2)

989 16 0
                                    

Ricky terus mendesak Fahri untuk meceritakan hal yg terjadi keatasnya. Dengan penuh perasaan bingung, Ricky bersuara

R: Aku minta maaf kalau aku tinggi suara tadi. Boleh kau cerita apa yg sebenarnya jadi pd kau ?

Perlahan Fahri mengusap pipinya, menghapus airmatanya yg makin deras.

Fahri berdiam beberapa minit. Tiba-Tiba, dia mengeluarkan sekeping wang RM100 dari dompetnya.

"Nanti kita jumpa lagi ya Ricky. Aku tidak selesa untuk cerita hal aku sekarang."

Fahri bangkit melulu meninggalkan Ricky di Cafe tersebut. Ricky cuba mengejar Fahri, menyuarakan dia ingin menghantar Fahri ke hotel. Tapi tidak diendahkan oleh Fahri.

Berjalan perlahan di dalam gerimis. Semakin deras air mata Fahri mengimbau semuanya yg terjadi. Fahri mematikan telefon bimbitnya supaya tidak di ganggu.

Sedang dia berjalan tunduk menangis, Fahri ditegur oleh seseorang. Anak gadis putih mulus berkaca mata,

"Semua dugaan, ada solusi. Dari riak muka awk, saya tahu ada something yg really hard hit your heart"

Fahri memberhentikan langkahnya, dan menoleh terhadap gadis tersebut.

Fahri: Terima kasih.

Diungkap Fahri sambil mencuba mengukir sedikit senyuman untuk gadis tersebut.

Fahri menghulurkan tangan nya tanda ingin berjabat tangan, dan di sambut sopan oleh gadis tersebut.

Fahri: Selepas hujan, ada pelangi, selepas kesedihan, akan ada kebahagiaan kan ? Anyway, saya Fahri.

"Yup, betul. Cuma kita sendiri yg kena cari pelangi tersebut. Saya Isya. Farisya."

Gadis tersebut bertanyakan arah tujuan Fahri. Disebabkan tujuan mereka berhampiran, jadi dia meminta izin agar daapat berjalan bersama Fahri. Disulamkan pula dengan pemberian tisu, agar Fahri dpat menghapuskan air matnya.

Isya: Jarang sangat saya jumpa, lelaki menangis ni. Boleh saya tahu kenapa ? Hal girlfriend ke ?

Fahri menggeleng perlahan. Menandakan tekaan Isya itu, salah.

Sepanjang perjalanan itu, kedua-duanya berdiam diri disebabkan sapaan Isya kurang mendapat sambutan dari Fahri. Setibanya di hotel, Fahri meminta izin untuk menaiki hotel tersebut.

Fahri: Thank you very much girl for being nice to me. This is my card, I'll be in this hotel for a week. Feel free to contact me, in case you need someone to talk to. *sambil menghulur contact card-nya*

Isya: No problem Fahri. Don't stress up yourself. Saya akan mesej awk nnt, whenever you rasa, you stress, boleh jumpa I. Org kata, I boleh buat hilangkan stress seseorang untuk sementara. *winking*

Fahri tersenyum dan mengambil langkah pergi.

Setelah sampai dibiliknya, segera Fahri melucutkan pakaiannya. Dalam keadaan separa berbogel, fahri memandang ke arah cermin dan berdiam seketika waktu. Fahri melakukan persiapan untuk tidur. Setelah selesai semuanya, Fahri berbaring di atas katil empuk, dan menarik selimut yg disediakan. Termenung seperti memikirkan sesuatu. Fahri berbaring mengiring, dan airmatanya kembali mengalir. Ungkapan perlahan pada dirinya,

"Fahri kuat, sabar Fahri, semua ni ujian."

Sambil menepuk dirinya sendiri sehingga tertidur.

Tepat jam 7:00AM, alarm telefon bimbitnya berbunyi. Perlahan Fahri mengusap mukanya, lalu bangkit dari keadaan berbaring dan bersandar di katil tersebut menarik nafas dan menghembus perlahan. Fahri mengambil telefon bimbitnya untuk mematikan night mode yang di aktifkan kelmarin supaya tidak diganggu. Tertera di kaca telefonnya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SYURGA BERDOSA -iiWhere stories live. Discover now