♡ 84

893 99 10
                                    

hi gaiss!! harini aku nak share satu nota yang aku jumpa kat internet. Tentang 'boleh ke ada crush?' dari Adnin Roslan. Semoga bermanfaat!

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html?m=1

Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyaallah, kali ini, saya akan hurai isu "crush" yang makin lama, makin hangat diperkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

"Dear crush. I hope you know that I love you so much..."

"Rindunya crush saya..."

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

"Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe..."

Lalu di jawab:

"Aku malula...takut-takut dia tak suka aku.Huhu..."

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama?
Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama'-ulama' zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

*CRUSH TU APA?*

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat _*cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam*_.
Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

_*Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya..."*_

Kenapa saya definasikan "crush" dengan definasi di atas?
Kerana, kebiasaanya orang yang ada crush, orang yang meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkataan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina itu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

crush.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang