Tepat jam 8 pagi qaira dah terpacak di bangunan S&N holdings, dengan penuh yakin dia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia mengenakan baju kurung cotton berwarna merah jambu dan tudung juga dari warna yang sama.
"Hai Qaira, selamat memulakan hari pertama bekerja," tegur Suraya setiausaha Airiel. Orangnya memang ramah dan manis saja wajahnya.
"Terima kasih kak Suraya, saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh." Alahai selamat ke bekerja dengan bos macam tu kak suraya? Monolog Qaira.
"Memang u kena bekerja bersungguh-sungguh sebab I tak suka pekerja yang ngelat," terkejut Qaira mendengar suara dibelangkangnya. Makk aihh.. boleh heart attack aku!
Airiel yang berkemeja biru gelap dan berkot hitam itu sangat lah macho bagi pandangan para gadis, silap-silap mak gadis pon sangkut.
"I nak u buatkan I nesscafe kurang manis tapi jangan pahit sangat, cepat sikit faham?" Airiel terus berlalu masuk ke pejabatnya tanpa mendengar jawapan qaira.
Erghh geramnya.. gila kerek sayur ni, dia nak yang kurang manis tapi tak pahit? Aduii macam mana tu? Qaira mengomel sambil berlalu ke pantry. Setelah selesai membancuh nesscafe tersebut dia menghantarnya ke bilik Airiel.
"Apa pasal la lambat sangat u buat air ni?"
"Err lambat ke bos? Rasa dah habis cepat ni," eii aku cekik jugak dia ni nanti!
Airiel menyisip sedikit nesscage itu. "Puihh, asal pahit sangat ni? Air ni pon cair je, tak kan la buat air pon tak reti? Patutla tak da orang nak ambil u kerja. Buat air pon fail, dah u pergi buat lagi sekali."
"Baik bos," kuajaq punya bos!! Qaira dengan muka bengang mengambil semula mug air tersebut, dan membawanya ke pantry. Tak pa tak pa hari ni hari kau...
Airiel tersenyum melihat muka bengang Qaira. Today it's a really nice day.
Qaira membancuh semula air itu, dia menambah kuantiti gula dan memekatkan sedikit air tersebut. Kalau macam ni bukan kurang manis namanya..ishh, dia ni saja nak mainkan aku!
Sekali lagi...tuk tuk tuk.. pintu itu diketuk. Qaira melangkah masuk ke dalam bilik Airiel, dan dia meletakkan air tersebut dia atas meja Airiel. Airiel tidak mengangkat wajahnya yg sedang kushuk merenung kertas di atas mejanya itu. Qaira mengagak yang mungkin Airiel sedang sibuk mula ingin melangkah keluar.
"Tunggu!"
"Huh, apa bos?"
"Tengah hari nanti u jangan pergi mana-mana,u ikut I keluar lunch dengan klien."
"Eh tapi bos, saya bukan tea lady je ke? Buat ape nak ikut bos? Dari bos bawa saya baik bos bawa Suraya." Ujar qaira dengan muka pelik.
"Kau kalau nak hutang kau langsai kau ikut je apa yang aku cakap, paham?" seperti biasa kerek. Dah bertukar panggilannya pada Qaira.
"Tapi bos..."
"Dah tak da tapi-tapi, now get out!"
Erkk period ke apa mamat ni? Qaira keluar dari bilik Airiel dengan muka masam. Suraya yang melihatnya pun pelik, setahu dia bosnya itu ok jer dengan para pekerja, cuma memang bos dia itu agak dingin.
Qaira mengikuti langkah Airiel dari belakang, dia baru saja nak mengelak dari pergi bersama tetapi Airiel awal-awal lagi dah terpacak di depannya, sadis betul. Bukkk!
"Adehh," Qaira melanggar belakang Airiel yang berhenti tiba-tiba.
"U ni jalan memang tak pernah pakai mata kan?" Mencerlung mata Airiel melihat Qaira.
"Err sorry bos..bos yang jalan cepat sangat lepas tu tiba-tiba berhenti tu yang saya tak sempat nak break." Terkebil-kebil Qaira menjawab, dia tak berani mengangkat wajahnya bila Airiel merenungnya begitu. 'Mak aihh boleh luruh jantung aku.'
"Menjawab je u ni! Dah masuk!" Kata Airiel sebaik saja keretanya tiba. Dia duduk di tempat memandu.
'Err aku nak duduk mana ni..tak kan nak duduk sebelah dia, dia kan bos, tapi tak kan pulak nak duduk belakang nanti aku pulak macam bos..aissh.' Bebel Qaira.
"U nak I heret u baru u nak masuk ke?" Airiel membuka pintu tempat duduk di sebelahnya, dia tahu Qaira serba salah. Padan muka, ejeknya dalam hati.
Qaira cepat-cepat melangkah masuk ke dalam kereta. Aiishh sayur ni tak boleh cakap elok-elok ke? Poyo betul, bebel Qaira dalam hati.
Suasana di dalam kereta hanya ditemani lagu dari radio Hitz fm, Qaira merasa sangat kekok. Airiel pula membuat muka tidak ada perasaan. Ariel memberhentikan kereta di sebuah restoran yang agak eksklusif.
Qaira merasa tidak selesa, ialah diakan cuma memakai baju kurung yang hampir lusuh. Tengoklah orang-orang yang berada dalam restoran ni semuanya berpakaian mewah dan kelihatan seperti golongan atasan, dia mula merasa kerdil sendiri.
Mereka duduk di sudut hujung restoran tersebut, tempat yang agak tersorok mungkin untuk memudahkan perbincangan dengan klien tanpa gangguan.
Mereka duduk berhadapan satu sama lain, tiba-tiba telefon Airiel berbunyi. Berkerut-kerut kening airiel menjawab panggilan tersebut.
"Encik Nizam tak dapat hadir," ujar Airiel dengan muka tengang. "Buang masa betul datang sini!" sambungnya lagi.
"Then, kita balik je la bos." Ujar Qaira sambil menatap wajah Airiel, alahai handsomenya.
"I dah drive sini penat-penat tak kan nak balik pulak, kita makan dulu la."
Melihat menu di tangan, erkk! binatang apa ni? Aku tak pernah dengar pun. Rupanya restoran itu hanya menyediakan makanan perancis. Akhirnya dia memesan yang sama seperti Airiel, entah apa yang Airiel pesan pon dia tak tahu dengar yis-yis je dekat hujung.
YOU ARE READING
MR. MATA SAYUR
Romance"Ada ke mana-mana syarikat nak ambil pekerja yang tak serupa orang jadi setiausaha." Dengan kereknya lelaki mata sayur tu cakap. Dia bengang bila lelaki mata sayur tu menghina dia. Dia bukannya tak pakai baju pun. Lepas tu boleh pula...