tak tahu nak jawab apa pastu dia nampak disappointed sikit. Jadi, aku nak fahami betul-betul ertinya, dan lepas tu aku akan beritau dia." jelas ku panjang lebar.

"Oh... Macam research penting. Aku memang patut tolong. Boleh dapat jawapan cepat." balas Danial pula sambil mengeluarkan sebatang pen biru dari dalam bekas pensilnya.

Aku hanya membisu. Tak mahu aku katakan apa-apa lagi. Sekarang, aku kena fokus untuk mencari ertinya.

Erti Sahabat.

///-///-///-///-///

"Aku bukan apa, aku cuma... Aku cuma tak mampu nak aniaya dia walaupun aku tahu dia dah banyak buat salah pada kita. Tolong, tolonglah. Tolonglah belajar untuk maafkan dia."

-Seseorang

\\\-\\\-\\\-\\\-\\\

Hai, Assalamualaikum gais. Okay. Ni first chapter dari ShuNana. Apa pendapat kau orang? Patut ke ShuNana teruskan? Atau padam je cepat? Hmm. Jangan lupa vote ya, manatau boleh kasi semangat sikit dekat ShuNana. Boleh tulis lebih lagi. Hehehe.

Apa-apa pun... Di penghujung setiap bab, ShuNana akan masukkan beberapa dialog yang ShuNana alami secara betul. Mungkin dialog tu dari kawan-kawan ShuNana atau siapa-siapa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Erti Sahabat [Dalam Proses, Update Mingguan]Where stories live. Discover now