Hari ini adalah hari aku dating dengan Akira. Berbunga bunga hatiku sejak malam semalam.
Hari ini adalah hari yang sangat istimewa! Aku tak boleh rosakkannya.
Aku pun bersiap hampir 2 jam.
"Yang ni okey kot.."
Bisik aku kepada diri sendiri.
Jam telah menunjukkan sudah pukul 4:55 P.M. Aku dengan pantasnya keluar dari rumah dengan secepat mungkin kerana aku takut jika Akira telah lama tiba menungguku.
Tiba di taman, aku tidak nampak lagi kelibat Akira.Maybe dia belum datang lagi.
Aku pun tunggu di bangku kerusi sambil recover energy aku selepas berlari.
Hampir 15 minit aku menunggu dia..
"Dia lupa ke?"
Soal aku yang penuh dengan persoalanan.
"Ish dia takkan lupa punyalah"
Pujuk aku kepada diri sendiri.
Tiba-tiba..
"Hai, maaf dah lama tunggu ke?"
Aku pun menoleh kebelakang.. n boom!
Jejaka hensem tak dikenali -_-
"Si.. Siapa awak??"
Soal aku dengan penuh ketakutan.
"Haha, ini saya lah Akira"
Balas dia.
"Tapi.."
Belum habis aku berkata dia telahpun mencelah.
"Hehe.. Ini penampilan baru saya.. Jangan risau saya still Akira yang sama"
Kata2 dia membuatkan aku lega mendengar. Aku pun melontarkan senyuman untuk memberi tanda aku percaya kepada dia.
Dia pun membalas senyumanku dengan senyuman yang sangat manis.
"Apa kata harini kita pergi makan ais krim di kedai baru bukak tu?"
Pelawa dia kepada aku.
"Wah.. Nak! Tapi.. Bukan ke kedai tu jauh?"
Soal aku kepada dia.
"Saya kan ada motor"
Jawab dia.
Aku dengan tanpa berfikir hanya mengikut sahaja apa yang dia katakan.
🍦
"Kita dah sampai!"
Jerit dia dengan sungguh seronok.
Aku hanya melayan kerenah dia kerana aku tidak ingin membuat kesilapan di hari pertama kami.
Tidak sangka Akira budak popular seperti ini mempunyai perangai seperti budak2. Comel betul ~
Kami pun masuk ke kedai tersebut.
Dia menanyakan perisa kegemaranku, tapi aku hanya menjawab apa yang dia suka. Ketika dia sedang memesan ais krim dia mengarahku untuk duduk di meja dahulu.
Aku pun mengikut arahan dia.
5 minit menunggu akhirnya sampai juga aiskrim kami.
Alangkah terkejutnya apabila aiskrim fav dia adelah aiskrim berperisa green tea.
Aku dengan penuh tabah menghabiskan aiskrim itu.
30 minit menghabiskan masa berchit chat dengan dia sungguh seronok. Tapi malangnya waktu dating kami sudah tamat kerana Akira ada training basketball dengan geng dia selepas ini.
Sepanjang aku menaiki motor bersama Akira, aku terasa pening dan ingin pitam.
Lama kelamaan, pandangan mataku menjadi kabur dan semakin hitam, akhirnya aku tewas dan aku terpengsan di atas motor milik Akira.
Ughh..malu..nya...
🔇
Mataku yang masih lagi tidak dapat melihat dengan jelas berusaha untuk melihat sekeliling.
Ughh..aku.. Dimana??
Seperti dibilik yang gelap dan sunyi...
Ughh.. Mengapa badan dan tanganku berikat?
Adakah ini mimpi ataupun reality??
..................
"Akhirnya bangun juga kau,
KAZUMI HACHIRO"Huh??.. Ugh.. Si.. Siapa tu?
[[to be continue]]
YOU ARE READING
Suatu Hari
AdventureStatus:On Going (hiatus) Negara:jepun???????? //jangan lupa vote dan follow❤️// Mengisahkan seorang remaja yang melalui harian biasa dengan penuhi emosi dan penuh cabaran. Mencari kesetian yang telah lama pudar. Mencari peneman yang telah lama hila...