Seminggu berlalu...
"Aduhh aku nak call ke tak nak ni. Call? Tak? Call? Tak?!" Qaira berlegar-legar di dalam biliknya.
"Kalau aku call aku nak cakap apa? Hailaaa.. duit bukannya ada lagi nak bayar kat dia, ishh!" Qaira duduk di atas katil.
"Kalau tak call nanti dia report polis macam mana? Mahu menatap sayu aku dalam penjara, huwaaa.." Kepala digaru-garu, dah macam orang gila kalau sekali tengok. Akhirnya setelah berfikir panjang, Qaira mengambil keputusan untuk menelefon Airiel.
Terketar-ketar tangannya menekan nombor di henset nokia 3310 nya itu. Setelah beberapa kali bunyi.. "Hello?" kedengaran suara Airiel. "Err hel, hello assalamualaikum, ni Encik Airiel ke?" Qaira mula gagap.
"Yes speaking, who is this?" Entah perempuan mana la yang call aku ni? Bebel Airiel yang sedang berbaring di atas katinya. Niat dihati nak tidur tiba-tiba ada call masuk, kacau betul.
"Err.. saya Qaira, awak ingat tak yang langgar kereta awak hari tu?"
"Owh, yang langgar kereta I dan hempuk kepala I tu kan? Memang I ingat sangat la, so.. u call ni bayar ganti rugi kan?" Sinis Airiel.
"Encik Airiel boleh tak saya mintak jasa baik encik untuk bagi lebih masa kat saya? Sebab saya tak ada lagi duit nak bayar." Terang Qaira yang agak gugup.
Sesedap rasa je minah ni nak aku tambah masa, dah la dia ketuk kepala aku hari tu. Ok tak pe, tahu la aku nak ajar dia ni.
"kalau macam tu esok u datang ofis I, u tahu kat mana kan.. I nak u datang tepat pukul lapan pagi, kalau tak I buat report." Terjungkit sedikit tepi bibir Airiel.
"Err, tapi nak buat apa encik?" tuttt tutt tutt. Cess aku tak habis cakap lagi dia dah letak, kurang ajar betul. Ya Allah selamatkanlah hambamu ini esok. Qaira tidur dengan hati yang kacau manakala Airiel tidak sabar menantikan hari esok.
*********************
"Cik Qaira, silakan masuk." Ujar setiausaha Airiel kepadanya. Dengan lafaz bismillah Qaira menolak pintu bilik ceo itu, dia melangkah masuk.
"Well.. u datang tepat pada masanya, bagus." Sinis Airiel. "Duduk," arahnya lagi.
Eleh, macam la aku nak sangat datang sini, bagi sejuta pun aku tak nak la. tercebik-cebik mulut Qaira.
"Apa u cakap?" Ariel perasan mulut Qaira yang dah macam itik itu, mesti tengah kutuk aku ni. Ok tak pe, sekarang game ni aku yang pegang.
"Err.. tak ada apa-apa," erkk dia dengar ke? Rasanya cakap dalam hati je tadi.
"Ok, I pon malas nak buang masa and I tahu u pon tak ada duit nak bayar ganti rugi, so I nak offer sesuatu kat u." Ujar Airiel sambil tersenyum.
"Encik nak offer ape?" Lain macam je mamat ni, tapi handsome hehe. Ish sempat lagi kau!
"I nak u kerja dekat sini selama tiga bulan sebagai tea lady, walaupun gaji tea lady selama tiga bulan tu tak cukup, tapi tak pe la sebab I pon malas nak hadap muka u lama-lama." Dengan keret Airiel berkata.
Qaira dah panas hati, gila ke pe? Kalau aku kerja sini lepastu gaji semua dia ambil aku nak makan apa? Bengong punya mata sayur!
"I tahu apa yang u fikirkan, dan I pon bukannya kejam sangat. I Cuma akan ambil suku dari gaji u, but it's up to you nak terima ke tak dan kalau u tak terima u kena la bayar ganti rugi hari ni." Airiel merenung muka Qaira, hurm comel jugak dia. Ish gila kau ni Airiel!
Huuwaa ni dah macam perangkap je ni, dia tahu aku tak ada pilihan. Dari tadi tengok aku lain macam je, seriau pulak dengan mata sayur dia tu. Memang nampak sangat dia ni nak kenakan aku.
"Ok, saya terima," lemah suara Qaira. Tak pa la Qaira sekurang-kurangnya kau ada kerja, dan yang paling penting kau kena sediakan perisai yang paling kuat untuk menangkis serangan dari dia. Fighting!!
"Satu pilihan yang tepat, u akan mula kerja esok. U jumpa setiausaha I lepas ni, ok u boleh keluar." Airiel tersenyum kemenangan, esok akan bermulanya hari yang paling menyeronokkan. Rasa malu dan marahnya tempoh hari masih belum reda sewaktu Qaira menghempuk kepalanya di hadapan pekerjanya sendiri, egonya tercabar.
Cess, keret nak mampus punya mata sayur! Qaira keluar dengan muka yang cemberut memikirkan hari esok.
**Please vote and comment ok :) ***
YOU ARE READING
MR. MATA SAYUR
Romance"Ada ke mana-mana syarikat nak ambil pekerja yang tak serupa orang jadi setiausaha." Dengan kereknya lelaki mata sayur tu cakap. Dia bengang bila lelaki mata sayur tu menghina dia. Dia bukannya tak pakai baju pun. Lepas tu boleh pula...