"Kamu yakin dengan keputusan kamu".
Kata Cikgu Tini seusai dia melihat surat berhenti sekolah aku
"Ya cikgu,saya yakin".
Jawap ku dengan penuh keyakinan tapi dalam hati sungguh berat hati ini meninggalkan sekolah yang telah banyak beri aku kenangan yang manis,pahit dia sikit jaa.
"Tapi kamu pelajar harapan sekolah ni, lagi pun tahun ini last year bagi kamu"
"Tapi inilah keputusan saya,saya harap cikgu faham situasi saya"
"Baiklah kalau begitu,cikgu doakan kamu berjaya di luar sana"
"Terima kasih cikgu,saya minta diri dulu"
Ku cium lembut tangan cikgu Tini sebagai tanda selamat tinggal kemudian aku pun berlalu pergi dari situ.
Hanny POV
Aku Hanny Nadira Binti Abdul Malik, yes aku budak form 5 tahun ni and yes aku berhenti sekolah sebab ada masalah tertentu.
Ibu aku meninggal semasa melahirkan aku and yes aku hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ibu.
Kemudian ketika umur aku 7 tahun, ayah aku pula meninggal sebab terbabit dalam kemalangan jalan raya sakin bergegas ingin melihat persembahan musikal aku.
Selepas itu,pakcik Anaf adik kepada ayah ambil aku dan jaga aku hingga aku besar.
Sepanjang aku hidup bersama pakcik Anaf,aku dilayan bagai anak tiri,aku tak tahu kenapa makcik Anas benci sangat dekat aku and she will repeat on and on yang aku ni pembawa malang.
Makcik Anas selalu hasut pakcik Anaf supaya hantar aku di tempat rumah anak yatim piatu tapi beliau enggan hantar sebab menjaga aku adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pakcik Anaf sebelum ayah menghadap Ilahi.
Syukurlah Allah telah menjadikan pakcik Anaf sebagai pelindungku di rumahnya.
Tapi pelindungan yang diberikan kepada aku hancur serta merta apabila satu per satu fitnah yang makcik Anas lemparkan kepada aku antaranya...
Memukul anak mereka si Naufal,mencuri duit,melawan cakap dan banyak lagi lah.
Pakcik Anaf pun percaya sebab makcik Anas dah sediakan bukti yang kukuh then beliau pun halau aku dari rumahnya dan yes sekarang aku hidup sebatang kara,kadang aku akan tumpang tidur dekat masjid,taman permainan dan banyak lagi lah.
Sebab itulah aku berhenti sekolah, so sekarang ni aku perlu cari duit untuk keep survive.
Terdetik dalam hati aku,kenapa Allah berikan aku dugaan yang sangat besar yang aku sendiri tak dapat nak tempuhi? Allah tak suka aku kah? Allah benci aku? Apa yang aku dah buat?
Semua persoalan tu bermain di minda aku kadang terasa diri ini jahil sebab waktu waktu kau dalam kesukaran sepatutnya kau meminta petunjuk kepada Tuhan bukannya salahkan Tuhan sebab berikan nasib sebegini rupa.
Aku mula mengucap.
"Hanny".
Aku pun menoleh ke belakang
"Hye Husna,ada apa?".
"Takkan lah kau pergi tanpa ucap selamat tinggal dekat bestie kau ni".
Aku hanya perhatikan saja budak ni,aku dapat lihat air mata yang dia tahan supaya tak jatuh,ceh trep hati kental padahal hati tisu.
"Alah,aku nak cepat,aku perlu rancang,apa patut aku buat sekarang".
"Alah janganlah berhenti".kata Husna sambil merangkul tangan ku.
YOU ARE READING
Finally Game Over (malay version)
Storie d'amorecast Hanny Nadira Binti Abdul Malik Syed Nazrin Binti Dato Syed Ilham p/s -susah sy nk describe story tale dia