Bab 1

3.5K 265 23
                                    

💎💎💎





"Lisa. Bangun makan, Lisa." Nura mengejutkan. Dari pagi tadi Delisa hanya terbaring di atas katil.

Delisa merengek apabila tidurnya terganggu. Dia menggeliat kecil sebelum membuka mata.

"Bangun Lisa."

Perlahan lahan Delisa bangun, bersandar di kepala katil. Lama dia terdiam. Nura turut diam memerhatikan gadis itu. Faham apa yang bermain di fikiran Delisa.

"Kak, hari ni genap 2 tahun mummy dengan daddy pergi."

Nura terdiam. Dia tahu benar tentang hal itu. Sebab itu dia tidak begitu memaksa apabila Delisa tidak menjamah sarapannya pagi tadi.

"Kak Nura suruh abang Wan siapkan kereta. Lisa nak pergi kubur." Dia turun dari katil namun Nura menahan.

"Lisa makan dulu, ya. Kalau tak akak tak benarkan Lisa keluar."

Delisa terdiam. Seleranya benar benar putus. Peristiwa 2 tahun lalu berlegar legar di ingatan. Dato' Dahlan meninggal di tempat kejadian. Datin Amina kritikal dan meninggal di hospital.

Bahkan dia, hampir 2 minggu koma dan terlantar di katil selama 6 bulan kerana kecederaan di kakinya.

Dan sekarang...dunianya gelap gelita. Dia sudah tidak dapat membezakan siang dan malam. Kata doktor matanya tertusuk objek tumpul menyebabkan bola matanya luka.

"Lisa..."

Delisa tersentak. "Ok, kak. Lisa nak ke bilik air dulu."

Dia terus bangun, menyusur perlahan lahan sehingga ke pintu bilik air. Nura hanya menunggu di situ.

Dia sudah tidak risau. Delisa sudah arif dengan kedudukan bilik air dan perabot di dalamnya.

Selama ini, dialah yang menjaga gadis itu. Bahkan dia juga masih bekerja di syarikat Dato Dahlan. Bekerja sebagai pembantu peribadi lelaki itu sebelum ini dan sekarang menjadi pembantu kepada pemangku Dato Dahlan, Fahim Irsyad.

Kerusi Dato Dahlan sebagai pengarah urusan masih tidak dihuni oleh sesiapa. Bukan sembarangan orang boleh mewarisi tampuk perniagaan lelaki itu. Satu satunya pewaris, Delisa langsung tidak bersedia untuk mengambil alih jawatan itu. Tambahan lagi dengan keadaannya yang tidak mengizinkan.

Jika gadis itu sudah bernikah, pasti suaminya boleh menjadi pengganti Dato' Dahlan. Hanya itu yang bermain di fikiran Nura.

"Kak Nura..."

Nura tersentak. Entah bila Delisa sudah ada di sisinya.

"Akak sediakan baju Lisa ya. Lisa nak makan dulu."

Nura tersenyum. "Ya." Tangan Delisa ditarik ke meja.

Selepas dipastikan gadis itu mula menjamah makanannya, barulah Nura masuk ke ruang almari pakaian. Sepasang baju kurung dan sehelai selendang dikeluarkan dan disangkut di luar almari.

"Lisa, habiskan makanan ya. Baju, akak dah letak tempat biasa. Akak keluar dulu."

Delisa hanya diam. Perlahan lahan dia menyuap bubur nasi yang Nura sediakan ke mulut. Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Tahulah dia Nura sudah keluar. Suapan dihentikan. Meraba raba tangannya mencari gelas minuman.

Dapat, diteguk air suam itu perlahan. Usai, dia bangun meninggalkan makanan yang masih banyak tersisa.

Kaki melangkah perlahan masuk ke ruangan almari. Pakaiannya ditukar. Kaki kemudian dihala ke meja solek, duduk di bangku meja itu.

I See You Where stories live. Discover now