" akhirnya sampai jugak di perlabuhan. Beta dah bosan di atas kapal" kata Princess Farah sambil berjalan turun dari kapal. Barang-barangnya diangkat oleh Syaha manakala yang lain mengangkat barang-barang mereka sendiri.
" kenapa kamu tak angkat barang kamu Puteri?" tanya Hada kepada Princess Farah.
"Beta kan Puteri" kata Princess Farah dengan bangga.
" Adakah kamu...." kata-kata Hada berhenti apabila didapati Syaha tiada di situ. hanya barang-barang sahaja yang tinggal...
" mana Syaha??" tanya Lola
" Archer tu merajuk kot" kata Princess Farah.
" untuk apa??" kata Hada.
" ok macam ni kita berpecah cari dia" Lola memberi arahan.
" beta rasa beta duduk sini jaga barang- barang je lah" kata Princess Farah tak sanggup untuk redah satu pekan untuk cari si Archer tu.
" baiklah. jaga diri" Lola dan Hada beredar mencari Syaha.
***Syaha berjalan mengikut alunan muzik yang didengarnya. Muzik tersebut mengingatkan kepada ibunya yang lama menghilang. Sejak 5 tahun dia ditinggalkan oleh ibunya dan dibesar oleh ayahnya seorang Ranger istana dan orang-orang istana. Ibunya seorang penari dan dia ingin merantau seluruh dunia. Akhirnya Syaha berhenti apabila melihat penari dihadapannya. Penari tersebut membelakangi Syaha.
" Mak..." panggil Syaha. Penari berhenti menari lalu menoleh." Mak??? Hai nama saya Naaga. Awak sesat ke?" tanya naaga
" tarian... muzik..." kata Syaha
" oh saya belajar daripada penari yang merantau 2 tahun lepas. Dia sangat hebat" kata Naaga sambil tersenyum
" Mak.... Mak!!!!" Syaha menangis.
" Eh, kenapa ni??" terkejut Naaga.
YOU ARE READING
Holy Elite Alliance
Fantasykisah tentang Knight Lola yang dititah mencari ahli kumpulan