persoalan

14 0 0
                                    

terfikir, apa yang perlu ku lakukan lagi untuk membuat diriMu memandang aku kembali,
dua rasa dalam satu jiwa,
adakah kau masih setia melihatKu dengan kasih sayangMu,
atau
Kau sudah tak pedulikan aku,
di atas segala kesalahanku yang lalu,
jadi,
harus bagaimana lagi aku perlu usaha dan buktikan padaMu bahawa hanya Kau yang aku perlu untuk hidup dan matiku?
persoalan demi persoalan membuatkanku masih bernafas hingga ke hari ini.
Aku perlu cari gali lagi dalam buku cintaMu untuk aku dan mereka memahami hakikat hidup sebagai insani, makhluk sebaik-baik ciptaan bagiMu.
Moga aku temu jawapannya di sana dan di sirah kekasihMu itu.
Harap Kau terimaku kembali, membantuku melawan musuh dan hawa nafsuku sendiri, ya tuhan sekalian alam.
Aku masih merintih dalam diam, cuba untuk setia bersamaMu selamanya,
kerana hanya mengingatiMu, jiwa ini terasa terisi dan berani, kerana ku yakin, ku simpan, ku genggam, dalam surah adDuha yang kau berikan,
pengakhiran itu lebih baik dari permulaan. Dan, akhirnya aku dan mereka mampu selamat dunia akhirat dengan rahmatMu ya rabbana.

Tak Semua Yang Hitam Itu KotorWhere stories live. Discover now