"Huh?!, siapa tu?!"
Soal ku kepada empunya suara.
Kedengaran tapak kaki semakin dekat menghampiri ku.
Bunyi tapak kaki itu datang dari depanku tetapi terlalu gelap untuk kulihat.
"Kazumi.."
Aku.. Aku tahu suara siapa tu!
"Akira!! Saya tahu tu awak! Tolong lepaskan saya!"
Rayu aku kepada dia
"He he he..."
Cahaya demi sedikit terpancar ke dia dan...
"Akira.."
Dari seorang yang berwajah baik bertukar menjadi wajah yang gila.
Aku mulai panik.
Dia makin menghampiriku dengan pisau miliknya.
Tiba2 dia menarik rambut aku. Ditarik dengan kuat dengan niat ingin melihat aku menderita.
Ketika dia seronok menarik rambutku aku sempat mengambil serpihan cermin yang berada di lantai.
Aku berpura pura membuat suara kesakitan yang teramat supaya dia lebih seronok sampai tidak perasan aku dalam operasi melepaskan diri.
Aku berjaya membuka ikatan, aku pun menandukkan kepala ku ke perut dia. Aku pasti rancangan ini akan berjaya.
Malangnya dia masih memegang rambutku dengan kuat. Aku dengan gelabah kerana tiada jalan lain lalu aku pun memotong rambut ku tanpa berfikir.
Dia terjatuh dan aku pula terkial kial mencari jalan keluar.
"Kazumi.."
Dengan tiba2 dia memanggilku.Aku dengan perasaan takut hanya perati die dari jauh.
"Kau... Takde tempat lain dah kau nak lari... Lambat laun kau akan mati jugak.."
Aku hanya memandang dia sambil mencari jalan untuk keluar.
"Kau tahu tak selama ni aku takpernah sukakan kau"
Ayat itu bagaikan ada satu jampi untuk aku mengalirkan air mata.
Siapa yang tidak sedih jika orang yang kita taruh harapan sebenarnya tiada perasaan terhadap kita.
Dia menyambung
"Dan paling penting.. Kau tu..
Berhenti.... Aku tak nak dengar...Aku taknak!
.. Manusia yang...
" Diam!!!"
Jerit aku sambil air mata aku mengalir dengan laju
.. Ji..."
Aku mulai tutupi telinga ku dengan seluruh tenaga yang aku ada..
Tiba-tiba
DBOOMM!!!
Bunyi pintu dipecah ditendang oleh seseorang.
Akira yang terkejut cepat2 menyiapkan posisi mempertahankan diri daripada serangan hendap itu, malahan menyebabkan dia terlanggar almari besar yang menyebabkan almari besar itu menghempap diriku.
"KAZUMI!"
Jer...itan..i..it..itu..
............
"Kazumi bangun! Kazumi!"
Suara bersama tangisan itu aku boleh mendengar.. Tetapi.. Siapa?? Mengapa kau menangis kerana aku?? Adekah aku penting bagi kau?...
Dan.. Mengapa aku tidak boleh menjawab suara itu..
A... Aku.. Telah mati kah?..
[[to be continue]]
YOU ARE READING
Suatu Hari
AdventureStatus:On Going (hiatus) Negara:jepun???????? //jangan lupa vote dan follow❤️// Mengisahkan seorang remaja yang melalui harian biasa dengan penuhi emosi dan penuh cabaran. Mencari kesetian yang telah lama pudar. Mencari peneman yang telah lama hila...