Someone explained to me that ;
"Kalau hidup asyik nak indah je, itu bukan dunia but itu syurga namanya."
Jadi kalau nak masuk syurga pasti banyak halangan yang perlu dihadapi. Seems like,kau kena ada effort macam mana kau nak elakkan diri daripada buat dosa and if you did it,kena paksa diri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama,bertaubat mohon dekat Allah.
Aku boleh mengklasifikasikan bahawa berubah itu tidak mudah.Orang boleh tolong nasihat and kitalah watak utama yang akan corakkan diri kita ini jadi macam mana.
Bohonglah kalau manusia tidak pernah melakukan kesilapan sehingga mereka sanggup mengulanginya.Tapi,kau kena ingat,manusia ada peluang untuk berubah.Kau tak boleh paksa dia untuk berubah sebab dia sendiri akan tentukan hidup dia macam mana.
Kalau dia masih lakukan kesalahan, maka tegur dengan cara yang berhikmah.Tak perlu nak caci maki dia sebab orang ada hati perasaaan.Aku jamin kalau kau tegur orang dengan cara memaki,surely dia takkan terima punya.Sebab orang macam itu,perlukan sokongan padu kita.
Bukan aku nak cakap aku ini sempurna.
Sebenarnya tidak,aku hanya mahu kita saling mengingati antara satu sama lain.
Apa yang aku ingat juga seseorang pernah pesan bahawa kalau satu hari nanti bila kau dah berubah kearah kebaikan, maka kau kena ajar hati kau untuk kuat sebab kau akan jumpa orang-orang yang tak habis-habis akan mempertikaikan masa lalu kau dan waktu itu hanya kau dan hati kau perlu berjuang habis-habis.
Dan apa yang penting,jangan mempertikaikan masa lalu kau.
"Just ignore all negative vibes"