Madihah : Bab 4

158 5 0
                                    

Madihah tiba sedikit lewat di Butik Kasih Suci. Sengaja dia datang lewat memandangkan semalam dia menyiapkan pesanan pelanggan online untuk dipos pagi ini. Hampir jam 1 pagi dia pulang semalam. Mujur juga Ana sudi nak kerja lebih masa. Ada juga yang membantunya mencetak nama dan alamat pembeli. Tak adalah dia kalut buat kerja seorang diri. Najihah awal-awal lagi sudah balik. Abang Amri nak bawa pergi bercuti.

'Hish! Tengah-tengah minggu nak pergi bercuti. Pergi masa butik tutup hari Ahad tak nak!'

Tapi nak kata lebih-lebih pun tak boleh juga. Cuti Abang Amri bukannya menentu. Ini pun Abang Amri kata terpaksa tukar jadual dengan rakannya semata-mata nak sambut harijadi Najihah. Kalau tidak, sudah ke Osaka abang iparnya itu. Kerja sebagai pramugara memang membuatkan perhubungan Abang Amri dan Najihah lebih kepada PJJ walaupun tinggal serumah dengan mak abah. Tapi tak kisahlah, janji mereka bahagia. Sekurang-kurangnya Najihah dapat bersatu dengan kekasih sejak di zaman cinta monyetnya di sekolah menengah dahulu. Untunglah!

"Madihah!"

Teguran bersuara sedikit kuat itu membuatkan Madihah tersentak. Langkahnya segera mati. Pandangan yang menunduk tadi sudah dipanggung mencari gerangan yang kasar menegurnya.

Mata segera dijegilkan.

"Apa? Habis kuat dah suara kau panggil aku tu? Volume dah habis tinggi?" perli Madihah sambil menyambung kembali langkah yang cuma beberapa langkah nak sampai ke pintu butik.

"Yang kau jalan menonong tak pandang depan tu apasal? Seronok nak langgar orang? Seronok nak langgar tiang?"

Madihah menjeling namun dia tidak menjawab. Pintu butik ditolak selepas sandal yang dipakainya ditanggalkan. Sandal berwarna coklat itu diangkat lalu dibawa masuk ke dalam. Diletaknya di atas rak yang berada di sebalik pintu kaca itu.

"Pegang jap pintu!"

Arahan itu Madihah terima. Dia pegang pintu kaca yang baru hendak tertutup dan membiarkannya separuh terbuka. Dipandangnya ke dalam butik. Kelihatan Nadia sedang melayan dua orang pelanggan manakala Ana sedang menunggu di kaunter pembayaran. Alhamdulillah. Butik Kasih Suci tak lekang dengan pelanggan biarpun tidak diserbu serentak.

"Kenapa kau lambat, Dihah? Dah lama kut aku tunggu," bebel Mikail setelah masuk ke dalam butik. Dikerlingnya Madihah yang berada di pintu itu.

"Aku balik lewat semalam. Urus order customer."

"Pukul berapa kau balik?"

"Kul 1 kut."

"Pukul 1 pagi???"

"Hmm yap."

"Kenapa tak bagitahu semalam? Aku ingatkan kau ada kat rumah."

"Malaslah aku nak kacau kau. Lagipun Ana ada."

Mikail mengekor Madihah yang sudah masuk ke dalam. Dibuatnya butik itu bagai dia yang punya. Lagipun kakitangan di situ sudah kenal dengan dirinya. Sekurang-kurangnya seminggu sekali dia wajib ke situ untuk berjumpa dengan Madihah. Rasa pelik kalau tak jumpa minah itu walaupun hampir setiap hari dia wajib menghubungi dan berbalas mesej dengan Madihah. Bukannya berbual apa sangat, cukup sekadar bercerita apa yang berlaku pada diri masing-masing.

Nak kacau Eshan, mamat itu sudah sibuk dengan isteri tercinta. Malam-malam memang tak boleh kacau. Mesejnya sudah jarang Eshan layan. Kalau ada hal penting, dia akan terus telefon. Itu pun ikut mood Eshan nak jawab atau tidak. Memang kurang ajar betul! Orang lain pun ada anak bini juga, tapi tak adalah asyik berkurung di rumah mengulit bini. Poyo je lebih Eshan tu.

"Kau ada apa datang sini? Nak ajak breakfast ke?" tanya Madihah setelah meletak beg tangannya di dalam laci dalam bilik belakang. Dikuncinya sebelum anak kunci disimpan di dalam poket seluar jeans boot cut longgar yang dipakainya. Seluar itu merupakan salah satu keluaran Butik Kasih Suci. Memang best seller item. Keluar saja, terus sold out.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Madihah Bab 4Where stories live. Discover now