"Erk.. Awak mesti main2 kan? "
Soal aku keanehan
"Tak... Melainkan kau tak percaya kan aku kazumi.."
Bisik Akira ditelingaku.
Bisikan dia membuatkan aku takut tanpa sebab.
"Okay, kalau macam tu esok pukul 5 di taman kita jumpa"
Cepatnya karakter dia berubah..
Baru dua kali aku bercakap dengan dia, tetapi sudah mengajak aku keluar?
Haih, adekah ini...
Dinamakan jodoh?! ✨
Dengan tidak fikir masak2 aku menerima ajakan dia.
Dia pon berlalu ke tempat duduknya dan sempat melontarkan senyuman kepadaku.
Aku apa lagi, luaran seperti tak teruja tetapi dalaman dah macam orang gila terujanya.
Aku pun berangan angan sepanjang persekolahan. Malahan jika ditegur oleh cikgu pun aku still senyum.
Kringgg!!
Loceng yang dinanti nantikan setiap pelajar.... Iaitu loceng balik!!
Tetapi.. Disebabkan aku berangan di dalam kelas Puan Shino....aku ditahan ke kelas tahanan... Mengambil 30 minit untuk berada didalam kelas itu..
"Arghhh menyesalnya!! "
Jerit aku dalam hati.
Ketika hampir tamat kelas tahanan, aku baru sedar, classmate aku iaitu Ayato pelajar baik dan menghormati guru itu juga masuk ke kelas tahanan?
"Hmm mungkin dia terlanggar cikgu yang annoying tu kot(Puan Shino)"
Bisik hatiku.
"Kazumi!"
Bisik Ayato memanggil aku dengan tiba2.
Aku pun menoleh kebelakang dan terlihat Ayato sedang ingin menyampaikan sesuatu.
"Jangan berangan lagi! Mari sama2 kita bersungguh sungguh untuk belajar okey!"
Nasihat dia kepada aku dengan penuh keyakinan.
Aku tertawa kecil dan membuat "👍🏻" kepada dia.
Respon dia sangat menyenangkan.
"Okey class, class untuk harini tamat sampai sini sahaja"
Umum Puan Shino.
Budak2 nakal yang berada dalam kelas tahanan ini semua berlari keluar bagaikan telah dikurung dalam sangkar tanpa makan dan minum.
Aku seorang sahaja yang lambat keluar.
"Kazumi! Tunggu saya!"
Eh suara tu..
Oh Ayato rupanya
"Kenapa tak balik lagi? Bukan awak dah keluar ke tadi?"
Soal aku kepada dia
"Hehe, bak kata mak saya.. Perempuan tak elok balik sorang2"
Jelas die kepada aku
"Sorang2...."
"....."
"Haah doh aku terlupa pulak bas takkan angkut orang yang kene kelas tahanan bhai!!"
Jerit aku dalam hati.
"Tapi.. Macam mana kita nak balik sama2? Rumah awak mesti jauh kan.. Sebab rumah saya takdelah jauh sangat"
Soal aku.
"Kita..... Jiran, Kazumi"
Balas dia dengan spontan
"...."
"Haha" -,-///
"Dah la jom gerak, nanti lambat balik"
Ajak Ayato bersama dengan senyumannya.
Kami pun bergerak sama2 sepanjang perjalanan.
💐
"Okey sampai disini sahaja, bai! Jumpa hari Isnin ni!"
Ayato pun pulang setelah menghantar aku di hadapan rumah.
"Oh!! Hampir terlupa!! Esok gi dating ngan Akira!!"
Jerit aku dalam hati lalu cepat2 masuk rumah dan mencari baju yang lawa untuk esok.
......
Meanwhile..
"See you esok,
Kazumi Hachiro.. "
- secret person[[to be continue]]
YOU ARE READING
Suatu Hari
AdventureStatus:On Going (hiatus) Negara:jepun???????? //jangan lupa vote dan follow❤️// Mengisahkan seorang remaja yang melalui harian biasa dengan penuhi emosi dan penuh cabaran. Mencari kesetian yang telah lama pudar. Mencari peneman yang telah lama hila...