Chapter Two

4 1 0
                                    

Setelah habis waktu persekolahan, aku dan Dohwan pun mulakan enjim motosikal kami lalu menunggangnya pulang ke rumah. Ketika aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku ternampak Hyerim berhenti di tepi jalan dengan basikalnya lalu aku meluru ke arahnya.

"Hyerim, apsal kau tak balik lagi?"

"Tayar basikal aku buat hal. Bocor," lalu aku terus turun dari motosikalku dan periksa tayar basikalnya.

"Ish, bocor teruk ni. Habis tu, kau tunggu teksi ke?"

"Haah, nak buat macam mana, abang aku busy kerja kat café. Aku tak nak ganggu dia kerja pulak,"

"Hmm, kalua macam tu, aku hantar kau balik ah,"

"Eh, Takpe ke, takut aku susahkan kau,"

"Takdelah, lagipun senang nanti petang nanti aku boleh ambil kau, kita terus je pergi library yang kau cakap tu,"

"Kalau macam tu, okaylah kalau ia tak menyusahkan kau."

Aku pun terus berikan helmet lebihan pada Hyerim lalu dia tumpang di belakangku. Tak lama itu, aku terus hidupkan motosikalku lalu aku menunggang laju ke rumah Hyerim. Ketika kami dalam perjalanan, aku menegurnya.

"Hyerim, pegang kuat-kuat," Hyerim pun memegang bahuku erat ketika aku menunggang laju.

Ketika kami sudah sampai di rumah Hyerim, aku pun berhentikan motosikalku di hadapan rumahnya lalu Hyerim turun dari situ dan berikan helmet padaku.

"Hyerim, kau nak aku ambil kau pukul berapa?"

"Hmm, pukul 2.30 petang,"

"Okay. Hyerim, kau nak tak lepas kita study kat library kita pergi jalan-jalan kat Sungai Han?"

"Oh, boleh jugak. Tapi, kau kena belanja aiskrim untuk aku. Okay?" Hyerim mengugutku supaya aku dapat belikan aiskrim strawberi kegemarannya.

"Okay."

Aku pun terus hidupkan motosikal lalu terus pulang ke rumahku. Aku haraplah plan aku petang ni menjadi, bisik hatiku mengharapkan Hyerim akan terimaku sebagai teman istimewanya.


*****


PADA petang tu, aku menunggu Hyerim di luar rumahnya sambil mendengar lagu di fon telingaku. Ketika itu, Hyerim sudah keluar dari rumahnya dengan beg galasnya lalu aku pun terus memanggilnya namanya. Hyerim pun menyahut panggilanku lalu terus meluru kepadaku. Aku pun berikan helmet padanya lalu dia terus tumpang di belakang.

"Hyerim, pegang kuat-kuat. Takut nanti saya tertunggang laju pulak,"

"Okay." Hyerim terus kata ya lalu kami pun bergerak ke library setelah aku hidupkan motosikalku.

15 minit kemudian, kami berdua pun sudah sampai di library lalu kami pun terus masuk ke dalam library dan cari tempat kosong untuk kami study bersama. Selepas kami mengambil buku untuk study, Hanseok mendekati kami berdua.

"Hai, Hyerim. Awak buat apa kat sini?"

"Oh, hai, Hanseok. Saya tengah study ni. Awak pulak?"

"Saya saja je nak baca buku kat sini. Boleh tak kalau saya nak duduk dengan korang,"

"Oh, boleh je. Duduklah," aku pun rasa sakit hati bila Hanseok duduk bersebelahan dengan Hyerim lalu aku pun sambung membaca buku sambil memerhati mereka berdua.

Tiba-tiba, Hyerim keluar dari tempatnya untuk ambil buku lain. Dan ketika itu, inilah peluangku untuk aku bertanya pada Hanseok tentang apa yang Dohwan cakap padaku pagi tadi.

"Hanseok, boleh tak aku nak tanya kau sikit?"

"Apa dia, Hyunwoo?"

"Apa hubungan kau dengan Hyerim?"

"Oh, dia tu just sepupu aku je. Kenapa, kau mesti ingat yang aku ni ada hati dengan dia, kan?"

"Kalau ya, kenapa? Salah ke?"

"Takdelah. Lagipun kitorang memang rapat sejak kecil lagi. Aku tak tahu pun kau beranggapan macam tu. Jangan kata yang kau ni suka kat dia?"

"Eh, mana ada. Aku dengan dia just kawan je,"

"Ya ke? Tapi, kalau kau suka kat dia, okaylah tu sebab dia kata dia suka someone antara kau dengan kawam-kawan kau tu," bila dia kata begitu, aku pun terkejut. Antara aku dengan Dohwan dan Jongseok? Itu memang logik jugak apa yang Hanseok cakap tu sebab dia je yang rapat dengan kitorang, bisik hatiku.

"Aku harap kalau kau suka dia, kau boleh jaga dia," aku pun terus mendiamkan diri.

"Dia cakap macam tu kat kau ke?"

"Haah, anyway thanks sebab korang jadi kawan baik dia."

Tak lama kemudian, Hanseok pun beredar dari situ sebelum Hyerim duduk kat tempatnya semula.

"Hyunwoo, mana Hanseok?"

"Oh, dia terpaksa balik. Katanya ada hal yang emergency,"

"Oh, okay."

Kami pun sambung study. Setelah jam dah merujuk pukul 5.00 petang, kami terus beredar dari library lalu kami terus bergerak ke Sungai Han seperti yang kami janjikan petang tadi.


Ketika kami sedang berjalan-jalan sambil makan aiskrim, aku pun cuba cari tempat untuk kami duduk. Tak lama kemudian, kami pun satu bangku untuk kami berehat dari berjalan di sekitar Sungai Han sambil bersembang kosong. Bila aku fikirkan balik inilah masanya aku bagitau segalanya yang aku pendam selama ni.

"Hyerim, actually aku something nak bagitau kau. Tapi, janji dengan aku yanga kau kena jawab dengan jujur dan terima dengan kenyataan aku ni. Okay?

"Okay, promise. Apa dia dia yang kau nak cakap tu?"

"Actually, aku cuba nak bagitau kau, tapi aku takut yang kau mungkin takkan suka dengan apa yang aku cakap ni,"

"Apa dia, Hyunwoo? Cuba kau cakap straight to the point je,"

"Aku suka kat kau sejak kali pertama kita jumpa kat sekolah rendah dan sejak kau tolong halang aku daripada kena buli kat sekolah. Sejak dari tu, aku mula suka kat kau sebab kau ni baik, peramah dan suka berkawan. Cuma, aku takut kau mungkin takkan terima aku. Sebab tulah aku bagitau kau selagi masa masih ada untuk aku bagitau apa yang aku pendam selama ni," Hyerim pun terus mendiamkan diri setelah aku luahkan segala yang aku pendam selama ni.

"Oh, Nampaknya sangkaan aku betul ah,"

"Apa maksud kau?"

"Actually, aku pun suka kat kau sejak aku halang kau daripada kena buli kat sekolah tu. Sejak dari tu, aku rasa kesian kat kau. Sebab tu aku mula berkawan dengan kau and tak lama aku berkawan dengan kau, aku mula suka kat kau sebab kau ni peramah dan jugak ambil berat pasal kitorang. And aku pun nak bagitau kau pasal benda tu, tapi aku takut kau milik orang lain," bila Hyerim kata begitu, aku pun terus mendiamkan diri lalu jantungku berdegup laju. Tak lama kemudian, aku pun terus berkata padanya.

"So, kau setuju kalau kau jadi teman istimewa aku?"

"Kalau kau maksud yang aku jadi girlfriend kau, yes. Aku setuju kau kau jadi boyfriend aku," bila dia kata begitu aku pun rasa gembira sehingga aku teringin nak jerit kat Sungai Han.

"Seriously?!"

"Yes, Hyunwoo," aku pun jerit kat Sungai Han yang aku suka kat Hyerim sehingga Hyerim suruh aku hentikannya kerana takut dimalukan di khalayak ramai.

"Anyway, thanks sebab terima kau sudi jadi teman istimewa aku,"

"You're welcome."

Sejak dari hari tu, kami terus jadi pasangan couple dalam kelas kami sehingga Dohwan, Jongseok dan Seohyun pun sakit hati dan menyampah dengan kitorang. Aku harap dalam hidup dengannya sampai bila-bla, bisik hatiku dengan gembira.

#FirstLoveWhere stories live. Discover now