bab 31

1.2K 20 0
                                    


Di rumah Rokayah (umi sara)

Semua bersiap sedia untuk pergi membeli belah. Sesungguhnya budak lelaki berdua Adam dan Noah teramatlah teruja hendak membeli belah dengan abang ipar. Yelah kalau dengan Sara mesti kena tanya perlu ke? Nak buat apa? Berfaedah ke? Tak membazir? Nak ke perlu? Dan banyak lagi pertanyaan. Biasalah kakak-kakak.

Harini Daniel membawa kereta Vellfire abahnya. Yelah ahli keluarga ramai mana muat keretanya yang ada 5 tempat duduk tu.

Daniel dengan Nek Mah biasalah memang wajib pasang lagu p.ramlee. Mula-mula mereka semua mengeluh sebab tak layan lagu lama tapi lepastu mereka pulak yang over.

Didalam kedai tersebut mereka bercadang naik ke tingkat atas dengan menggunakan escalator sahaja memandangkan lif agak jauh.

"Sal camne nak naik?" Nek Mah bingung. Yelah dekat kampung manade benda gerak yang turun naik ni.

"Tak tahulah. Tapi macam bahaya je. Takut lah"

Opah Sal cuba untuk menaiki escalator dengan mencuba meletakkan kakinya diatas tangga tapi Opah Sal masih takut.

Adam , Noah dan Diana sibuk mentertawakan Opah Sal dan Nek Mah. Sara yang berdiri dibelakang Adam dan Noah menampar kepala mereka berdua.

"Aduh apa ni kak! Aaaaa sakit lah!" Adu Noah.

"aaaaa tau sakit yang sibuk ketawa kenapa tolonglah opah dengan nek tu pun nak bagitau ke? Dah cepat pergi tolong"

"Kita orang dah kat atas lah" adam memberi alasan.

"Turunlah! Tu pun lambat! Dah go!"

Ramai jugak yang melihat gelagat Opah Sal dan Nek Mah dalam diam. Opah Sal diiringi oleh Adam manakala Nek Mah diiringi oleh Noah. Apabila mereka berjaya menaiki tangga-tangga bergerak itu ramai yang bersorak. Macam dah menang pilihan raya pulak. Apalagi Nek Mah nemang layan lah siap bow lagi. Tetiba mata Opah Sal bertentangan bersama seorang lelaki tua yang sudah berumur. Dah nama pun tua mestilah berumur kan😂.

Nek Mah yang sedar akan kekakuan Opah Sal terus melihat kemana arah matanya melihat. Fuh sekali ketahuan main eye contact dengan lelaki. Uih terus bersiul guna jari Nek Mah tau. Mula-mula orang ramai tak faham lepastu Nek Mah pun menerangkan " fuh opah dah ada boipren" dengan nada yang mengusik. Makin kuat sorakkannya siap ada yang ikut bersiul. Aduh happenning terus mall tu. " uih opah merah muka apo orang putih kata blush blesh apa blushing eh?" Nek Mah Nek Mah ada -ada jelah.

Sambil-sambil Nek Mah mengusik dia memerhatikan lelaki tua yang bertentang mata dengan Opah Sal. Hei orang tua tu siap kenyit mata weii! "HAHAHAHA nampak sangat tak setianya!" Ujar opah sal secara terbuka. Lalu dia menutup mulutnya aduh terlepas. Lepastu, ada seorang perempuan tua pergi kearah lelaki tua tadi sambil menarik telingannya "oh abang menggatal lagi eh! Siap lah!" Terhibur habis orang dekat mall tu.

Sesampai mereka dirumah Rokayah masing-masing sibuk mengemas barang sendiri. Daniel? Hemm sibuk dengan social media siap buat live dekat instagram lagi. Kalau seminggu tak buat live tak hidup kot. Biasalah tugas Doktor Cinta menolong orang yang  kesusahan dalam jerat percintaan.

Tapi hubungan dia dengan Sara pun belum stabil sibuk nak bagi orang nasihat. Ek eleh. Kalau bagi ayat manis je tau memang tak jalan lah weii.

"Daniel OOO daniel mana gincu baru nek beli?" Jerit Nek Mah. Sara memberitahu yang Daniel ada diruang tamu buat live. "Haish lah cucu aku ni. Semua orang nak guna. Daniel!" Nek Mah menarik cuping telinga Daniel masa tengah buat live. Aduh malu kot. "Gincu nek mana?". Daniel cuba untuk membawa nek mah mencari gincunya namun ditolak sebab Nek Mah pun nak merasa live. "Takde kamu carik Nek layan depa ni. Dah pergi!" Nek Mah menghalau.

Banyak jugak pertanyaan yang diajukan pada Nek Mah. Famous pulak Nek Mah. Mereka suka dengan gelagat Nek Mah yang menghiburkan hati.

Nama Nenek apa?

Nama nenek Noramah tapi panggil Nek Mah.

Umur berapa?

Hohoho. Lebih jubli emas kot.

Nenek Doktor Cinta eh?

Haah. Sekarang jadi nenek kamu pulak. Sawit tak?   Nek Mah buat muka comel.

Nek boleh bagi clue tak pasal wife doktor cinta?

Apo bendanya clue tak paham lah.

Nama bini doktor apa?

Boleh tanya suaminya lah. Nek taknak masuk campur hal rumah tangga. Tahulah depa uruskan.

Cantik tak bininya?

Hoi! Mestilah cantik cucu Nek kot!

Assalamualaikum. Tak jawap dosa.

Ya. Nek jawap. Waalaikumsalam.

Daniel sibuk mencari gincu Nek Mah didalam plastik-plastik yang ada.

"Mah ooo Mahh!" Opah Sal memanggil Nek Mah sambil berjalan mencari.

"Oh Sal aku kat sini"

"Mana? Mah kau kat mana?" Opah-opah dekat rumah pun dah rupa macam hilang anak.

"Lailahhailallah dekat sini rupanya kau ni pun kata lah dekat ruang tamu haiyo"

"Hehehe... Sal ni aku tengah live ni."

"Owh eh lupa aku nak tanya. Cantik tak gincu aku?" Opah Sal memuncungkan bibirnya yang sudah dicalitkan gincu berwarna merah.

"Fuyoo sexy kau Sal ni kalau kau tunjuk dekat duda dekat kampung memang depa caiq lah! Silap-silap tok imam bini 4 pun terpikat! HAHAHAHAHA" bergelak sakan dua sekawan ni. Adam dan Noah  yang dari tadi tengah syok tengok tv pun tergelak. Tanpa mereka sedari ig live masih on.

"Kau ani ada-ada jelah ! Malu lah aku. Eh gincu kau ni ha" Opah Sal mengunjukkan gincu baru Nek Mah.

"La dekat sini rupanya tadi aku suruh Daniel cari " terang Nek Mah.

Opah Sal menyuruh Nek Mah untuk memanggil Daniel supaya berhenti mencari tetapi Nek Mah hanya membiarkan katanya sekali sekala usik cucu. Nek Mah ingin Daniel mencuba gincu itu dulu biasalah nak usik cucu. Fuh merah terang! Kalau tak dibuat kena ugut macam-macam lah Nek Mah ni.

Daniel dan Sara balik kerumah kedua orang tua Daniel dan mereka berehat awal sebab esok nak belayar dah takut akhir pulak bangun.







Nek Mah dan Opah Sal tidak tidur dari malam sebab terlampau teruja . Oleh sebab itu, habis periuk belanga dikeluarkan dan dipukul dengan senduk kayu supaya manusia didalam rumah bangun.

Sila vote👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Selamat berpuasa🙇

Ramadhan Kareem 🌙

Doktor CintaWhere stories live. Discover now