Chapter Six

2 0 0
                                    


[Seohyun P.O.V]

Hari ni, aku masih lagi pergi ke cybercafé sebab aku rasa bersalah terhadap Dohwan yang dia dah bayarkan meja PC untuk aku. So, aku buat keputusan aku datang awal ke sana. Sejak aku datang sana, aku menunggu kehadiran Dohwan sampailah cybercafé tu dibuka. Tak lama kemudian, cybercafé pun dah buka lalu tuan punya cybercafé pun pelik kerana aku masih tak masuk lagi. Dia pun menegurku.

"Kenapa adik tak masuk lagi?"

"Oh, saya tengah tunggu kawan saya. Kejap lagi saya masuk," ketika itu, aku pun makin gelisah.

"Tapi, lebih baik adik masuk dulu. Adik tunggu je kat dalam," dia pun menyuruh aku menunggu Dohwan di dalam.

"Okay."

Aku pun masuk ke dalam cybercafé lalu pergi ke meja PC yang aku pernah duduk bersebelahan dengan Dohwan. Tak lama kemudian, aku pun bayar penggunaan PC yang aku lalu aku terus buka YouTube tanpa tak sedari, ramai orang dah masuk ke situ.

Sejam kemudian, aku mula sedar yang Dohwan tiada berada di sisiku lalu aku terus call dia, tapi dia tak jawab panggilan aku. Aku pun terus call Hyunwoo kerana dia je tahu apa yang Dohwan buat sekarang ni. Tak lama tu, Hyunwoo pun jawab panggilan aku.

"Hyunwoo, Dohwan ada dengan kau ke?"

"Takdelah, aku dengan Hyerim ni. Kenapa kau tanya aku?" aku dah agak, diorang mesti tengah date, bisik hatiku.

"Takdelah, sebab dia tak pernah terlepas main game kat cybercafé. Tapi, hari ni dia tak datang sana pulak," Hyun pun mula hairan bila aku kata begitu.

"Ya ke, bukan selalunya dia pergi sana ke? Dan kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia, jangan-jangan kau kat cybercafé tu?" dia pun mula syak yang aku berada kat sana. Nampaknya, terpaksalah aku berterus-terang.

"Haah. Actually, aku rasa bersalah sebab masa cuti tu dia sanggup bayarkan PC untuk aku. Sebab tulah aku pergi sana," Hyunwoo pun mula faham apa yang aku cuba katakan.

"Habis tu, kau dapat tak call dia,"

"Tak, dia langsung tak jawab call. Kau tahu tak tempat yang selalu pergi selain cybercafé," aku pun cuba tanya pada Hyunwoo tempat yang dia selalu kunjung selain kat cybercafé.

"Itu aku tak pasti lah,"

"Aku rasa aku pernah nampak dia pergi taman tema kat Gwangju tu, sebab time tu aku pergi sana dengan sepupu aku, si Haseok tu," Hyerim pun mencelah dengan bagitau yang dia pernah nampak Dohwan kat taman tema di Gwangju tu. Tapi, tak lam tu aku tersedar yang dia termention nama sepupunya. Nampaknya Hyunwoo dah terdengar sesuatu, bisik hatiku.

"Perlu ke kau mention nama dia kat depan aku," alamak, kenapa aku termention nama dia, bisik hati Hyerim.

"Oh, aku lupa. Sorry eh, Hyunwoo,"Hyerim pun minta maaf kat Hyunwoo sebab kejadian yang tak disengajakan tadi.

"Nasib baik dia tu sepupu kau. Kalau orang lain, sakit pula hati kita ni,"

"Okay, okay. Anyway, cuba kau pergi sana, Seohyun. Aku yakin dia mesti ada kat sana," Hyerim pun mula menyokong aku.

"Okay. Thanks tau, Hyerim bagi inform kat aku,"

"You're welcome."

Tak lama tu, kitorang stop call lalu aku terus bergegas ke Gwangju bila waktu malam.


*****


#FirstLoveWhere stories live. Discover now