Lola, Princess Farah, Hada dan CT sedang duduk di tempat makan manakala Syaha dan Naga berada di dapur. Pada malam yang tenang, masing- masing layan perasaan sendiri. Mungkin mereka rindu akan halaman mereka.
" Lola kita nak ke mana sebenarnya" tanya Hada kepada Lola. Lola melepaskan keluhan.
" Entahlah, selagi Lord Ai tak panggil Aku untuk pulang selagi tulah aku kena merantau membantu orang- orang di seluruh di dunia" Kata Lola. Lola teringat semasa dia bercakap dengan Lord Ai.***
Hari yang bertemu Lord Ai yang lepas....
" Kenapa saya tak boleh ambik orang- orang di sini sahaja? Bukankah kita telah melatih mereka supaya mereka pahlawan yang terbaik" tanya Lola masih tak puas hati dengan arahan yang diberi.
" Kamu pastikah mereka masih akan patuh arahan Beta jika Beta berubah arah?" tanya Lord Ai. Mukanya tiba-tiba murung daripada mukanya yang sentiasa tersenyum.
" Kami akan patuh semua arahan tuanku walaupun tuanku mengarahkan kami untuk menggadaikan nyawa kami sendiri!" kata Lola.
" Kamu tak akan faham!! Beta mengarah kamu untuk pergi kerana Beta parcayakan kamu. Pergi merantau menolong orang lain lebih daripada kamu berada disini" kata Lord Ai dengan suara yang agak tinggi. Jarang untuk melihat beliau bermasam muka apatah lagi memarahi orang. Mukanya sentiasa akan tersenyum dan bercakap jika perlu sahaja. Lola sangat terkejut melihat perubahan Lord Ai.
" pergi! Beta tak perlu kan bantuan kamu di sini" arah Lord Ai. Beliau berpaling pandangan ke luar. Lola menunduk hormat dan berlalu pergi dari situ.***
" Hoi Lola makan lah!!" laung Syaha. Lola tersedar daripada lamunannya.
" Kau dah kenapa Lola? takkan teringat pakwe kot macam orang tu" Kata Hada sambil menjeling CT yang sedang memegang rantainya.
" Kau pahal. Kalau satu hari tak kacau aku tak sah kan!" tengking CT.
" dah-dah korang ni..." kata Lola.
" Eh, makanlah" kata Syaha
" Archer tolong ambik ayam tu" kata Princess Farah sambil menunjuk kearah pinggan yang diisi ayam
" tahu tak saya yang masak tu" kata Naaga.
" Oh, ye ke nak rasa gak lah" kata CT.
Pada malam itu mereka sibuk melayan juadah- juadah. Riuh rendah di atas kapal disebabkan oleh mereka.

YOU ARE READING
Holy Elite Alliance
Fantasykisah tentang Knight Lola yang dititah mencari ahli kumpulan