Percutian seminggu kami sudah berlalu, kami pun mulakan kehidupan sekolah kami selepas cuti seminggu yang lalu. Bagi aku, banyak yang terjadi ketika cuti tu. Apatah lagi antara aku dengan Hyerim. Finally, plan aku bersama dengan Hyerim berjalan lancer ketika kami berdua berada di Pulau Jeju selam tiga hari dua malam. Yang paling hairannya, Jongseok asyik bermain telefon time waktu rehat, tak macam selalu. Aku pun mula tegurnya.
"Wei, Jongseok. Kau chat dengan sape tu kat Line?"
"Dengan Sana, kenapa?" kami berempat pun terkejut yang dia chat dengan ex-girlfriend nya. Ini memang pelik, takkanlah dia dah get back balik dengan Sana, bisik hatiku.
"Kau dah get back balik dengan Sana ke," Dohwan tanya padanya kerana dia pun hairan sebab setahu kitorang berempat ni, dia dah lama tak contact si Sana sejak dia minta putus dengan Sana. Ini memang tak logik, bisik hatiku lagi.
"Haah, aku rasa kesian kat dia sebab dia lagi teruk daripada aku,"
"Maksud kau, apa yang lagi teruk daripada kau?" aku pun tertanya-tanya kat si Jongseok. Ia membuatkan aku rasa tak sedap hati pasal benda ni, bisik hatiku lagi.
"Actually, dia still sukakan aku sejak dia dengan lelaki yang curang dengan aku tu. Lagipun, teruk lelaki tu kena putus dengan Sana sebab lelaki tu tidur dengan perempuan lain kat rumah dia. Sana pun ternampaklah pagi esoknya sampai tak jumpa sebulan. Lepas tu, hari yang aku jumpa dia tu, dia baru putus dengan lelaki tu semalamnya," kitorang pun terkejut apa yang dia ceritakan kat kitorang dan aku mula faham rupanya Sana tak dapat lupakan si Jongseok.
"Wah, itu memang gempak. Patutlah kau nampak happy je dari pagi tadi sampai sekarang. Sukalah kau dia get back balik dengan kau," Jongseok hanya senyum kat kitorang je lepas kitorang cakap macam tu kat dia.
"So, sekarang ni kau mulakan semula dengan dia lah," Hyerim pun menegurnya.
"Haah. Lagipun dia kata kat aku dia nak jumpa korang petang esok. Korang free tak esok?" kitorang pun terkejut yang Sana nak jumpa kitorang esok petang lalu kitorang pun berbincang kecil-kecilan. Tak lama kemudian aku pun buat keputusan.
"Oh, kitorang free je, asalkan kau belanja makan. Okay?" Jongseok pun terkejut bila aku kata macam tu, sebab dia tak pernah belanja kitorang makan sebelum ni. Akhirnya, aku ugut kau jugak, bisik hatiku.
"Yelah, aku belanja korang makan," bila dia cakap macam tu, kitorang pun bersorak gembira.
"Yes, finally dia belanja kita makan."
Tapi, aku hanya nampak Hyerim senyum je. Lihat je dia senyum, aku pun rasa gembira dari jauh. Tak sangka dia nampak lagi cantik bila dia senyum macam tu, bisik hatiku.
Esok petangnya, kami berkumpul kat restoran makanan Cina dimana Jongseok akan belanja kitorang makan jajjamyeon. Tak lama kemudian, Sana datang ke meja mereka duduk.
"Hai, korang semua," Sana menyapa kitorang.
"Oh, hai Sana. Lama tak jumpa kau," Hyerim pun sapa dia dengan senyumannya yang ikhlas.
"Oh, hai, Hyerim. Samalah jugak aku. Korang semua sihat?"
"KItorang sihat je. Kau pulak?" jawab Seohyun.
"Aku sihat je. Lagipun aku gembira dapat jumpa korang time ni," Sana pun rasa happy bila jumpa dengan kitorang sebab dah lama tak jumpa sekian lama.
"Sana duduklah dulu," Jongseok pun pelawa Sana untuk duduk di sebelahnya.
Tak lama selepas tu, kami diam semula buat masa yang kejap. Tiba-tiba, Hyerim mulakan perbualan mereka.
"Sana, macam mana sekolah kat Cheongdamdong?"
"Oh, sana okay je sebab aku dapat belajar benda yang aku suka," Hyerim memang suka ambil berat pasal orang yang dia rapat sebelum ni, bisik hatiku.
"Oh, mesti kau dah hidup susah sekarang ni,"
"Maksud kau?" Sana pun rasa hairan bila Hyerim kata begitu lalu Hyerim pun jelaskannya.
"Actually, Jongseok dah ceritakan semuanya atas apa yang berlaku kat kau. Aku rasa simpati kat kau," bila Sana dengar apa yang Hyerim katakan, dia pun terus diam tak terkata lalu Seohyun pun cuba tenangkan Sana dengan gosok belakangnya.
"Kau sabarlah. Lagipun kitorang sentiasa ada dengan kau. Kalau ada masalah, kau bagitau je kat kitorang, especially Jongseok and Hyerim," Seohyun pun cuba pujuknya dengan kata-katanya.
"Thankslah korang sebab tolong aku."
Sana pun mengalirkan air mata kerana gembira ada orang yang akan tolong dia bila dalam kesusahan. Hyerim pun rasa gembira dapat berjumpa balik kawan lamanya dan kembalikan drinya yang dulu. Aku pula cuma dapat rasakan kesedihan Hyerim bila aku lihat matanya melihat Sana menangis gembira.
*****
SELEPAS kami makan di restoran, kami terus beredar dari situ lalu aku nampak Hyerim mahu pergi ke sesuatu tempat. Aku pun ikut dia dari belakang tanpa dia sedarinya. Tak lama kemudian, dia sedari bahawa aku mengikutinya dari belakangnya.
"Aku tahu kau ada kat belakang aku,"
"Kau nak pergi mana?" aku pun bertanya padanya.
"Kalau kau nak tahu, kau jangan bagitau kat diorang. Ni rahsia antara kita berdua," bila dia kata begitu, aku dapat rasakan dia ada rahsiakan sesuatu daripada kitorang lalu aku pun setuju untuk simpan rahsia Hyerim yang tersorok dalam fikirannya.
"Okay."
Tak lama kemudian, aku meluru ke sebelah Hyerim lalu kami pun berjalan bersama-sama sambil memegang tangan kami dengan erat. Apa yang dia cuba rahsiakan daripada kitorang, bisik hatiku seperti mahu tahu sesuatu yang Hyerim fikirkan.
30 minit kemudian, kami sampai di sebuah café abangnya lalu dia masuk ke dalam café tu. Hyerim pun terus memanggil abangnya.
"Oppa, oppa ada tak pegang kunci bilik rahsia Hyerim,"
"Oh, ada."
Abang dia pun menghulurkan sebuah kunci berbentuk hati lalu aku dibawa ke satu tempat yang aku tak tahu lalu Hyerim pun membuka kunci bilik tu. Pabila pintu dibuka, kami berdua pun masuk ke dalam bilik rahsia Hyerim yang dipenuhi buku novel ciptaannya dan juga album gambar lamanya. Tak lama kemudian, dia mengambil sebuah buku diari yang aku tidak fikir itu bukan miliknya.
"Sape, punya buku diari yang kau simpan tu?"
"Ni buku diari kawan lama aku yang dah lama pergi dari dunia ni 9 tahun yang lalu," kawan lama, sape eh, bisik hatiku. Aku pun terus duduk di sebelah Hyerim.
"Kenapa dengan kawan kau dan kenapa buku diari ni ada kat kau?" aku pun bertanya padanya.
"Aku rasa kau mesti kau kenal si Yejin," oh, Yejin ke, bisik hatiku lagi.
"Oh, aku kenal dia. Dia tu sekelas dengan kau, kan?"
"Haah. Actually, dia suruh aku simpan diari ni sebelum dia mati. And dia mati sebab kemalangan bas yang teruk pada 9 tahun yang lalu. Time tu dia larikan diri dari rumah sebab dia tak tahan dengan perangai ayahnya yang suka mabuk pada waktu malam sampai tak sedar dia hampir rogol si Yejin tu. Sebab tu aku rasa sedih bila aku tengok Sana and aku takut kehilangan Sana macam aku kehilangan kawan lama aku, Yejin," tak lama tu Hyerim terus menangis kerana teringatkan kisah silam 9 tahun yang lalu. Aku pun cuba pujuk dia dengan pelukan yang erat.
"It's okay, anyway kau still ada kitorang. Kita kan B.F.F, kitorang sentiasa sokong kau dari mana kau berada, apatah lagi aku. Aku kan boyfriend kau. Aku akan sentiasa dengan kau sampai bila-bila."
Tak lama kemudian, aku dapat rasakan semua orang ada kisah yang pedih yang tak dapat dilupakan sekian lama, sehingga orang yang kita sayang tiada bersama dengan kita buat masa yang lama. Dan mereka juga tak dapat lupakan kenangan indahnya bila bersama dengan orang yang kita sayang.
YOU ARE READING
#FirstLove
FanfictionHyunwoo, Dohwan, Jongseok, Hyerim dan Seohyun adalah kawan baik sejak zaman kanak-kanak sehinggalah umur mereka 17 tahun. Mereka sentiasa bersama ketika mereka belajar bersama di perpustakaan dan juga ketika waktu lapang. Tetapi, Hyunwoo sudah memen...