Dia berlari-lari termengah-mengah merentasi akar-akar dan kayu-kayu yang mula menyengat kakinya. Tapi dia tidak peduli kakinya yang semakin perit itu. Apa yang dia fikir dia mesti lari dari raksasa gila plus ganas yang mengejar dia, ya dia mesti lari!
Raksasa itu memang menakutkan. Mata hijau, bergigi taring sambil air liur meleleh-leleh, ewww sangat menjijikkan! Berbadan tegap! Tegap?
"Ouccghh, oucghh" dia mengerang kesakitan! Tiba tiba dia tersungkur apabila kakinya terlanggar sesuatu. Dia pejam mata rapat-rapat bila merasakan raksasa itu semakin mendekat.
Busshh!! Tiba-tiba ada benda yang landing baik punya di mukanya. "Argghhh" Qaira menjerit terlolong sambil tangannnya memukul-mukul raksasa itu. Suaranya tak payah cakap la. Rasanya boleh bergegar satu bangunan KLCC!
"Woi bangunla.. adui, duii, bangunla bongok! Sakit taw tak?" Qaira terkebil-kebil melihat rakannya Aireen yang muka dah macam bom nak meletup.
"Wei, raksasa! raksasa!" sungguh-sungguh Qaira berkata pada rakannya dengan muka macam mak lampir baru jatuh parit.
"Raksasa hotak hang!" Aireen geram! Dah la kena pukul dengan Qaira tadi habis sememeh muka dia! Penat jer touch up sana sini tadi. Dia terkejut bila dengar Qaira terjerit-jerit, dia cuba kejut Qaira tapi Qaira ni tak sedar-sedar. Terus dia ambil bantal hempuk muka Qaira. Hehe sorry Qaira, aku ingatkan ko kena rasuk ke apa tadi. Last-last aku yang kena balik, ceh!
"Betul weii, aku dapat rasa lagi raksasa tu hempap muka aku!" Qaira buat muka serius sambil mata dia terbeliakkan. Ya Allah kawan aku ni dah tak serupa orang! Muka memang mintak penampar je aku tengok.
"Errr.. Qaira, aku la yang pukul muka ko dengan bantal ni haa.. sebab aku tengok ko macam kena rasuk jer. Nasib baik ko sedar jugak akhirnya." Jelas Aireen dengan muka tahan gelak. Dah macam tahan kentut jer Qaira tengok. Areen tak sampai hati pula melihat rakannya itu yang macam orang sesat dalam hutan. So, tahan jelah gelak tu.. gelak dalam hati! Hehe.
"Ko pukul aku? Betul? Maknanya aku mimpi la yer.. Gila kuat ko pukul aku sampai aku ingat betul-betul la raksasa tu hempap aku. Tak guna punya kawan! Ehh, ko ni serebeh semacam nak pergi mana?" Qaira membelek-belek wajah Aireen.
"Tak sedar-sedar lagi ko ni ye Qaira! Aku nak pergi kerja lar, ni semua ko punya pasal serang aku tiba-tiba!" sambil tercebik-cebik bibir Aireen bercakap.
"Alarr.. siannya kawan aku ni. Ha.. pergi la touch up balik, nanti lambat pulak dah pukul berapa ni?" Qaira menolak-nolak tubuh Aireen supaya lekas keluar dari biliknya itu.
"Dah pukul 7:15, alamak aku dah lambat ni. Apasal la aku boleh layan kau pulak, dah la chau dulu. Eh, kau bukan ada temuduga ke hari ni?" Berkerut Aireen melihat Qaira yang masih relaks di atas katil.
"Temuduga aku 26 haribulan la.." Qaira mengeliat malas atas katil.
" Cik Qaira sayang.. for your information hari ni ialah hari khamis bersamaan 24 haribulan 3."
"Huh! Alamakkk! Wei, nape ko tak kejut kan aku awal-awal huh? Macam mana ni? macam mana ni?!" Kelam kabut tuala dicapai, berdentum pintu bilik air di hempas Qaira. Aireen hanya mampu geleng kepala. Temu duga yang bakal dia hadiri hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi.
Aireen sudah bertolak ke tempat kerjanya yang tidak jauh dari situ. Dia bekerja sebagai guru di sekolah rendah. Sekali dengan dia-dia lewat hari ni. Apa punya cikgu la...ish ish..
***********************************************************
Qaira memakirkan motor skuter Ego warna merah jambunya di tempat letak kenderaan di bangunan S&N Holding. Jam di pergelangan tangan dilihat. Tepat pukul 8:20 pagi. Errrkk! Alamak mampus aku. Qaira pergi ke kaunter yang berada di lobi bangunan tersebut.
YOU ARE READING
MR. MATA SAYUR
Romance"Ada ke mana-mana syarikat nak ambil pekerja yang tak serupa orang jadi setiausaha." Dengan kereknya lelaki mata sayur tu cakap. Dia bengang bila lelaki mata sayur tu menghina dia. Dia bukannya tak pakai baju pun. Lepas tu boleh pula...