💎💎💎
Qi menghela nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam banglo mewah yang tersergam di depannya. Dia mahu berjumpa dengan Delisa.
"Jemput duduk dulu encik."
Qi hanya mengangguk pada pembantu rumah yang menyapanya. Dia berjalan di sekeliling ruang tamu rumah itu. Gambar gambar yang bergantungan di dinding diamati satu per satu.
Bola maya akhirnya jatuh pada satu gambar di meja kecil. Kening berjongket. Tak menyangka, gambar itu masih ada di situ selepas lebih 2 tahun berlalu.
Laju tangan Qi mengangkat gambar itu. Matanya memerhatikan wajah Delisa yang tersenyum nipis dalam gambar itu, bergandingan dengannya.
Senyuman kecil terukir di bibir. Gambar mereka berdua di majlis pertunangan mereka kira kira 2 tahun yang lalu.
"Kenapa datang sini?"
Qi tersentak. Dia menoleh ke belakang. Delisa sedang menuruni tangga dibantu oleh Nura.
Gambar di tangan diletakkan kembali ke tempatnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, menanti langkah berhati hati gadis itu.
Nura mendudukkan Delisa di sofa. "Akak tinggalkan Lisa dengan Qi kat sini ya?"
Tidak menanti balasan dari Delisa, Nura terus berlalu meninggalkan ruangan itu.
Qi turut melangkah ke sofa, duduk berhadapan dengan gadis itu.
"Kau sihat?"
Delisa tidak menjawab. Hanya wajah tegang yang ditayangkan pada lelaki itu.
"Aku... nak minta maaf. Selama ni aku tinggalkan kau."
Delisa tersenyum sinis. "Kenapa sekarang baru datang?"
Qi terdiam. Matanya tunak memerhatikan Delisa. Dia perasan, gadis itu semakin cengkung, wajah kelihatan pucat tanpa secalit solekan pun, rambut panjang separas pinggang gadis itu dibiarkan terbuai bebas.
Tanpa sedar, dia tersenyum. Delisa masih cantik begitu. Dia memandang tepat ke mata gadis itu. Mata bundar itu kelihatan normal. Tiada apa yang cacat. Sangat cantik ditambah dengan warna mata Delisa yang jernih.
"Qi Umar."
Qi tersentak. "Ya?"
"Kenapa datang sini?" Delisa bertanya lagi. Hanya riak wajah kosong datang bersama persoalan itu.
"Delisa... Delisa Qiana, my fiancee..." Dia menyeru lembut.
Delisa bungkam. Masih terbayang di ingatannya ketika Qi memanggilnya dulu. Riak Qi, suara dingin, senyuman sinis dan kata kata kasar lelaki itu.
Dan sekarang, nada suara lelaki itu sangat lembut, seperti mereka adalah pasangan yang sangat mesra sebelum ini.
"2 tahun awak hilangkan diri. Saya tak rasa saya masih tunang awak." Delisa menjawab.
Qi bangun. Berjalan melintasi meja kopi yang menjadi penghalang antara mereka. Sofa yang diduduki Delisa dihampiri. Menongkat tangan di lengan sofa itu, wajahnya menunduk mendekati wajah Delisa.
YOU ARE READING
I See You
General Fiction~ Lihat, ke dalam mataku, sinarnya menyala. Lihat, cintamu bertakhta dihati ~ 💎 My Blind lady Kerana dendam, perebutan harta, sengketa, Delisa menjadi mangsa. Dunianya mula gelap, hidupnya berubah. Dan satu peristiwa menyatukannya dengan musuh ora...